Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Saturday, February 3, 2018

JALAN-JALAN CUTI SEKOLAH - PART 1

Bila anak dah cuti sekolah mulalah banyak pertanyaan yang muncul antaranya, "kita tak pegi holiday or jalan-jalan ke mana-mana ke mama?" Eh, jangan kata anak, mama pun dah terfikir soalan tu lagi awal dari Hannah. Bukan apa, cuti sekolah hujung tahun macam ni la kita dapat spend lebih banyak masa dengan anak-anak sebab anak-anak pun dah free from any scholl activities kan.

Alang-alang juga tu cousin Hannah yang sulung bakal melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya dari Johor ngam-ngam pula tu tarikhnya jatuh pada first day cuti sekolah. Jadinya we all decide untuk jalan-jalan, pusing-pusing bahagian selatan je la. Senang, sekali harung ja.

SELAMAT PENGANTIN BARU ALONG KHAIRUL DAN IZAH 
Di malam Majlis Pernikahan Along & Izah

Di hari Persandingan Along & Izah. Sempat bergambar kenangan dengan ipar-duai sekali dengan mak pengantin berbaju kuning diraja tu dan anak-anak buah yang super gorjes.


Sambil tunggu Pengantin ready dengan team kompang bagai kita berswafoto dulu lah.


Our sweet litte family dengan pengantin.
Selepas selesai majlis, masing-masing membawa haluan sendiri. Ada yang terus balik KL, ada yang sambung cuti macam we all ni la. Bila lagi kan nak merasa? Selalunya percutian kami hanya setakat Melaka ja paling jauh. Susah sungguh nak sampai ke Johor.

Jadinya we all decided untuk ke rumah my cousin. Ala, lupa pulak nama tempatnya. Sampai dah petang, rehat-rehat kejap then my cousin bawa dinner & pusing-pusing bandar JB. Best weh. Maklumlah dah almost 9 years tinggalkan Johor dengan pelbagai kenangan kan.

Jadi babysitter jap supaya mama nya dapat makan dengan tenang.

Ronda-ronda JB jap.

Actually masa di Johor tak banyak masa sangat berjalan-jalan sebabnya mungkin dah keletihan dan blur ke mana nak tuju lagi. Dalam kepala Sue memang set dah nak ke UTM je sebab rindu sangat suasana di sana. 

Alhamdulillah, dapat juga la masuk UTM, tempat Sue study dulu selama 3 tahun. Sayangnya bila dah terlalu asyik mengimbau kenangan dulu terlupa pula nak ambil barang 2 ke 3 shoot gambar sebagai kenangan. Takpe la, itu tandanya kena datang semula la kan. Jadi la dapat lepak & kidnap dengan cousin sekejap.

UTM DIHATIKU
Berpeluang melepas rindu di UTM setelah 9 tahun meninggalkan tempat belajar ni.
So, lepas breakfast we all menuju terus ke UTM, singgah ambil cousin lagi sorang dan terus lunch pula. Kali ni my cousin yang kami tumpang tidur kat rumah semalam tu bawa we all lunch Nasi Padang di Restoran Ale-Ale Nasi Padang Safee Sali. Makan sampai sengkak perut orang Kedah kata. 


Ambil sepupu dulu yang study di UTM juga bawa makan-makan, ronda-ronda JB.
Ale-Ale Nasi Padang Safee Sali
Semua enjoy makan penuh pinggan ni.
Destinasi seterusnya ke Forest City pula. Hujung-hujung dah tempat ni. Dah dekat-dekat dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas dah. Subhanallah, cantik sungguh-sungguh ok view persekitaran kat tempat tu. Siap ada taman rekreasi sekali dengan swimming pool lagi kat sana. Apa lagi, Hannah meronta-ronta la nak terjun pool tu. tapi nak buat macam mana, we all kejar masa nak check in di Melaka pula.

Forest City, Johor Bahru

Forest City, JB

Forest City, JB

Forest City, JB

Rasanya macam tiap-tiap tahun ke Melaka, tapi masih rasa macam tak puas-puas juga. Rasa macam banyak benda lagi tak try makan. Nak buat macam mana memang dah style we all kalau bercuti ke mana-mana mesti nak cari makanan yang tengah viral dan trending.

So, untuk percutian di Melaka Sue sambung next entry ya.










