Monday, December 9, 2013

ATASI MASALAH SENGGUGUT DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum & Selamat Petang,

Topik hari ni memang khas ditujukan buat wanita. Lelaki pun boleh baca buat rujukan sekiranya senggugut ini dialami oleh isteri, anak-anak remaja, adik mahupun kakak. ok, let's start!!

Apakah sebenarnya senggugut atau period pain ini? 

Senggugut sangat mengganggu perjalanan harian kita sehingga boleh mengakibatkan MC, kelewatan ke tempat kerja, kusut-masai, murung dan lain-lain

Sakit perut ketika kedatangan haid adalah satu simptom yang lazim dikemukakan kepada pakar sakit puan. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea".

Terdapat 2 jenis senggugut iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer ini berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit di pelvis seperti adanya jangkitan kuman. Kesakitan yang di alami hanyalah dirasai sekitar hari pertama dan kedua semasa kedatangan haid sahaja dan lazimnya kesakitan ini boleh dikawal dengan pengambilan ubat penahan sakit seperti 'paracetamol' atau 'ponstan'.

Senggugut sekunder pula adalah sakit yang dialami disebabkan oleh masalah penyakit pelvis lain. Antaranya ialah seperti cyst, endometriosis, fibroid, keradangan pada rongga pelvis, jangkitan kelamin mahupun tekanan dan kebimbangan. Bagi wanita yang mengalami senggugut sekunder ini, sakit yang dialami lebih lama dan lebih teruk. Sekiranya berlaku sedemikian, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan secepat mungkin agar masalah tersebut dapat diatasi segera sebelum ianya menjadi lebih serius.

Hmm..agak2 anda mengalami senggugut kategori yang mana satu? Anda perlu tahu apakah kategori senggugut anda supaya rawatan dapat diberikan dengan sebaiknya. Perkara sebegini tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh malu untuk merujuk kepada yang lebih pakar untuk mengelakkan perkara yang lebih serius belaku seperti penyakit kanser.

Walau bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan penahan sakit dan sebagainya sangat tidak bagus untuk kesihatan jangka masa panjang kerana boleh menjejaskan fungsi hati, buah pinggang dan lain-lain organ dalaman. Oleh yang demikian, Shaklee menyediakan SET SENGGUGUT untuk diamalkan dengan selamat dan sihat. Supplement yang terkandung di dalam set tersebut adalah seperti berikut.


Apakah kepentingan & kelebihan vitamin2 tersebut dalam usaha mengatasi masalah senggugut ini?

1. B-Complex
> vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 yang terkandung dalam vitamin B-Complex telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
>Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
>Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal. Ia juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
>Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

2. Ostematrix (Kalsium Magnesium)
>Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
> Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain.
>Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. GLA Complex
>Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi. 
>Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut. 
>Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

Jom dapatkan segera SET SENGGUGUT ini dengan harga yang dijamin HOT.

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

 









No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...