Wednesday, August 1, 2018

5 TIPS IBU HAMIL PERLU LAKUKAN UNTUK LAHIRKAN ANAK YANG BIJAK

Assalamualaikum & Hai..

Ramai ibu pasti impikan anak bijak kan? Dan jangan tak tahu kita boleh merangsang kebijakan anak yang bakal dilahirkan hanya dengan 5 tips mudah ini. Di dalam berdoa untuk mendapat anak yang bijak, soleh dan solehah kita sebagai manusia khasnya sebagai seorang ibu mestilah berusaha melaksanakan yang terbaik untu anak-anak kita.

Agaknya apa tips anak bijak ni ye yang ibu kena amalkan.

TIPS MENDAPAT ANAK BIJAK


Tips Lahirkan Anak Bijak

***Makan makanan seimbang

Penting tau untuk ibu hamil mengambil makanan yang baik dan seimbang. Sebab kita sekarang makan untuk kesihatan bayi dalam kandungan juga. Ini sangat penting supaya bayi juga dapat berkembang dengan baik. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana dapat membantu meningkatkan sistem imun badan juga.

AMALKAN DIET SEIMBANG


Ambillah makanan yang mengandungi protein, vitamin A, B, C, Omega 3, Asid folat, DHA, AA, zat besi serta vitamin B1 dan B6.

***Jauhi asap rokok

Jika suami merokok, mintalah berhenti merokok kalau boleh. Janganlah merokok pada saat kehamilan isteri. Sedangkan kita individu biasa yang menghidu asap rokok sekalipun dah boleh dapat banyak penyakit seperti astma, batuk, kanser dan lain-lain, inikan pula bayi yang masih dalam kandungan kita, yang sedang membesar. Cuba bayangkan kesannya kepada bayi kita itu!

JAUHI ASAP ROKOK


Ini kerana asap rokok mengandungi nephrotoxin yang membahayakan perkembangan bayi dalam kandungan. Ia juga boleh meningkatkan risiko kecacatan bayi semasa dilahirkan. Selain itu apa yang lebih teruk ia boleh meningkatkan risiko masalah kemudian hari, serta masalah pembelajaran si kecil nanti. Sesungguhnya asap rokok sangat bahaya.

***Jauhi Makanan Ada Pengawet

Jangan makan junkfood. Jauhi makanan yang ada pengawet, MSG, pewarna, pemanis buatan dan pelbagai makanan yang tidak berkhasiat lain. Kebiasaan makanan luar mengandungi MSG, maka ibu semua berhati-hatilah.

Jangan jadikan alasan mengidam, teringin dan tak lalu makan makanan yang lebih sihat ye. Pentingkan kesihatan dan keperluan bayi dalam kandungan juga. Jangan pentingkan diri sendiri!

***Ajak Bayi Dalam Kandungan Berbual Dan Berikan Sentuhan

BERINTERAKSI DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Apabila kandungan berusia 3 bulan, bayi sudah boleh mendengar bunyi dari luar rahim. Jadi masa inilah anda harus banyak berbual dan berkomunikasi dengan bayi anda. Jangan terlalu terikut atau terbawa-bawa emosi ye ibu-ibu sekalian sebab ianya boleh mempengaruhi perwatakan bayi dalam kandungan juga.

Bacakan buku cerita, bacaan Al Quran untuk menstimulasi kecerdasannya. Juga rangsang dengan sentuhan untuk membantu perkembangannya.

***Hindari Stress

Ibu hamil tak boleh terlalu stress tau. Jauhi dari perkara yang boleh memberi tekanan pada diri. Bila ibu stress, bayi dalam kandungan juga akan turut merasa.

Ini mengganggu saraf otaknya yang sedang berkembang. Aduh takutnya, ia memberi kesan rupanya.

Juga kalau stress waktu hamil ni boleh mengundang banyak sakit lain pula seperti darah tinggi semasa hamil. Kita tak nak darah tinggi waktu hamil kerana disebabkan masalah ini silap-silap kita terpaksa melahirkan secara pembedahan.

Jangan stress ye, jaga pola makan, lakukan aktiviti yang membahagiakan diri dan berehat secukupnya.

HINDARI STRESS


Untuk ibu yang nak amalkan pemakanan sihat, suka untuk saya sarankan vitamin hamil yang sangat baik untuk anda cuba.

Set Kehamilan Shaklee yang awesome ini menjadi set paling laris dan paling mendapat repeat order oleh kerana yang mencuba selalunya akan beri feedback positif. 

Set ibu hamil ni lengkap mengandungi kesemua vitamin yang disebutkan di atas.

SET KEHAMILAN SHAKLEE


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964



Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.


No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...