Wednesday, August 15, 2018

CHEWABLE VITAMIN C KINI KEMBALI!!!

CHEWABLE VITAMIN C DAH KEMBALI!!
INFO CHEWABLE VIT C SHAKLEE


Happy sangat bila Chewable Vitamin C dah ada dalam pasaran Malaysia ni balik. Baru la ibu dan anak dapat menikmati khasiat vitamin C semulajadi dari Shaklee ni. Alhamdulillah, semalam dapat grab 1 dulu Chewable Vitamin C ni untuk Hannah. Gembira tak terkata dia! Asyik cakap terima kasih je kat mama dia ni. Of course bila anak happy mama pun lagi la happy kan.

Chewable Vitamin C ni kan bukan sahaja untuk kanak-kanak ye. Orang dewasa dan warga emas yang mana ada masalah susah nak telan Vitamin C Sustained Release untuk dewasa pun boleh amalkan. Saya pun dah cuba semalam. Rasanya lebih kurang Vitamin C shaklee untuk orang dewasa tu. Sedap!

Harapkan sedap je tak best jugak kan. So, saya senaraikan kelebihan-kelebihan Chewable Vitamin C untuk kanak-kanak dan orang dewasa.


  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh.
  • Antioksidan sangat penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan sangat membantu melambatkan penuaan.
  • Chewable vitamin c shaklee membantu menguatkan tulang, gigi dan juga gusi yang sihat.
  • Meningkatkan sistem imun tubuh badan.
  • Tidak mempunyai sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Rasa oren yang sangat semulajadi masam-masam manis, membuatkan kanak kanak sangat sukannya.
  • 1biji chewable vitamin c bersamaan dengan 1 1/2 biji oren, iaitu 100mg dalam 1 tablet.
  • Tablet Chewable Vitamin C, lebih kecil berbanding Sustained Release Vitamin C, sangat mudah dihisap, kunyah, mahupun ditelan.
  • Manfaat yang utama untuk penggemar Chewable Vitamin C & Sustained Release Vitamin C ini, adalah mereka jauh berisiko dari serangan selsema, batuk, demam dan juga sangat sangat bagus untuk penghidap ekzema, resdung dan juga sebarang alergic! Wowww hebatkan?
  • Sebab itulah kanak-kanak sangat digalakkan amalkan Chewable Vitamin C  ini kerana mereka mudah terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.
  • Khasiat best yang bakal orang dewasa dapat bila amalkan Chewable Vitamin C adalah dapat menikmati rasa Chewable Vitamin C yang sedap berbanding Sustained Release Vitamin C, lebih kepada rasa masam.
  • Boleh ambil sehari sehingga 5biji!!! 
  • Sangat sesuai untuk ibu mengandung yang mengalami alahan, muntah-muntah dan juga mabuk.
  • Boleh makan mengikut waktu kegemaran (contoh : waktu bekerja) 
CHEWABLE VIT C SHAKLEE


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964

EN. REDZUAN @ OneDet
Whatsapp/ Telegram/SMS 013-2232594

Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

Thursday, August 9, 2018

CARA MUDAH UNTUK MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL

Assalamualaikum & Hai..

Bagaimana cara mengurangkan loya, mual, perut memulas dan muntah-muntah ketika hamil?

Seriously morning sickness bukan sahaja boleh mengganggu keharmonian kehidupan seorang wanita hamil, tetapi ia boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan anak yang dikandungnya. Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas , tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan.

Sebelum ini, saya pernah kongsikan cara-cara untuk mengatasi masalah mabuk ketika hamil ataupun senang cerita morning sickness. Hari ini saya nak kongsikan cara yang lebih mudah untuk mengurangkan masalah loya dan muntah ketika hamil ni. Ya, saya faham bila anda yang sedang hamil mengalami masalah loya-loya dan muntah-muntah ni memang akan membuatkan anda rasa tak selesa, lemah longlai dan keletihan sepanjang masa. Ini disebabkan bila rasa-rasa yang tak best tu menjengah tak kira la di waktu pagi, petang atau malam membuatkan selera makan & minum akan merudum.

Cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini terutamanya di peringkat yang teruk adalah dengan mengamalkan Performance Drink, B-Complex dan Ostematrix Shaklee. Pastikan anda mendapat pemeriksaan dan nasihat doktor terlebih dahulu ye.

