Thursday, July 12, 2018

6 FAKTA KEHAMILAN YANG MUNGKIN AKAN ANDA LALUI

Assalamualaikum & Hai...
Bila bercerita bab kehamilan ni pasti banyak perkara yang berlegar diminda kan? Terutamanya mereka yang baru pertama kali hamil. Pelbagai perkara nak dititikbertakan seperti corak pemakanan, senaman yang sesuai, vitamin kehamilan yang diperlukan, jenis pakaian yang perlu disediakan untuk keselesaan bila perut membesar nanti dan macam-macam lagi la. Untuk mudahkan cerita, saya kongsikan beberapa fakta menarik tentang kehamilan ini berserta dengan pengalaman saya sendiri.

KEHAMILAN BERLAKU

Fakta 1: Rambut Cepat Tumbuh & Bersinar-sinar

Mungkin anda tidak menyedari hal ini, namun jika anda perhatikan anda akan mendapati rambut anda terlihat lebih tebal dan bersinar. Selain pertumbuhan rambut yang cenderung lebih cepat, ketebalan rambut anda mungkin juga disebabkan berkurangnya rambut yang gugur. Anda mungkin akan terkejut ketika menyedari rambut anda tidak gugur sama sekali kerana disaat hamil, rambut akan berhenti gugur dan terlihat lebih tebal.
Memang diakui sebabnya saya sendiri alami perkara ini. Rambut memang tebal dan kurang gugur. Lantai bilik bersih ok.


KEGUGURAN RAMBUT KETIKA HAMIL

Fakta 2: Setelah Melahirkan, Rambut Anda Akan Gugur

Anda mungkin boleh lega dan senang sementara anda hamil kerana anda dapat menikmati rambut indah anda yang tebal dan bersinar. Namun bagaimana setelah anda melahirkan? Apakah rambut anda akan tetap tebal? Ah, anda boleh sahaja berharap rambut anda tetap tebal, namun kenyataanya ramai wanita yang mengalami rambut rontok selepas melahirkan anak. Bahkan banyak di antara ibu-ibu yang merasa kepalanya hampir botak setelah melahirkan (adakah kenyataan ini melampau?). Itu adalah hal yang wajar, rambut anda akan kembali tumbuh secara beransur-ansur. Keguguran itu mungkin terjadi kerana tubuh anda mulai beradaptasi dengan situasi setelah melalui proses panjang kehamilan sampai bersalin.
Fakta ni memang amat diakui dan mungkin terjadi juga pada ibu-ibu yang lain. Bila rambut pula jenis tebal, memang lagi seronok la rambut tu gugur. Tapi bersyukur juga bila rambut tebal sebab bila rambut gugur takde la cepat rambut tu menipis macam sesetengahnya rambut gugur sampai boleh nampak kulit kepala.

Fakta 3: Kulit Anda Akan Menjadi Lebih Halus Atau Lebih Berjerawat

PERUBAHAN HORMON KETIKA HAMIL

Ada dua kemungkinan yang berkaitan dengan keadaan atau perubahan kulit selama kehamilan. Boleh saja kulit anda menjadi semakin halus ketika anda hamil, ada pula kemungkinan kulit anda akan berjerawat kerana reaksi hormon kehamilan yang sensitif. Kulit anda akan kembali normal setelah beberapa bulan selepas melahirkan. Janganlah risau! Anda tetap cantik, percayalah.



Percayalah dua-dua kemungkinan dalam fakta di atas tak terjadi pada saya. Apa yang terjadi pada saya adalah kulit jadi kusam. Pakai la foundation tebal mana pun, sapu la bedak kerap pun memang muka kusam macam tu jugak. Hahaha..saya pasrah! Hormon ibu mengandung kan. Apa saja demi anak yang dikandung. Asalkan sihat dan sempurna.

Fakta 4: Ada Garisan Panjang Di Bahagian Perut

STRETCH MARK

Ketika pertama kali menyedarinya, mungkin anda takut dan berfikiran pelik tentang garisan vertikal dari pusat ke bawah. Namun itu adalah hal yang biasa terjadi kepada wanita selepas melahirkan. Meskipun anda tidak melakukan pembedahan dan melahirkan anak secara normal, garisan itu atau stretch marks tersebut mungkin saja muncul di perut anda.



Yups, garisan panjang vertkal dari bawah pusat tu memang clear ye. Mana tak nya, baby dalam tu membesar dengan jayanya. Perut memang besar tajam ke depan sampaikan orang tua-tua cakap saya mengandungkan baby lelaki. Hakikatnya yang keluar adalah baby girl ok. Sama seperti naluri hati saya. Stretch marks jangan cakap memang penuh walaupun dah pakai pelbagai krim sapuan dan juga minyak. Lagi sekali, saya pasrah! Hahaha...

Fakta 5: Ada Perkara Yang Anda Tidak Dapat Lakukan

Jika biasanya anda mencukur bulu kaki anda sendiri, maka di saat hamil anda tidak mungkin dapat melakukan hal tersebut sendiri. Itu akan menyiksa janin anda. Pedicure juga kerana boleh membahayakan janin anda akibat daripada bahaya infeksi yang ditimbulkan.



Paling stress bila tak dapat potong kuku kaki sendiri. Tapi sesekali dapat bermanja dengan suami minta suami tolong potongkan pun best juga ok.

Fakta 6: Perut Anda Menjadi Besar Setelah Melahirkan

PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN

Mahu tidak mahu anda memang akan mendapati perut anda berkembang (walaupun sedikit) setelah melahirkan. Sekalipun perut anda terlihat langsing sebelumnya, namun setelah melahirkan perut anda akan membesar. Maka dari itu anda harus berusaha mengatur perancangan untuk mengecilkan perut anda sendiri. Tetapi, kelau besar pun apa salahnya kan?



Perut memang menggelebeh pada mulanya. Maklumlah saya telahpun melahirkan baby girl seberat 3.7kg secara normal. Tapi dengan penyusuan yang teratur, rajin pakai bengkung dan bertungku, jaga makan dan minum dengan betul, In shaa Allah perut yang menggelebeh tadi boleh kembali seperti sedia kala.



Pendek kata berpantang dengan betul dan penuh disiplin. Jangan lupa amalkan SET KEHAMILAN dan SET BERPANTANG SHAKLEE juga. Pasti hasilnya menakjubkan!



Tak semestinya anda akan melalui semua fakta yang disenaraikan di atas sebab setiap daripada kita kan diciptakan berbeza-beza. Takkan pernah sama. So, jangan stress dan terlalu berfikiran negatif ya. Enjoy your pregnancy moment yang sangat indah sebaiknya.






Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964


Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...