Friday, July 10, 2015

15 KELEBIHAN B-COMPLEX SHAKLEE YANG PERLU ANDA TAHU


Vitamin B-Complex atau dipanggil juga Asid Folik amat berkait rapat dengan kehamilan. Walau bagaimanapun B-Complex ini sesuai untuk semua peringkat umur daripada remaja sehinggalah ke usia tua. Funsi-fungsinya tidak terhad untuk kehamilan sahaja ye kawan-kawan. A
Korang perlulah kenali B-Complex ini sebaiknya sebab selepas itu korang pasti akan jatuh cinta! Vitamin B-Complex ini banyak kelebihannya. Antaranya ialah:

  1. Membantu mengurangkan simptom PMS (senggugut).
  2. Membantu mengurangkan masalah keletihan mata.
  3. Membantu masalah keletihan & sakit kepala.
  4. Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.
  5. Membantu meredakan alahan.
  6. Membantu memperbaiki masalah kulit kepala & rambut.
  7. Membantu mengurangkan tekanan, kemurungan dan insomnia.
  8. Membantu mengurangkan risiko kerekahan mulut.
  9. Membantu menukarkan makanan kepada tenaga.
  10. Menggalakkan kesihatan jantung.
  11. Membantu kelancaran urat saraf.
  12. Mengelakkan sembelit.
  13. Membantu merendahkan kadar gula dalam darah seterusnya dapat mencegah diabetes.
  14. Mengatasi masalah seksual lelaki & memperbaiki hubungan suami dan isteri.
  15. Membantu mengelakkan sawan, epilepsi & ketagihan makanan.

Begitu banyak kelebihannya kepada kita, jadi amatlah rugi jika korang tak cuba.


Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies


***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali



Monday, July 6, 2015

5 KHASIAT TELUR KUNING YANG MEMBERI KEBAIKAN KEPADA KESIHATAN




Kebanyakan daripada kita ada yang tak suka makan kuning telur kan? Anak saya, Hannah pun tak suka makan kuning telur dalam telur rebus kecuali kalau di buat telur dadar, telur mata atau telur separuh masak baru Hannah makan. Hairan juga sebab sebelu ni dia minat sangat telur kuning sampai berebut dengan orang lain. Haaa..mungkin selera sudah berubah kot. apa-apa pun anda perlu tahu bahawa telur kuning ni banyak khasiatnya tau. Antaranya:
Kaya Nutrisi
  • Untuk pengetahuan anda, bahagiankuning telur lebih banyak mengandungi nutrisi berbanding putih telur. Hampir 90% zat dan nutrisi terselit dalam kuning telur. Putih telur hanya mengandungi protein. Rupanya khasiat sebiji telur tersembunyi disebalik telur putih.

Kaya Dengan Vitamin K
  • Jarang untuk kita peroleh Vitamin K menerusi sayur dan buah tetapi anda boleh 'rebut'vitamin jenis ini dalam kuning telur. Vitamin K jarang ditemui pada sayur dan buah sebaliknya anda boleh perolehinya daripda kuning telur. vitamin K sangat diperlukan untuk kekuatan tulang dan membantu mencegah Osteoporosis. So, lepas ni kalau makan telur janganlah dibuang telur kuning tu ye.

Otak Sihat
  • Kuning telur juga mempunyai Vitamin B-Complex yang tinggi. Oleh kerana itu, jika anda makan kuning telur pastinya dapat meningkatkan kecerdasan otak. Khasiat ini diperlukan untuk mencegah tekanan dan alzheimer.

Penurunan Berat Badan
  • Mitos ada menyatakan bahawa apabila makan telur kuning akan menyebabkan berat badan naik dan tinggi kolestrol. Sebaliknya kuning telur kaya dengan nutrisi dan dapat meningkatkan energi tubuh walaupun anda tidak makan banyak, hasilnya kalori tubuh anda dapat digunakan secara efektif.

Mencegah Kanser Payudara
  • Seperti yang para wanita sedia maklum kanser payudara amat digeruni. Istimewa untuk wanita, kuning telur adalah ubat pencegah kanser payudara kerana mengandungi selenium. Nutirisi ini mencegah tumbuhnya sel kanser pada payudara dan mencegah kanser usus besar.
Walau bagaimnapaun, pengambilan telur kuning berlebihan juga akan membawa mudarat kerana ia juga mempengaruhi kadar kolestrol dalam tubuh kita. Makan secukupnya dan tidak lebih 2 biji telur sehari.

Tetapi ada juga sesetengah daripada kita yang tidak suka telur. jadi, daripada mana kita boleh dapatkan nutrisi yang ada dalam telur seperti Vitamin K, B- Complex dan selenium? Selain daripada sayuran, buah-buahan dan sumber-sumber makanan lain, cara yang paling mudah untuk kita peroleh nutrisi tersebut semestinya daripada pengambilan B-Complex Shaklee dan Ostematrix Shaklee.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse

pm/whatsapp/call : 012-3464964

WeChat : amerainies


***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali

Friday, October 17, 2014

ASID FOLIK : MENGAPA IA DIPERLUKAN?

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang asid folik, jom kita berkenalan dulu dengannya.

APAKAH ASID FOLIK?
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ianya wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah, yis dan juga ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti & bijirin mempunyai asid folik.

MENGAPAKAH ASID FOLIK DIPERLUKAN?

