Friday, September 11, 2015

PENGALAMAN SAYA DENGAN ENDOMETRIOSIS

Siapa sangka selama hampir 5 bulan menanggung sakit senggugut yang luar biasa setiap kali datangnya period petanda kepada kewujudan ENDOMETRIOSIS. Pada mulanya sakit senggugut luar biasa itu hanya menyerang ketika datangnya period sahaja tetapi sejak Aidilfitri yang lepas sakit ini menyerang setiap hari di mana saya perlu bergantung sepenuhnya dengan "pain killer".



Kenapa saya nyatakan disini sakit senggugut yang menyerang itu sebagai luar biasa? Sebabnya saya memang ada senggugut setiap kali period. Kebiasaan senggugut saya hanya menyerang pada hari pertama period sahaja & beransur pulih pada hari-hari berikutnya & kebiasaanya senggugut itu akan hanya membuatkan rasa sakit atau ketidakselesaan pada bahagian ari-ari & pinggang. Oleh sebab itu, bila sakit senggugut luar biasa menyerang saya boleh rasa perbezaanya di mana senggugut itu lebih sakit di bahagian bawah abdomen kiri saya, terasa menyucuk di bahagian punggung, lenguh-lenguh kaki yang berlarutan & sakit di belakang pinggang juga di sebelah bahagian kiri yang berlarutan dari hari pertama period sehingga hari ketiga. Kadang-kadang sakit itu menyerang tidak tentu masa walaupun bukan pada tempoh period.




Jangan kata saya tak merujuk ke klinik ye. Dalam tempoh masa 5 bulan tersebut dah banyak klinik panel company saya & company suami saya pergi untuk dapatkan rawatan dan doktor hanya jalankan kaedah pemeriksaan biasa iaitu ujian air kencing & pemeriksaan abdomen. Kebanyakan results yang diperoleh adalah UTI dan "abdominal stress". Tidak terlintas langsung di fikiran saya untuk membuat ultrasound ataupun ujian darah. Sampai la saya berkongsi cerita ini dengan sahabat baik saya & beliau nasihatkan saya untuk buat pemeriksaan lanjut serta berjumpa dengan doktor pakar.

Kemuncak kesakitan dialami pada pagi Aidilfitri sehinggalah ke tarikh saya melaksanakan pembedahan. Sampai satu ketika saya fikir buah pinggang saya yang bermasalah. Rupa-rupanya endometriosis yang menyerang di belakan rahim saya & berdekatan dengan tulang pinggul (kata doktor).

Alhamdulillah, sehingga ke tarikh entry ini disiarkan, saya telahpun selamat menjalani pembedahan & kesihatan saya juga semakin baik. In shaa Allah di entry seterusnya akan saya ceritakan pengalaman saya menjalani pembedahan & keputusan ujian makmal terhadap kes endometriosis saya, ubat/suplemen apa yang saya gunakan serta cara pemakanan yang saya amalkan supaya dapat membantu sesiapa di luar sana yang senasib dengan saya.

Allah Maha Kaya, setiap penyakit ada ubatnya. Apa yang penting kita kena rajin berusaha.

Ok lah. Jumpa lagi di next entry.



Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...