Sunday, July 22, 2018

PERLUKAH MAKAN VITAMIN DAN ASID FOLIK SEMASA MENGANDUNG?

Assalamualaikum & Hai.. 

Folic acid membantu kekurangan nutrien yang diperlukan dalam tubuh wanita mengandung, terutamanya yang mengalami ‘morning sickness’ yang teruk. 

Dalam keadaan mual begitu, memang tidak banyak makanan yang dapat masuk ke dalam perut untuk diproses bagi keseluruhan badan.

IBU MENGANDUNG PERLUKAN BANYAK NUTRIEN TAMBAHAN

Ketika sedang mengandung, badan kita memerlukan lebih banyak nutrien daripada biasanya untuk membolehkan bayi membesar dengan sebaiknya. 

Oleh itu, kita perlu mengambil makanan tambahan bagi menampung keperluan tambahan tersebut.
Samada melalui pemakanan atau pun vitamin, sememangnya ia adalah penting bagi tujuan kesihatan ibu dan bayi.

Ada beberapa kes yang dilaporkan jika tidak mengambil vitamin, bayi lahir pra-matang boleh berlaku.

Antaranya ada yang dipaksa bersalin seawal bulan ke-7 dan ini akan menimbulkan banyak komplikasi yang lain.

PENGAMBILAN VITAMIN MENGIKUT DALAM DOS TERTENTU

Kebanyakan doktor akan menyarankan ibu-ibu mengandung untuk mengambil salah satu atau beberapa vitamin berikut :

 • 6 mcg vitamin B12
 • 70 mg vitamin C
 • 400 IU vitamin D
 • 10 mg vitamin E
 • 400 micrograms (mcg) asid folik
 • 200 ke 300 milligrams (mg) kalsium
 • 150 micrograms iodin
 • 17 mg besi
 • 3 mg tiamina
 • 2 mg riboflavin
 • 20 mg niasin
 • 15 mg zink

APA KEPENTINGAN MAKAN VITAMIN SEMASA MENGANDUNG?

1. VITAMIN B12
Vitamin B12 membantu dalan perkembangan otak, saraf dan salur darah. Ia juga dapat meningkatkan tahap tenaga, mood dan tahap stres semasa kehamilan.

2. VITAMIN C
Vitamin C merupakan antioksidan dan membantu dalam meningkatkan ketahanan terhadap jangkitan dan penyembuhan luka. Ia juga dapat meningkatkan penyerapan zat besi di dalam makanan bagi mencegah anemia.

3. VITAMIN D
Badan anda memerlukan Vitamin D bagi membantu mengekalkan tahap kalsium dan fosforus yang penting untuk tumbesaran tulang dan gigi bayi. Kekurangannya boleh menyebabkan pertumbuhan yang terbantut dan juga boleh mempengaruhi berat bayi secara keseluruhannya.

4. ASID FOLIK
Ini pil vitamin yang paling biasa diberikan oleh hospital kerajaan untuk ibu mengandung. Asid folik boleh mencegah kecacatan kelahiran tiub saraf, yang menjejaskan otak dan saraf tunjang.

Selain dari memakan pil yang mengandungi asid folik, anda juga boleh mengambilnya secara semulajadi dengan memakan sayur-sayuran hijau, kacang dan buah limau.

5. KALSIUM
Kalsium juga penting bagi seorang ibu mengandung dengan mencegah kehilangan kepadatan tulangnya sendiri kerana bayi turut memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulangnya.

Biasanya, ibu yang alah terhadap susu atau produk tenusu akan diberi vitamin kalsium untuk membantu keperluan kalsium dalam badan.

6. IODIN
Iodin pula sangat penting bagi menjaga fungsi kelenjar tiroid sewaktu kehamilan. Kekurangan iodin boleh menyebabkan pertumbuhan fizikal yang terbantut, kecacatan mental yang parah dan kepekakan. Juga boleh menyebabkan keguguran dan lahir mati.

7. ZAT BESI
Zat besi pula membantu dalam penghasilan darah bagi ibu dan bayi dan bertindak sebagai pembawa oksigen ke seluruh bahagian badan.

Sesetengah ibu yang mengandung lebih menggemari vitamin yang boleh dikunyah atau dalam bentuk cecair berbanding dalam bentuk kapsul.

Makan vitamin semasa mengandung adalah penting.

Selain itu, ibu mengandung perlu sedaya-upaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam memastikan kesihatan diri dan kandungan.

Pengambilan Set Kehamilan Shaklee amat digalakkan agar dapat mengisi lompong-lompong nutrien yang sangat diperlukan semasa hamil. 

Pastinya ibu sihat,  kuat dan bertenaga dan perkembangan bayi dalam kandungan juga seiring dengan usia.  In shaa Allah. 




Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964



Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...