Jom kita tengok kebaikan ketiga-tiga vitamin ini!

Kebaikan Performance Drink

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

  • Meningkatkan Tenaga dan Daya Ketahanan Badan
  • Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
  • Menggantikan air yang hilang akibat muntah
  • Meningkatkan daya tahan otot.
  • Mengurangkan dehidrasi. Seseorang ibu yang hamil, perlu memastikan dirinya tidak dehidrasi. Ini adalah kerana, air sangat penting dalam membantu hati dan ginjal membuang kumuhan daripada badan si ibu dan bayi dalam kandungannya.
Kebaikan B-Complex Shaklee

B-COMPLEX SHAKLEE

  • B-complex boleh melegakan mabuk, loya, pening dan morning sickness di kalangan ibu hamil. Membantu dalam pembentukan hemoglobin.
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan
Kebaikan Ostematrix Shaklee

OSTEMATRIX SHAKLEE

  • Bantu tidur lena sepanjang malam.
  • Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan B-Complex Shaklee.
  • Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan.
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil. 
  • Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit).

Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964

EN. REDZUAN @ OneDet
Whatsapp/ Telegram/SMS 013-2232594

Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

Tuesday, August 7, 2018

6 CARA ATASI MASALAH MABUK KETIKA HAMIL

Assalamualaikum & Hai..

Betapa gembiranya sang isteri dan suami saat UPT menunjukkan tanda positif yang isterinya telah mengandung. Bertambah gembira bila mana doktor pula memberi pengesahan terhadap ujian kehamilan tadi. Tapi, kadangkala ada juga isteri yang terpaksa melalui fasa mabuk hamil atau "morning sickness". Jangan tak tahu ye, adakalanya suami juga terpaksa menanggung alahan kehamilan si isteri. Pelik tapi benar.
CARA MENGATASI MASALAH ALAHAN KETIKA MENGANDUNG

Bersabarlah tika anda perlu hadapi "morning sickness" ini. Ada yang perlu hadapinya sedari awal kehamilan sehinggalah hendak bersalin. Ada yang hanya alami untuk satu jangka masa pendek sahaja seperti saya. Saya hanya alami mild morning sickness di mana setiap pagi mesti akan berasa mual tetapi bukan muntah dan juga tak boleh bau tumisan masakan di trimester pertama. Selepas pada itu, i' really enjoy my pregnancy journey. Jangan risau sebab ada cara untuk mengatasi masalah "morning sickness" ni.

Apakah Maksud Mabuk Hamil / Morning Sickness?

Sebelum kita pergi ke cara mengatasi mabuk hamil, jom kita faham dulu apa maksud mabuk hamil atau morning sickness ni dahulu. Mabuk hamil adalah merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan hilang dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang. Bergantung kepada tahap keseriusan, terdapat beberapa cara untuk atasi mabuk hamil tersebut.

CARA MENGATASI MABUK HAMIL

1. Jumpa Doktor Dahulu

Pertama sekali, jika anda bangun dan merasakan loya yang teramat dan muntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badan, adalah lebih baik jika anda segera dapatkan rawatan doktor dan ambillah cuti pada hari tersebut. Jika perlu, doktor akan berikan ubat yang sepatutnya dan ada kalanya jika tahap morning sickness anda terlalu teruk, doktor mungkin akan masukkan anda ke wad untuk pemantauan rapi.

Kemungkinan besar badan anda sedang bekerja lebih masa bagi membantu perkembangan bayi anda dan badan anda amat memerlukan rehat yang secukupnya. Ia dapat membantu anda dari segi fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.

2. Hidu Bau Limau

Kebanyakan mabuk hamil berpunca dari bau yang kuat terutamanya bau busuk seperti lori sampah yang lalu depan rumah ataupun bau masam ketika sedang berada dalam sebuah pengangkutan awam dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosmeri di dalam beg anda, dan menghidunya apabila berpeluang. Aroma segar ini dapat melupakan hidung anda daripada bau busuk tersebut dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang. Nak mudah siap sediakan minyak Cap Kapak je. Hehehe..