Keperluan asid folik amat penting untuk ibu-ibu hamil kerana ia dapat membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melindungi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak & sistem saraf bayi terbentuk & berkembang dengan pesat. Oleh sebab itulah pengambilan asid folik pada setiap hari amat penting di awal kehamilan.

Dalam trimester kedua pula, iaitu dari minggu ke 13 kehamilan, anda boleh berhenti mengambil asid folik tetapi amat digalakkan untuk meneruskan pengambilannya disepanjang tempoh kehamilan kerana ia sama sekali tidak menjejaskan kandungan anda sebaliknya memberi manfaat yang lebih kepada si ibu & juga kandungan.

Anda dinasihatkan untuk mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian teruskan pengambilan untuk 12 minggu pertama kehamilan. Untuk pengetahuan anda, mana-mana wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mereka mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes seperti ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Begitu juga jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti untuk mengawal epilepsi, maka doktor akan meningkatkan jumlah pengambilan asid folik kerana ubat-ubatan itu akan menghalang keupayaan badan kita untuk menyerap asid folik.

 

SUMBER MAKANAN YANG MENGANDUNGI ASID FOLIK


Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik untuk ibu dan bayi kerana kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua.

 
Asid Folik

MAKANAN BERIKUT MENGANDUNGI 100 KE 200 MIKROGRAM FOLAT DALAM SETIAP HIDANGAN.

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

MAKANAN BERIKUT MENGANDUNGI 50 - 100 MIKROGRAM FOLAT BAGI SETIAP HIDANGAN

  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan sumber asid folik melalui B-COMPLEX SHAKLEE. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenali B-COMPLEX dengan lebih mendalam korang boleh rujuk sini.

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

 



Saturday, October 11, 2014

B-COMPLEX SHAKLEE : KENALINYA DENGAN LEBIH MENDALAM

Adakah korang semua dah kenal dengan vitamin B-Complex terutamanya dari Shaklee??? Kalau dah kenal alhamdulillah sebab banyak manfaatnya. Kalau belum kenal jom sama-sama kita kenalinya.

Berdasarkan daripada pengalaman saya, kebanyakan dari customer saya pada mulanya takut untuk mengambil B-Complex. Ha...nak tau kenapa? Kata mereka antaranya adalah disebabkan rasanya yang kurang digemari dan warna kuningnya yang memberi kesan kepada warna urin @ air kencing. Jangan risau ye korang tentang rasa kerana kita hanya perlu menelan & tidak perlu mengunyah @ menghisap B-Complex tersebut. Perubahan warna pada urin yang kekuningan pekat adalah satu perkara normal kerana B-Complex adalah sejenis vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. So, korang tak perlu takut @ risau lagi okey!

B-Complex Shaklee boleh tahan sehingga 4 bulan

Untuk pengetahuan korang juga B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba. Oleh yang demikian, pengguna & pengamal B-Complex sangat digalakkan melebihkan pengambilan air putih @ teh herba. Jika pengambilan air adalah mencukupi, korang akan dapati warna urin anda juga akan berubah kepada lebih jernih.

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH B-COMPLEX SHAKLEE?

Ini adalah soalan yang selalu saya dapat daripada customer saya. Seperti semua sedia maklum terdapat banyak pilihan B-Complex di pasaran. Apa yang membuatkan B-Complex Shaklee berbeza daripada pengeluar-pengeluar lain adalah kerana B-Complex Shaklee mengandungi 8 vitamin B yang lengkap terdiri daripada B1 (Thiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Asid Folik), B12(Cyanocobalamin) dan Pantothenic Acid berbanding dengan jenama lain yang mana B-Complex nya hanya mengandungi 7 vitamin B sahaja. Uisshhhh.. Banyak rupanya adik-beradik B-Complex ni kan.

Bukti kandungan 8 vitamin B yg lengkap dalam 1 biji B-Complex Shaklee

KENAPA B-COMPLEX PENTING UNTUK DIAMBIL/DIAMALKAN?

Korang tau tak kekurangan B-Complex ni boleh menyebabkan:
  • Lemah sistem saraf
  • Daya memori akan menurun
  • Mengganggu fungsi otak & seterusnya akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Tekanan perasaan / mudah tersinggung / kurang fokus 
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
Sebab tu B-Complex ni penting untuk kita amalkan dalam diet harian kita. Ada yang mengatakan pengambilan vitamin B-Complex ini tak penting kerana mereka boleh perolehinya daripada sumber makanan & minuman contohnya seperti daging lembu, ikan, gandum, susu & sebagainya. Ianya adalah betul & memang tak dapat disangkal lagi tapi persoalannya adakah mencukupi & adakah kita prihatin dengan kandungan vitamin di dalam setiap apa yang dimakan?
 
In Shaa Allah dengan cara pengambilan B-Complex Shaklee yang betul & berterusan sudah pasti korang akan dapat merasai perubahannya pada kesihatan tubuh korang.

Nak try??? Nak order??


Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...