Sunday, November 27, 2016

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA

Jika saya diberi pilihan untuk mencadangkan suplemen apa yang sesuai untuk seisi keluarga, semestinya lah saya memilih Omega Guard Shaklee. Sebab apa?

Salah satu sebab utama ke atas pemilihan Omega Guard adalah disebabkan ianya boleh diamalkan sedari bayi lagi. Macam mana pulak tu  kan sedangkan baby ni mana pandai telan kapsul lagi? Ok kawan2 jangan nak serabutka kepala fikirkan yang pelik2 sebabnya bayi sewal usia baru keluar dari perut ibu dah boleh menikmati khasiat Omega Guard ini melalui susu ibu.

Bukan setakat tu je, seawal usia beberapa minggu dalam kandungan ibu pun bayi tersebut sudah boleh menikmati khasiat Omega Guard ini melalui ibu juga of course kan. 

Selain daripada bayi jom kita tengok siapa lagi boleh amalkan Omega Guard Shaklee ini?

10 golongan yang boleh dan sangat digalakkan untuk mengamalkan Omega Guard


1. Kanak-kanak 1 tahun dan ke atas untuk menyokong perkembangan otak mereka melalui susu ibu.
2. Ibu-ibu hamil 
3. Ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka.
4. Pelajar sekolah & universiti yang mempunyai masalah untuk fokus dalam pembelajaran & yang lemah daya ingatan.
5. Golongan wanita & lelaki yang mahu bebas daripada masalah kesihatan seperti darah tinggi & jantung serta dapat mengawal masalah kolestrol.
7. Mereka yang mempunyai masalah ekzema.
8. Mereka yang menghidap masalah asthma yang teruk.
9. Warga emas yang ada masalah sendi.
10. Mereka yang ada masalah buasir.


Memandangkan sekarang ni dah musim tengkujuh, memang kena sentiasa adakan Omega Guard di rumah terutamanya yang ada masalah asthma yang kronik tu. Sejuk-sejuk ni kan memang senang la asthma nak menyerang. So, sediakan payung sebelum hujan kan lebih baik.

Oleh yang demikian, memang kami 3 beranak amalkan Omega Guard setiap hari kecuali Hannah la yang cuma mengambil sebiji 2 kali sehari.

Tambahan  pula sekarang ni banyak betul jemputan kenduri di sana sini kan dan petang2 pulak sure hujan punya la di area Bukit Beruntung ni. Dengan Hannah pulak tiba2 batuk2 manja lepas buat persembahan hari anugerah tadikanya Khamis lepas. Suara pun dah ala2 Ella dah. Malam tu jugak saya pecahkan Omega Guard dalam susu Hannah sebelum tidur. Bila Hannah bangun keesokan paginya alhamdulillah batuk2 kecil dah takde. Syukur sangat.

Mama & Babah Hannah pulak wajib telan 2 biji Omega Guard sebelum makan nasi kenduri untuk elakkan kolestrol terkumpul dalam organ dan darah. Di samping tu boleh kuruskan badan & kecilkan perut yang membuncit ni. hahaha.

Oleh kerana itu saya sangat2 recommend utk setiap keluarga mempunyai 1 botol Omega Guard di rumah sebab ianya sesuai di amalkan seisi keluarga. Sangat menjimatkan dan berbaloi kan?

Usaha tu usaha juga tapi jangan lupa mohon doa banyak2 pada Allah supaya keluarga kita sentiasa diberi kesihatan yang baik & dilindungi dari segala  penyakit2 yang berbahaya.

Aamin..


Omega Guard Shaklee
Inilah rupanya kapsul Omega Guard


SUZAINI ISMAIL
ID NO: 1065253
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964
***Konsultasi adalah PERCUMA

Tuesday, November 22, 2016

TEMPAT MENARIK DI KEDAH: MUZIUM PADI

Lepas cuti sakit yang agak lama dek kerana operate endometriosis dulu, ni kira first trip balik kampung Kak Chaq kat Alor Setar, Kedah. So, selain daripada tempat makan ada juga tempat-tempat best untuk dikunjungi dan dilawati tau.

Rasa-rasanya semua pun dah tau negeri Kedah ni dikenali sebagai negeri “Jelapang Padi” kan. So, memang tak sah la kalau tak melawat ke MUZIUM PADI. Since Hannah pun tak pernah jejak lagi ke Muzium padi ni so, we all decided untuk bawa Hannah ke sana. Mudah-mudahan dia teruja & happy sebab mama dia ni dah 3 kali pegi pun still teruja lagi terutama bila naik ke tingkat atas. Perasaan dia “wowwww” tau.