3. Minum Air Dalam Kuantiti Yang Banyak

Salah satu cara mengatasi mabuk hamil adalah dengan mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah disebabkan kekurangan air dalam badan, akan menyebabkan lebih teruk mabuk hamil anda sekiranya ia berlaku. Jangan biarkan badan anda terhidrat begitu lama kerana bimbang akan memberi kesan yang lebih buruk kepada anda dan juga bayi yang dikandung. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais atau pun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya. Cubalah.

4. Elakkan Perut Kosong

Anda juga boleh cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesan mabuk hamil tidaklah seteruk berbanding perut yang kosong. Jangan nanti bila perut dah dipenuhi angin masalah kesihatan lain pula yang terpaksa dihadapi seperti gastrik.

5. Minum Teh Halia

Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan, sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil tersebut. Tetapi jika anda seorang yang memang tak boleh tahan dengan halia, janganlah paksa diri pula untuk menelan halia tadi. Saya ada cara yang lebih mudah dan langsung takkan terasa halia tersebut. Apakah itu? Mestilah Peppermint Ginger Plus. Ianya selamat untuk diambil oleh ibu hamil ok.

PEPPERMINT UNTUK ATASI LOYA

6. Amal Vitamin Secara Konsisten

Biasalah bila dah alami mabuk hamil ni memang akan membuatkan kita tiada selera makan dan tak dapat rehat yang secukupnya. Ianya akan menyebabkan ibu dan bayi kekurangan nutris sedangkan nutrisi yang secukupnya amat diperlukan untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Cuba ambil Vitamin B6 seperti yang terdapat dalam Set Kehamilan Shaklee jika anda mahukan suplemen di dalam tubuh anda. Pengambilan 50mg Vitamin B6 setiap hari terbukti dapat membantu di dalam mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil.

Semoga perkongsian saya dapat membantu ibu-ibu hamil mengatasi masalah mabuk hamil anda. Ketahuilah, tiada sesiapa yang mahukan mabuk hamil ni sebabnya semua pasti nak enjoy the moment of pregnancy  journey kan? Anggaplah ianya satu rezeki buat anda dan hadapinya dengan sabar. Pasti ada sesuatu dari Allah dipenghujungnya nanti.


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964

EN. REDZUAN @ OneDet
Whatsapp/ Telegram/SMS 013-2232594

Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

PIL YANG WAJIB ADA UNTUK MEREKA YANG ADA GASTRIK

Assalamualaikum & Hai..

Rasa-rasa kan apa agaknya pil yang wajib ada untuk mereka yang ada gastrik supaya gastrik tu dapat dikawal pada peringkat awal sebelum merebak sampai kena warded? Yang pasti bukan pil sembarangan ye.

Dah nama pun pengedar sah shaklee kan, memang saya amalkan sepenuhnya suplemen daripada Shaklee sendiri. Pil yang saya maksudkan tu adalah Peppermint Ginger Plus.

PEPPERMINT GINGER PLUS


Peppermint Ginger Plus memang wajib ada ke mana sahaja saya pergi. Wajib ada dalam handbag selalu. Dulu sebelum kenal Shaklee memang ubat gastrik dan angin sentiasa ada stok. Siap minta stok lebih kat doktor sebab boleh dikatakan setiap bulan mesti kena gastrik ni. Samada sebab terlebih makan, terlewat makan atau makan makanan dan minuman yang berangin tanpa alas perut terlebih dahulu.

"UBAT" GASTRIK MUJARAB

Tapi sejak kenal Peppermint Ginger Plus ni, stok ubat memang dah takde. Siap lupa dah nama ubat yang selalu makan dulu bila diserang gastrik. Nak tau tak kelebihan Peppermint Ginger Plus ni?

KELEBIHAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE

  • Membantu melegakan otot perut
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom demam
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Melegakan cirit-birit, pedih ulu hati dan gastrik
  • Meningkatkan fokus
  • Menghalang muntah selepas pembedahan
  • Mengurangkan dan mencegah masalah kembung perut
  • Melegakan haba pada musim sejuk / panas
  • Membantu melegakan / mengurangkan morning sickness
  • Melegakan senak perut
Saya kongsikan juga cara pengambilan Peppermint Ginger Plus ini supaya dapat memberi kesan maksimum kepada anda. In sha Allah.

