Wednesday, June 19, 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini atas segala perbuatan, perlakuan dan kata-kata yang terlebih atau terkurang samada yang sedar atau tidak sedar ianya berlaku.

Tema tahun ni, Silver color

Alhamdulillah, harini sempena Syawal ke-15, mood untuk menjengah blog yang telah lama daku tinggalkan ini hadir tanpa disangka-sangka. Chewwaahhh.. Sebenarnya keinginan untuk update blog setiap hari tu masih ada cuma kekangan tugas dan masa tu memang tak dapat dibendung. Masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru dan bebanan tugas yang menggunung. Slowly but surely kan!

So, Aidilfitri this year is my turn, of course la sambut di Kedah kan. Managed untuk balik awal dan sempat meluangkan masa bersama mak ayah untuk berbuka puasa bersama-sama 4 hari berturut-turut. Best! Biasa la kan, bila mana Aidilfitri jatuh pada tarikh di tengah-tengah minggu means cuti selepas raya pun memang susah la untuk approved lama. But its ok. Kita yang menguruskan masa kan. Kena la uruskan dengan betul. In shaa Allah.


Sambutan Aidilfitri tahun ni seperti biasa. Biasa-biasa sahaja. Bersederhana itu lebih baik kan. So, macam biasa setiap kali raya tak kira la raya side mana dulu pastinya Hannah akan request rendang ayam maktoknya untuk dimakan bersama-sama nasi impit or ketupat. Kalau dapat menu tu makanan lain memang dia buat tak kisah ja.

Cucu maktok paling manja

Cucu tokwan paling manja

Selesai solat sunat Aidilfitri, makan-makan then bermaaf-maafan semua wajib la bergambar kan. But this year rasa macam malas betul nak bergambar. Hahaha... Walau macam mana pun tetap ada la sekeping dua buat kenangan kan. Lepas tu kami sefamily keluar lah beraya ke rumah sahabat-handai dan jiran-jiran terdekat bila mana we all tak balik kampung my mom and dad di hari raya pertama sebab we all akan balik masa hari raya kedua since my cousin punya wedding on the 2nd Syawal.

Gambar dengan pengantin takde, so, gambar we all jek la yang menyempat.

On the third day of raya we all pun pulang beraya ke kampung my husband pulak since my adik pun dah sampai dari kamung mertuanya. Kesian dia, anak sulungnya kena measles pulak di hari raya kali ni. So, just enjoy the photos.

Bergambar dengan family adik dulu before we all gerak balik ke Sungkai.


Sempat beraya ke rumah one of my Bahiyah's BFF
dihari raya pertama ok.
Raya kedua beraya ke rumah BFF SMKSB, Hanis pulak.
Blur pun blur la gambar ni janji ada kenangan, ye dak?


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...