Monday, July 7, 2014

PERUBAHAN FIZIKAL KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum..

Saat yang paling gembira & bahagia pabila kita disahkan mengandung mesti tidak dapat dilupakan. Lebih-lebih lagi ianya adalah pengalaman pertama kita kan. Pasti suami & seluruh ahli keluarga teruja dan tidak sabar menanti kehadiran si permata hati.


Walau bagaimanapun, ada dikalangan wanita-wanita hamil di luar sana yang merasa tidak selesa akibat daripada perubahan hormon. Ada kalanya "sickness" tersebut telah menyerang sedari awal kehamilan lagi dan kemudian beransur-ansur pulih. tidak kurang hebatnya apabila "sickness" tersebut menyerang tak kira masa membuatkan mood anda "up & down"


Oleh yang demikian, wanita hamil perlu mengetahui serba sedikit perubahan fizikal terutamanya sedari awal kehamilan hinggalah di saat melahirkan. Perkongsian info ini dipetik daripada majalah Pa&Ma: Mei 2013. Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk kita semua.

12 PERUBAHAN FIZIKAL WANITA HAMIL


1)      Mata Rabun
Kandungan air yang terlalu banyak di bahagian mata boleh menyebabkan anda kerap alami sakit kepala. Secara tidak langsung ianya boleh menyebabkan anda mengalami rabun. Jika sakit semakin kerap segeralah berjumpa doctor untuk pemeriksaan lebih lanjut.

2)      Pigmentasi Kulit
Ianya berlaku disebabkan peningkatan hormone pada awal kehamilan menyebabkan kulit menjadi sedikit gelap. Walau bagaimanapun perkara ini adalah normal dan akan beransur pulih dari semasa ke semasa.

3)      Ruam
Terjadi apabila badan anda tidak dapat menerima perubahan yang berlaku terhadap hormon progesterone menyebabkan badan akan dinaiki ruam. Keadaan ini akan pulih dengan sendirinya.

4)      Gusi Bengkak @ Berdarah
Mesti ramai dikalangan ibu hamil yang mengalami  ini kan terutamanya semasa anda menggosok gigi. Hal ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada hormone estrogen & progesteron. Pengambilan suplemen kalsium tambahan amatlah digalakkan untuk mengatasi masalah ini.

5)      Payu dara Sakit
Ia juga berlaku disebabkan peningkatan pada hormon estrogen & progesterone yang menyebabkan saiz payu dara berubah bermula pada trimester pertama lagi. Ianya akan berlanjutan di sepanjang kehamilan.

6)      Rahim Mengeras
Hal ini akan kerap berlaku apabila kandungan anda semakin membesar biasanya pada usia 8 bulan. Anda akan berasa seperti kontraksi rahim di mana rahim sedang melakukan persediaan untuk melalui proses kelahiran yang akan berlaku pada bila-bila masa.

7)      Kaki Kejang / Bengkak
Jaga-jaga kerana ia mungkin boleh menjadi petanda praeklampsia. Ianya sering kali menyerang ibu-ibu hamil kerana berlaku terlalu banyak air bertakung di bahagian kaki.

8)      Kuku Pecah / Merekah
Lebihan hormon boleh menyebabkan pertumbuhan kuku menjadi lebih pantas & meningkatkan potensi kuku merekah @ pecah boleh berlaku.

9)      Rambut Berminyak
Juga berlaku akibat hormon progesteron.

10)   Sakit Belakang
Jika diserang sakit belakang anda akan berasa sangat terseksa. Duduk, bangun, berdiri, berjalan, berbaring serba tak kena. Ianya berlaku disebabkan ruang untuk bayi di dalam rahim semakin berkurangan. Oleh itu, secara tidak langsung, bahagian belakan akan menerima tekanan.

11)   Sakit Pinggang
Sama seperti sakit belakang tetapi kerap kali dialami di trimester akhir kandungan dan tulang belakang pula semakin membengkok untuk menampung kandungan yang semakin membesar.

12)   Kebas Tangan
Lapisan di pergelangan tangan yang membengkak member kesan kepada urat saraf di bahagian tangan. Juga dikenali sebagai carpal tunnel syndrome.

Para ibu hamil perlu menitikberatkan kesihatan diri kerana ketika hamil kita bukan sekadar menjaga diri sendiri malahan juga zuriat kurniaan Ilahi. Shaklee mempunyai suplemen yang boleh membantu ibu-ibu hamil mengatasi masalah-masalah seperti di atas. Sebarang pertanyaan & konsultasi bagi yang membeli suplemen Shaklee dengan saya bolehlah hubungi saya seperti di bawah.

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

Sunday, July 6, 2014

VIVIX SHAKLEE: FAKTA PENTING YANG PERLU ANDA TAHU!!

Assalamualaikum...

Salam Ramadan semua..Bagaimana ibadah puasa anda setakat hari ini? Semoga kita dapat hadapi Ramadan mulia tahun ni dengan penuh kesederhanaan & keinsafan. Lama sungguh tak mengupdate di sini. Ok.. tanpa buang masa jom kita bercerita tentang Vivix Shaklee.


Wahhhh...semua peminat tegar Vivix sure senyum dah macam gambar kat atas kan..Alhamdulillah berita gembira buat peminat tegar Vivix bolehlah borong bulan ni sebab promosi Shaklee bulan ni adalah VIVIX!!!

Jom kita kenali tonik yang hebat ini terutamanya buat bakal peminat tegar. Dalam kajian klinikal terkini, penemuan utama menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

4 Ramuan Aktif Yang Tinggi Kandungan Resveratrol & Polifenol Yang Lain



Muscadine Grape : anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih dari satu krosom, yang mana saintis percaya ianya dapat mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Anggur ini adalah berbeza dengan anggur biasa.

Purple Carrot : sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk caretenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ianya juga mengandungi anthocyanins yang merupakan sumber antioksidan yang tinggi.

Elderberry (Sambucus Nigra) : satu daripada manfaat Elderberry ini adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom selsema, terutama sekali influanza B. Ia juga mengandungi flavanoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, maka dengan itu ianya mampu mengukuhkan sistem imunasi badan kita.

Polygonum Cuspidatum : juga dikenali sebagai Knotweed Jepun adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Ianya adalah sumber komersial resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak anggur merah dan juga biji anggur merah.






Di dalam kajian makmal pula, ramuan semulajadi yang terdapat dalam Vivix dapat memberikan impak kepada 4 mekanisme utama penuaan pada tahap sellular iaitu:
  1. Melindungi & memperbaiki sellular DNA
  2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  3. menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitochondria)
  4. Melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products)
Secara kesimpulannya, untuk kelihatan cantik berseri & awet muda untuk Aidilfitri yang bakal menjelma nanti haruslah amalkan pengambilan Vivix ini. Untuk bakal-bakal pengguna yang ingin mencuba, anda pasti tidak akan menyesal untuk memilikinya. Selain boleh bertahan sehingga 2 bulan (dengan sukatan pengambilan yang betul) ianya juga sudah tentu asli & semulajadi.

Jadi..apa tunggu lagi??? Jom dapatkan segera dengan harga yang berpatutan sementara promosi masih berlangsung!!


Beli 6 botol PERCUMA 1 botol. Boleh kongsi seisi keluarga, saudara-mara & sahabat handai. 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...