Assalamualaikum & Hai..
Betapa gembiranya sang isteri dan suami saat UPT menunjukkan tanda positif yang isterinya telah mengandung. Bertambah gembira bila mana doktor pula memberi
pengesahan terhadap ujian kehamilan tadi. Tapi, kadangkala ada juga isteri yang terpaksa melalui
fasa mabuk hamil atau "morning sickness". Jangan tak tahu ye, adakalanya suami juga terpaksa menanggung alahan kehamilan si isteri. Pelik tapi benar.
Bersabarlah tika anda perlu hadapi "morning sickness" ini. Ada yang perlu hadapinya sedari awal kehamilan sehinggalah hendak bersalin. Ada yang hanya alami untuk satu jangka masa pendek sahaja seperti saya. Saya hanya alami
mild morning sickness di mana setiap pagi mesti akan berasa mual tetapi bukan muntah dan juga tak boleh bau tumisan masakan di trimester pertama. Selepas pada itu,
i' really enjoy my pregnancy journey. Jangan risau sebab ada cara untuk mengatasi masalah "morning sickness" ni.
Apakah Maksud Mabuk Hamil / Morning Sickness?
Sebelum kita pergi ke cara mengatasi mabuk hamil, jom kita faham dulu apa maksud mabuk hamil atau morning sickness ni dahulu. Mabuk hamil adalah merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan hilang dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang. Bergantung kepada tahap keseriusan, terdapat beberapa cara untuk atasi mabuk hamil tersebut.
CARA MENGATASI MABUK HAMIL
1. Jumpa Doktor Dahulu
Pertama sekali, jika anda bangun dan merasakan loya yang teramat dan muntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badan, adalah lebih baik jika anda segera dapatkan rawatan doktor dan ambillah cuti pada hari tersebut. Jika perlu, doktor akan berikan ubat yang sepatutnya dan ada kalanya jika tahap
morning sickness anda terlalu teruk, doktor mungkin akan masukkan anda ke wad untuk pemantauan rapi.
Kemungkinan besar badan anda sedang bekerja lebih masa bagi membantu perkembangan bayi anda dan badan anda amat memerlukan rehat yang secukupnya. Ia dapat membantu anda dari segi fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.
2. Hidu Bau Limau
Kebanyakan mabuk hamil berpunca dari bau yang kuat terutamanya bau busuk seperti lori sampah yang lalu depan rumah ataupun bau masam ketika sedang berada dalam sebuah pengangkutan awam dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosmeri di dalam beg anda, dan menghidunya apabila berpeluang. Aroma segar ini dapat melupakan hidung anda daripada bau busuk tersebut dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang. Nak mudah siap sediakan minyak Cap Kapak je. Hehehe..
3. Minum Air Dalam Kuantiti Yang Banyak
Salah satu cara mengatasi mabuk hamil adalah dengan mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah disebabkan kekurangan air dalam badan, akan menyebabkan lebih teruk mabuk hamil anda sekiranya ia berlaku. Jangan biarkan badan anda terhidrat begitu lama kerana bimbang akan memberi kesan yang lebih buruk kepada anda dan juga bayi yang dikandung. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais atau pun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya. Cubalah.
4. Elakkan Perut Kosong
Anda juga boleh cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesan mabuk hamil tidaklah seteruk berbanding perut yang kosong. Jangan nanti bila perut dah dipenuhi angin masalah kesihatan lain pula yang terpaksa dihadapi seperti gastrik.
5. Minum Teh Halia
Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan, sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil tersebut. Tetapi jika anda seorang yang memang tak boleh tahan dengan halia, janganlah paksa diri pula untuk menelan halia tadi. Saya ada cara yang lebih mudah dan langsung takkan terasa halia tersebut. Apakah itu? Mestilah
Peppermint Ginger Plus. Ianya selamat untuk diambil oleh ibu hamil ok.
6. Amal Vitamin Secara Konsisten
Biasalah bila dah alami mabuk hamil ni memang akan membuatkan kita tiada selera makan dan tak dapat rehat yang secukupnya. Ianya akan menyebabkan ibu dan bayi kekurangan nutris sedangkan nutrisi yang secukupnya amat diperlukan untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Cuba ambil
Vitamin B6 seperti yang terdapat dalam
Set Kehamilan Shaklee jika anda mahukan suplemen di dalam tubuh anda. Pengambilan 50mg Vitamin B6 setiap hari terbukti dapat membantu di dalam mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil.
Semoga perkongsian saya dapat membantu ibu-ibu hamil mengatasi masalah mabuk hamil anda. Ketahuilah, tiada sesiapa yang mahukan mabuk hamil ni sebabnya semua pasti nak
enjoy the moment of pregnancy journey kan? Anggaplah ianya satu rezeki buat anda dan hadapinya dengan sabar. Pasti ada sesuatu dari Allah dipenghujungnya nanti.
Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA:
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964
EN. REDZUAN @ OneDet
Whatsapp/ Telegram/SMS 013-2232594
Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.