Sebelum masuk wajib ambil gambar dulu.

Apa yang “wowwww” sangat tu? Of course la teruja dengan lukisan yang seakan-akan hidup di bahagian sisi bumbung dia dengan lantai yang berpusing seolah-olah kita sedang melihat kehidupan dan suasana kampung yang sebenar, yang luar dari muzium tu. Tetiba terkenang zaman kanak-kanak Kak Chaq dulu tau.


Wow kan?

Wefie dulu..

Mama & Hannah yang tengah melayan keterujaan.

Muzium Padi ni ada 3 tingkat. Jangan risau lif ada, tangga pun ada. Pilih la yang mana suka. Aras 1 ni lebih kepada pengetahuan & fakta sejarah penanaman padi berserta alatan dan juga peralatan menangkap ikan tradisional zaman datuk nenek kita dulu yang makin pupus sekarang ni. Bagus untuk pendedahan kepada anak-anak kita yang di zaman moden ni. Hannah suka kat bahagian ni sebab alatan yang dpamerkan adalah real ok.

Kak Chaq dengan puteri kesayangan di bahagian peralatan memancing tradisional.

Babah buli kami asyik suruh posing je.

Haaa...baru ada gambar Hannah dengan babahnya.

Lagi gambar kenangan di Aras 1

Aras 2 pula ada 6 galeri siap ada lukisan2 yang cantik yang menggambarkan aktiviti pertanian zaman purba dulu hingga zaman moden sekarang. Kat sini boleh luangkan masa untuk menonton dokumentari berkenaan kaedah penanam padi yang memang ditayangkan hari2. Kat sini Hannah leka tengok jenis2 padi dan beras dari seluruh dunia yang terlibat dengan penanaman padi ni.





Aras 3 ni la yang best. Korang kena panjat 59 anak tangga untuk sampai ke puncak. Hahaha. Bukan setakat Hannah teruja, babah Hannah pun teruja sebab kat sini ada lukisan mural & lanskap yang terbesar dan tercantik di Malaysia tau. Hannah sampai tak nak turun ni. Nasib la bukan time cuti sekolah kan. So, duduk lama atas tu pun takpe.


Di depan pintu masuk nak ke aras 3


Ni la 59 anak tangga yang perlu didaki untuk ke Aras 3

Separuh jalan Hannah dah letih tapi sebenarnya lebih kepada takut
sebab di pertengahan anak tangga gelap sket.

Dah sampai ke puncak.
Ni la dia Mural dan landskap yang tercantik & terbesar di Malaysia.



Macam biasa kalau nak beli cemderahati buat kenangan kedai Cenderahati ada je disediakan. Siap duit jek ye akak2, abang2.

Shopping jangan tak shopping. haha..

Kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan muzium ni boleh terus ke website ni tau. Macam2 info ada.

Last but not least mestilah kena ada gambar Kak Chaq dengan shuben kan.

Friday, November 11, 2016

PENGEDAR SAH SHAKLEE RAWANG, COD DAN POS

PENGEDAR SAH SHAKLEE BERHAMPIRAN ANDA


Khas untuk mereka yang tinggal di area Rawang dan masih tercari-cari pengedar sah Shaklee Rawang dan yang berdekatan, boleh hubungi saya. In shaa Allah saya boleh deliver order anda sehingga ke depan pintu rumah anda.

"Akak cover Rawang jek ke?"

Jangan risau, selain dari Rawang saya juga menyediakan servis "Cash On Delivery" a.k.a COD untuk kawasan-kawasan seperti yang tersenarai di bawah:

Bukit Beruntung, MK, Bukit Sentosa

Sungai Buaya

Sungai Choh

Rasa

Serendah

Batang Kali

Kuala Kubu Bharu




Walau bagaimanapun, COD hanya available pada hari Sabtu dan Ahad sahaja untuk kawasan Rawang. Sekiranya anda memerlukan stok barangan Shaklee dengan segera, jangan risau ye sebab anda tak perlu pun tunggu pada hari minggu untuk dapatkannya. 

Saya akan membuat pesanan melalui online system Shaklee yang mana kos pengeposan adalah PERCUMA.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya pada bila-bila masa.



SUZAINI ISMAIL

ID NO: 1065253

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964

***Konsultasi adalah PERCUMA





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to ILHAMKU HANNAH VITAHOUSE
Designed by UMIESUEstudio 2016