  • Pertama, boleh ditelan Perppermint Ginger Plus begitu sahaja. Cara kedua dengan mencampurkan 2 atau 3 biji Peppermint Ginger Plus dengan air teh o panas. Rasa dia sungguh nyaman dan melegakan. Boleh mengamalkannya 2 -3 kali sehari.
  • Jika untuk tujuan mencuci usus dan perut boleh melarutkan 3 biji Pappermint Ginger Plus dengan 10 biji Alfalfa di dalam air panas suam kemudian boleh diminum.
  • Jika untuk penghadaman saya sarankan ambil 3 biji selepas makan.
  • Jika untuk melegaan tekak, batuk atau sendawa boleh terus hisap 2 biji Peppermint Ginget Plus. 
  • Jika untuk merawat sakit atau masalah gastrik atau nausea boleh ambil 3-5 biji Peppermint Ginger Plus dan dilarutkan dalam air panas untuk menjadi teh herba.

Semoga entry kali ini dapat memberikan manfaat buat semua. Selamat mencuba!


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964

EN. REDZUAN @ OneDet
Whatsapp/ Telegram/SMS 013-2232594

Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

Sunday, August 5, 2018

KETAHUI POSISI TIDUR IBU HAMIL AGAR TIDAK MENDATANGKAN BAHAYA KEPADA BAYI YANG DIKANDUNG

Assalamualaikum & Hai..

Korang rasa kan apakah posisi tidur yang terbaik bagi ibu mengandung? Ibu-ibu digalakkan untuk tidur dengan mengiring ke sebelah kiri semasa tidur. Kenapa agaknya posisi ini adalah sangat disyorkan?

POSISI TIDUR IBU HAMIL

Ingat lagi dulu waktu mengandungkan Hannah, bila masuk trimester kedua je memang masalah tidur pun terjadi. Mengiring ke kiri tak selesa, mengiring ke kanan tak selesa, tidur menegak apatah lagi, memang langsung tak selesa. Akhirnya tidur dengan posisi duduk bersandar ke katil. Tapi tak adalah setiap masa tidur dalam posisi begitu. Jenuh pula sakit pinggang kan. Dalam banyak-banyak posisi, memang diakui posisi tidur mengiring di sebelah kiri dapat memberi keselesaan di kebanyakan masa.

Kenapa Ibu Hamil Sukar Tidur Dengan Selesa?

  • Saiz abdomen yang semakin membesar sesuai dengan perkembangan bayi yang dikandung.
  • Ibu ada masalah sakit belakang.
  • Masalah pedih ulu hati juga mengundang masalah sukar tidur dengan sempurna.
  • Nafas rasa pendek/mengah
  • Insomnia (satu penyakit sukar tidur). Mungkin terjadi kerana ibu memikirkan kandungan atau bimbangkan detik bersalin dan penjagaan selepas bersalin nanti.
Kenapa Posisi Tidur Mengiring Digalakkan?

  • Melancarkan saluran darah dan akan memberi kesan baik kepada bayi iaitu nutrien dapat disalurkan kepada placenta dengan lebih baik.
  • Baik untuk buah pinggang ibu. Dapat membantu menyingkirkan bahan-bahan buangan dari badan. Juga baik bagi ibu yang mengalami bengkak kaki sewaktu hamil.
  • Membantu mengurangkan tekanan pada hati. Organ hati kita adalah di sebelah kanan, dengan tidur mengiring ke kiri dapat melindungi hati dari tekanan.
  • Juga dikatakan posisi tidur mengiring ke kiri lebih baik kerana tidak mahu membebankan dan beri tekanan pada jantung bayi yang menghadap ke sebelah kanan.
Kenapa tidak digalakkan tidur terlentang?

Kerana ianya akan memberikan sepenuh tekanan pada tulang belakang, otot-otot dan juga saluran darah.

Bila tekanan berlebihan, ia akan boleh menyebabkan ibu rasa pening kerana tekanan darah yang rendah. Kadangkala ia juga boleh menyebabkan terjadinya buasir atau kesakitan pada tulang belakang.

Bagaimana Mahu Memastikan Ibu Dapat Tidur Dengan Selesa?

Boleh cuba tips ini. Pastikan ibu dapat cukup kalsium seperti minum susu sebelum tidur. Ini kerana dalam susu mengandungi Tryptophan iaitu sejenis asid amino yang boleh membantu tidur lebih lena.

