Cuaca yang kering dan panas di Malaysia ni membuatkan kita tak lari dari dihinggapi pening kepala, sakit tekak dan terutamanya, batuk. Bila batuk, bukan sahaja dada sakit, tapi juga akan menyebabkan rasa tak selesa dan perit di tekak.
Yang paling stress, apabila nak tidur di malam hari. Malam sepatutnya masa untuk kita berehat, tapi bila batuk, terus tak dapat tidur! Alahai…
Dah bermacam ubat kita guna, tapi batuk masih berpanjangan. Seksanya rasa! Haa..apa kata anda cuba petua orang-orang lama ni! Manalah tahu mujarab dan berkesan untuk kurangkan batuk anda tu. Jom baca!
BERENDAM DALAM AIR HANGAT
Mandi dengan air panas ni memang mendamaikan. Haa..bagi anda yang seharian di pejabat dan setiap hari stress dengan kerja yang banyak, apa kata cuba berendam dalam air hangat. Memang boleh rasa relaks dan tenang je. Rasa nak tertidur pun ada.
Sama jugalah macam batuk. Mandi dengan air hangat juga digalakkan bagi mereka yang batuk berpanjangan, kerana wap panas membantu melonggarkan sinus dan melancarkan sistem pernafasan serta tekak. Cubalah!
TIDUR PAKAI BANTAL TINGGI
Ada orang bila nak tidur, kena pakai bantal lembut dan rendah, ada orang kena pakai bantal keras dan tinggi baru boleh lena. Tapi, jangan tak tahu, tidur menggunakan bantal yang tinggi juga boleh membantu mengurangkan batuk tau!
Bila kahak di tekak berkumpul, ia akan membuatkan kita rasa tak selesa dan kerap batuk. Jadi, dengan posisi kepala yang lagi tinggi dari bantal, akan membuat lendir di tekak dan hidung berpindah dari saluran pernafasan tersebut.
So, siapa yang batuk tu, bolehlah cuba dengan menambah bilangan bantal ketika tidur ya!
BUAH BADAM DAN MENTEGA
Kalau anda nak tahu, buah badam juga terkenal sebagai penawar batuk kerana khasiat dan kelembapannya yang membantu meredakan rasa sakit tekak.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, ambil 5-8 biji buah badam, rendamkannya di dalam air dan campurkan dengan sedikit mentega sehingga menjadi paste. Kemudian, makan dan amalkan sehari, tiga kali.
LIMAU NIPIS DAN KICAP
Petua ni agak popular dalam meredakan batuk. Dengar macam pelik kan kombinasi limau nipis dan kicap? Tapi..sedap!
Caranya, perahkan sebiji limau nipis ke atas sesudu kicap, campurkan dan minum. Anda juga boleh ulangi cara ini dengan kerap. Sedap, murah dan selalunya berkesan!
MAKAN MADU
Batuk yang paling perit adalah batuk kering atau dry cough. Batuk kering boleh jadi sangat teruk pada malam hari dan waktu pagi. Bukan saja tekak tak selesa, dada dan perut pun turut sama sakit. Confirm tak boleh tidur malam!
Cuba amalkan makan madu. Madu dikatakan efektif dalam melegakan batuk dan sakit tekak kerana ia dapat melembapkan tekak yang kering dan gatal dengan fungsi hidrasinya.
Caranya, ambil segelas air suam dan campurkan sesudu madu, lalu minum. Anda boleh ulangi cara ini sebanyak 2 atau 3 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan tekak. Nak lagi sedap, anda juga boleh campurkan madu dengan segelas teh lemon. Yums!
Diharapkan entry kali ini dapat membantu mengatasi masalah batuk anda.
No comments:
Post a Comment