Sunday, May 24, 2015

5 CARA ATASI SEMBELIT

Assalamualaikum..
Selamat petang..

Hai semua..i'm back!!!


Busy..busy..busy je yang mampu diungkapkan sekarang sebabnya bila tiba hari minggu saya akan busy tolong Mr. J (my husband) berniaga kecil-kecilan di kawasan perumahan kami. Mr. J berniaga bersama rakan kongsinya pada setiap hari minggu sahaja. So far, dah 4 kali hari minggu dorang berniaga so far so good. Alhamdulillah..rezeki yang Allah tetapkan dalam pelbagai cara kan.

Cara Mengatasi Sembelit

Orite..back to the real story. Actually last few months selalu kena sembelit. Mula-mula tak tau pun sakit perut tu adalah sembelit sebab seumur hidup tak pernah tau dan rasa apa itu sembelit & macam mana rasanya sembelit. Bila dah kena..haaa..rasakan sendiri!!! Memang rasa tak best, tak selesa & seram-sejuk rasa. Masa mula-mula kena sembelit memang terus pegi klinik la sebab tak tahu puncanya lagi. Then bila doktor periksa baru tahu otot perut sebelah kiri tegang a.k.a stress yang menyebabkan sembelit berlaku. Tapi simptom sembelit ni mungkin berbeza-beza pada setiap orang kan.

Bila dah tahu sakit itu adalah sembelit terus google apa yang perlu dibuat untuk membantu menyelesaikan masalah ni sebab rasa tak selesa betul kalau dibiarkan sampai nak kerja pun takde mood. Banyak cara yang saya cuba tapi saya kongsikan 5 cara yang mudah & berkesan pada saya & mungkin juga berkesan pada anda. Kalau tak cuba tak tak tahu kan?

5 CARA ATASI SEMBELIT


1.  Minum Air Secukupnya


Nampak macam mudah je untuk minum air secukupnya kan? Tapi bila busy dek nak kejar dateline air pun tak sempat teguk. Punca utama sembelit ialah kurang minum air. Kekurangan air ni akan menyebabkan najis menjadi keras, sekaligus mengakibatkan sembelit. Ini adalah kesilapan besar saya kerana tidak endah akan keperluan air yang diperlukan badan. Oleh itu, kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 7 gelas sehari atau 3 Liter sehari untuk memastikan badan kita mendapat air yang secukupnya.

Air merupakan cecair terbaik dalam mencuci bahan buangan & toksin yang terdapat dalam badan.
Minuman lain seperti jus & soda perlu dikurangkan kerana mempunyai kandungan gula yang banyak yang mungkin akan menyebabkan masalah sembelit menjadi lebih teruk.

2. Makan Buah-Buahan, Sayur-Sayuran & Makanan yang Tinggi Serat

Kita memerlukan sekurang-kurangnya 24-38 gram serat sehari. Sembelit memberi petanda bahawa kita tidak mengambil serat yang mencukupi dalam diet kita. Fungsi serat ialah untuk menyerap air & melembutkan najis. Antara makanan yang tinggi serat adalah seperti raspberi, epal, pear, pasta, barli, kacang hijau & brokoli.

3. Bersenam

Jangan tak tahu ye bersenam juga sangat membantu mengatasi sembelit. Doktor juga ada beritahu saya bahawa saya perlu buat pergerakan seperti banyakkan berjalan & buat senaman ringan untuk memudahkan sistem pencernaan kita juga bergerak. Tiada alasan lagi untuk bersenam kerana sekadar berjalan-jalan di taman mahupun di shopping complex juga satu senaman asalkan otot-otot pencernaan kita yang stress tadi tu dapat diregangkan dengan adanya pergerakan yang aktif.

4.  Buah Prune

Buah prune atau jus prune adalah sangat berkesan untuk mengatasi masalah sembelit kerana ia mengandungi sorbitol iaitu sejenis bahan yang membantu melegakan sembelit secara semulajadi. Sorbitol adalah perangsang kolon ringan yang membantu mengurangkan masa pergerakan najis & seterusnya mengurangkan risiko sembelit. 

5.Ostematrix & Peppermint Ginger Plus (PGP) Shaklee

Produk Shaklee ni memang saya dah ambil selepas saya tahu sakit perut saya tu adalah disebabkan sembelit. Ostematrix & PGP ini memang terbukti membantu menyelesaikan masalah sembelit bukan hanya pada saya bahkan juga ramai lagi diluar sana. PGP sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah angin & juga pencernaan manakala Ostematrix bertindak sebagai melembutkan najis. Saya dapat rasai kesannya seawal 3 hari & yang bestnya dengan mengambil produk Shaklee ini secara automatiknya pengambilan air juga adalah mencukupi & teratur.

Anda mempunyai masalah seperti saya? Jangan biarkan masalah sembelit ini terlalu lama tambahan pula sangat bergantung kepada ubat sembelit yang mungkin akan mengakibatkan masalah-masalah kesihatan yang lain seperti buasir & gangguan pada usus anda.

Hubungi segera: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse

pm/whatsapp/call : 012-3464964

WeChat : amerainies


***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...