Tapi bagaimana pula bagi ibu yang tidak gemarkan susu? Ibu-ibu boleh mencuba rangkaian produk yang saya pernah cadangkan sebelum ini iaitu ESP (energizing soy protein) dan juga Ostematrix (pil kalsium). ESP adalah berasaskan soya dan mengandungi Tryptophan yang sangat mudah diambil.

ESP ini boleh dibancuh segelas sebelum tidur. Atau jika korang tidak sukakan jenis bancuh, tak boleh nak telan susu atau pun soya, pilihan lain adalah Ostematrix. Cuba dulu baru akan rasa kesannya, insyaAllah lebih senang tidur sebab tidur yang berkualiti lebih baik daripada kuantiti tidur itu sendiri.

ESP & OSTEMATRIX SHAKLEE

Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL
FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964



Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.


Saturday, August 4, 2018

5 PETUA ORANG LAMA UNTUK LEGAKAN BATUK


Cuaca yang kering dan panas di Malaysia ni membuatkan kita tak lari dari dihinggapi pening kepala, sakit tekak dan terutamanya, batuk. Bila batuk, bukan sahaja dada sakit, tapi juga akan menyebabkan rasa tak selesa dan perit di tekak.

Yang paling stress, apabila nak tidur di malam hari. Malam sepatutnya masa untuk kita berehat, tapi bila batuk, terus tak dapat tidur! Alahai…

Dah bermacam ubat kita guna, tapi batuk masih berpanjangan. Seksanya rasa! Haa..apa kata anda cuba petua orang-orang lama ni! Manalah tahu mujarab dan berkesan untuk kurangkan batuk anda tu. Jom baca!

BERENDAM DALAM AIR HANGAT

Mandi dengan air panas ni memang mendamaikan. Haa..bagi anda yang seharian di pejabat dan setiap hari stress dengan kerja yang banyak, apa kata cuba berendam dalam air hangat. Memang boleh rasa relaks dan tenang je. Rasa nak tertidur pun ada.

Sama jugalah macam batuk. Mandi dengan air hangat juga digalakkan bagi mereka yang batuk berpanjangan, kerana wap panas membantu melonggarkan sinus dan melancarkan sistem pernafasan serta tekak. Cubalah!

TIDUR PAKAI BANTAL TINGGI

Ada orang bila nak tidur, kena pakai bantal lembut dan rendah, ada orang kena pakai bantal keras dan tinggi baru boleh lena. Tapi, jangan tak tahu, tidur menggunakan bantal yang tinggi juga boleh membantu mengurangkan batuk tau!

Bila kahak di tekak berkumpul, ia akan membuatkan kita rasa tak selesa dan kerap batuk. Jadi, dengan posisi kepala yang lagi tinggi dari bantal, akan membuat lendir di tekak dan hidung berpindah dari saluran pernafasan tersebut.

So, siapa yang batuk tu, bolehlah cuba dengan menambah bilangan bantal ketika tidur ya!

BUAH BADAM DAN MENTEGA

Kalau anda nak tahu, buah badam juga terkenal sebagai penawar batuk kerana khasiat dan kelembapannya yang membantu meredakan rasa sakit tekak.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, ambil 5-8 biji buah badam, rendamkannya di dalam air dan campurkan dengan sedikit mentega sehingga menjadi paste. Kemudian, makan dan amalkan sehari, tiga kali.

LIMAU NIPIS DAN KICAP

Petua ni agak popular dalam meredakan batuk. Dengar macam pelik kan kombinasi limau nipis dan kicap? Tapi..sedap!

Caranya, perahkan sebiji limau nipis ke atas sesudu kicap, campurkan dan minum. Anda juga boleh ulangi cara ini dengan kerap. Sedap, murah dan selalunya berkesan!

MAKAN MADU

Batuk yang paling perit adalah batuk kering atau dry cough. Batuk kering boleh jadi sangat teruk pada malam hari dan waktu pagi. Bukan saja tekak tak selesa, dada dan perut pun turut sama sakit. Confirm tak boleh tidur malam!

Cuba amalkan makan madu. Madu dikatakan efektif dalam melegakan batuk dan sakit tekak kerana ia dapat melembapkan tekak yang kering dan gatal dengan fungsi hidrasinya.

