Friday, December 20, 2013

TANDA-TANDA STRESS

Assalamualaikum para pembaca sekalian...

Pernahkah anda mengalami stress @ tekanan? Mustahil jikalau anda tidak pernah merasa stress, betul kan? Sama ada secara sedar ataupun tidak sedar masing2 dari kita pastinya pernah alami stress @ tekanan. Cuma yang membezakan adalah cara kita menangani stress. Ok, jom kita tengok apakah itu stress.

Stress

MAKSUD STRESS

Tekanan / tegasan / desakan / ketegangan / perihal menitikberatkan / menekan yang mana keadaan ini boleh memberi kesan positif atau negatif kepada kita. Stress boleh berpunca daripada masalah kewangan, menunggu lama, konflik rumahtangga, kena buli, rasa rendah diri, beban kerja, penyakit fizikal, kesesakan lalulintas, persekitaran yang tidak selesa, tragedi dan lain. 

TANDA-TANDA STRESS

Jom kita audit diri sendiri adakah kita mempunyai tanda2 stress yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1) Perubahan Fizikal
  • Sakit
  • Terlalu kurus / gemuk
  • Hilang keceriaan diri
  • Lesu / letih
  • Terlalu / tidak langsung berhias
  • Agresif
  • Suka mengelamun
  • Sering lupa
  • Mengasingkan diri
2) Perubahan Sikap
  • Mudah marah
  • Mudah bosan
  • Tidak mampu menguruskan diri / kerja
  • Suka mengalihkan kemarahan
  • Sentiasa berpandangan negatif
  • Hilang pertimbanga / separa sedar
3) Perubahan Emosi
  • Terlalu cemburu
  • Penyedih dan sensitif
  • Terlalu gembira / riang
  • Ego dan mementingkan diri sendiri
  • Kemurungan
  • Kerisauan / kebimbangan
Jangan biarkan stress menghantui diri kita kerana boleh "membunuh" masa depan kita yang masih jauh lagi perjalanannya. Next entry kita akan kupas lebih lanjut mengenai stress agar kita dapat sama-sama mengatasinya dengan cara yang positif. In Shaa Allah.

Jika anda berminat dengan produk Shaklee, hubungi saya dan pastinya saya akan hadiahkan anda dengan harga yang pastinya menarik & berbaloi.

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies



No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...