Caranya, ambil segelas air suam dan campurkan sesudu madu, lalu minum. Anda boleh ulangi cara ini sebanyak 2 atau 3 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan tekak. Nak lagi sedap, anda juga boleh campurkan madu dengan segelas teh lemon. Yums!

Diharapkan entry kali ini dapat membantu mengatasi masalah batuk anda.


PERANAN SUAMI DALAM MEMBAHAGIAKAN ISTERI YANG SEDANG SARAT HAMIL

Assalamualaikum & Hai.. 

Peranan suami dalam membahagiakan isteri yang sedang sarat mengandung sangatlah penting. Bakal-bakal bapa diluar sana jangan buat tak peduli ye bila isteri anda disahkan hamil. 

Banyak perubahan yang mereka terpaksa alami dan lalui demi si kecil yang sedang membeaar di dalam rahim. Banyak yang terpaksa mereka korbankan demi zuriat yang sedang dikandung. Apa yang mereka alami sebenarnya bukan nak mengada-ngan cuma inginkan lebih perhatian disebabkan emosi yangbkurang stabil yang mana salah satu penyebabnya adalah kerana gangguan hormon. 

Isteri akan hargai setiap detik bersama,  setiap apa yang suami lakukan untuk mereka dengan melayani karenah seorang ibu hamil" yang pelbagai kan. Barulah anak dalam kandungan dapat membesar dengan baik, sihat dan sempurna. In shaa Allah. 


PAPA...TERIMA KASIH SEBAB FAHAM MAMA MASA MENGANDUNGKAN SAYA....


  • Bila papa faham keadaan mama, mama rasa dihargai.
  • Bila papa gembirakan mama, saya pun turut gembira. 
  • Bila papa ambil tahu perubahan emosi & fizikal mama, mama semakin rasa ringan beban. 
  • Bila papa urut kaki mama, bantu uruskan keluarga kita, mama jadi lebih ceria dan bersyukur.
  • Bila mama bersyukur.. hatinya senang & lapang... mama akan mudah melahirkan dan membesarkan saya dengan gembiranya. 

Saya pasti isteri anda pasti lebih gembira bila mana suami menghadiahkan SET KEHAMILAN SHAKLEE yang menyediakan rangakain vitamin yang boleh membantu memberi lebih tenaga dan nutrien penting yang ibu-ibu perlukan semasa proses kehamilan. 

Bila ibu sihat dan bertenaga,  emosi stabil dan dapat melalui saat-saat indah kehamilan dengan lebih gembira.  Percayalah!



Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964



Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.



Thursday, August 2, 2018

PROMOSI SHAKLEE BULAN OGOS 2018 YANG AWESOME

Assalamualaikum & Hai...

Sekejap saja masa berlalu kan? Tup-tup kita dah sampai ke bulan Ogos 2018 dah. Alhamdulillah. Bulan Ogos 2018 ni diserikan lagi dengan Promosi Shaklee yang Awesome yang mungkin anda takkan dapat di bulan-bulan lain. So, kena cepat-cepat buat keputusan dan grab peluang yang ada ni dengan segera!

Nak tau tak apakah Promosi Shaklee Bulan Ogos 2018 yang Awesome tu?

 1. VIVIX a.k.a SIRAP MERAH TERLARIS 


PROMO VIVIX OGOS 2018


 2. YOUTH SKINCARE YANG AWESOME


PROMO YOUTH OGOS 2018

PROMO YOUTH OGOS 2018


3. ALFAFA YANG SUPERB


PROMO ALFAFA BULAN OGOS 2018

4. SET BERSALIN / BERPANTANG KESUKAAN PARA IBU


SET BERPANTANG SHAKLEE


5. SET SHAKLEEBABY YANG MENYEGARKAN


SHAKLEEBABY PROMO

Best kan promo bulan ni? Rugi kalau tak dapatkan. Banyak penjimatan yang akan berlaku dengan belian set-set promosi di atas. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya ye.


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964



Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

Wednesday, August 1, 2018

5 TIPS IBU HAMIL PERLU LAKUKAN UNTUK LAHIRKAN ANAK YANG BIJAK

Assalamualaikum & Hai..

Ramai ibu pasti impikan anak bijak kan? Dan jangan tak tahu kita boleh merangsang kebijakan anak yang bakal dilahirkan hanya dengan 5 tips mudah ini. Di dalam berdoa untuk mendapat anak yang bijak, soleh dan solehah kita sebagai manusia khasnya sebagai seorang ibu mestilah berusaha melaksanakan yang terbaik untu anak-anak kita.

Agaknya apa tips anak bijak ni ye yang ibu kena amalkan.

TIPS MENDAPAT ANAK BIJAK


Tips Lahirkan Anak Bijak

***Makan makanan seimbang

Penting tau untuk ibu hamil mengambil makanan yang baik dan seimbang. Sebab kita sekarang makan untuk kesihatan bayi dalam kandungan juga. Ini sangat penting supaya bayi juga dapat berkembang dengan baik. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana dapat membantu meningkatkan sistem imun badan juga.

AMALKAN DIET SEIMBANG


Ambillah makanan yang mengandungi protein, vitamin A, B, C, Omega 3, Asid folat, DHA, AA, zat besi serta vitamin B1 dan B6.

***Jauhi asap rokok

Jika suami merokok, mintalah berhenti merokok kalau boleh. Janganlah merokok pada saat kehamilan isteri. Sedangkan kita individu biasa yang menghidu asap rokok sekalipun dah boleh dapat banyak penyakit seperti astma, batuk, kanser dan lain-lain, inikan pula bayi yang masih dalam kandungan kita, yang sedang membesar. Cuba bayangkan kesannya kepada bayi kita itu!

JAUHI ASAP ROKOK


Ini kerana asap rokok mengandungi nephrotoxin yang membahayakan perkembangan bayi dalam kandungan. Ia juga boleh meningkatkan risiko kecacatan bayi semasa dilahirkan. Selain itu apa yang lebih teruk ia boleh meningkatkan risiko masalah kemudian hari, serta masalah pembelajaran si kecil nanti. Sesungguhnya asap rokok sangat bahaya.

***Jauhi Makanan Ada Pengawet

Jangan makan junkfood. Jauhi makanan yang ada pengawet, MSG, pewarna, pemanis buatan dan pelbagai makanan yang tidak berkhasiat lain. Kebiasaan makanan luar mengandungi MSG, maka ibu semua berhati-hatilah.

Jangan jadikan alasan mengidam, teringin dan tak lalu makan makanan yang lebih sihat ye. Pentingkan kesihatan dan keperluan bayi dalam kandungan juga. Jangan pentingkan diri sendiri!

***Ajak Bayi Dalam Kandungan Berbual Dan Berikan Sentuhan

BERINTERAKSI DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Apabila kandungan berusia 3 bulan, bayi sudah boleh mendengar bunyi dari luar rahim. Jadi masa inilah anda harus banyak berbual dan berkomunikasi dengan bayi anda. Jangan terlalu terikut atau terbawa-bawa emosi ye ibu-ibu sekalian sebab ianya boleh mempengaruhi perwatakan bayi dalam kandungan juga.

Bacakan buku cerita, bacaan Al Quran untuk menstimulasi kecerdasannya. Juga rangsang dengan sentuhan untuk membantu perkembangannya.

***Hindari Stress

Ibu hamil tak boleh terlalu stress tau. Jauhi dari perkara yang boleh memberi tekanan pada diri. Bila ibu stress, bayi dalam kandungan juga akan turut merasa.

Ini mengganggu saraf otaknya yang sedang berkembang. Aduh takutnya, ia memberi kesan rupanya.

Juga kalau stress waktu hamil ni boleh mengundang banyak sakit lain pula seperti darah tinggi semasa hamil. Kita tak nak darah tinggi waktu hamil kerana disebabkan masalah ini silap-silap kita terpaksa melahirkan secara pembedahan.

Jangan stress ye, jaga pola makan, lakukan aktiviti yang membahagiakan diri dan berehat secukupnya.

HINDARI STRESS


Untuk ibu yang nak amalkan pemakanan sihat, suka untuk saya sarankan vitamin hamil yang sangat baik untuk anda cuba.

Set Kehamilan Shaklee yang awesome ini menjadi set paling laris dan paling mendapat repeat order oleh kerana yang mencuba selalunya akan beri feedback positif. 

Set ibu hamil ni lengkap mengandungi kesemua vitamin yang disebutkan di atas.

SET KEHAMILAN SHAKLEE


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964



Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...