Sunday, December 21, 2014

BERHUJUNG MINGGU DI FELDA TROLAK UTARA

Sempena dengan hari minggu memang entry bebas khas untuk hari minggu akan dicoretkan di sini. Maklumlah Isnin hingga Jumaat hari untuk mencari sesuap nasi, mengerah tenaga untuk keperluan masa depan. Hari minggu sahaja hari yang istimewa untuk dihabiskan bersama suami & anak tersayang.

Mesti digunakan dengan sebaiknya. So..minggu ni kami sekeluarga berhujung minggu di Felda Trolak Utara, Sungkai iaitu rumah mertua saya. Kebetulan banyak pulak undangan majlis perkahwinan daripada sedara-mara & juga kawan2 sekampung suami.

Plan asalnya memang nak bawak mak mertua saya ke majlis perkahwinan anak saudaranye di Kuala Kurau, Perak. Last minute plan tak menjadi disebabkan kesihatan mak mertua saya yang tak mengizinkan. Jadinya memang rezeki kami la untuk menghadiri majlis perkahwinan pemain hoki negara iaitu Mohamad Sukri bin Abdul Mutalib yang juga merupakan kenalan suami ketika aktif bermain hoki suatu masa dahulu merangkap member sekampung.

Alhamdulillah..sampai sahaja kami di tempat diadakan majlis tersebut pengantin pun sampai. Jadi dapatlah Hannah melihat & berjumpa dengan pengantin. Sekarang memang perangai Hannah kalau ke majlis perkahwinan mesti kena nampak or  jumpa pengantin dulu baru dia puas hati. Kalau tak keberangkalian taknak balik tu sangatlah tinggi. Sebab tula kalau nak ke mana-mana majlis perkahwinan mesti kena plan ke sana dekat2 dengan waktu ketibaan pengantin supaya tak perlu menunggu lama & Hannah pun tak mengamuk sebab tak dapat tengok pengantin.

Sambil tu lepas ke kenduri ambil peluanglah untuk ke bandat Sungkai untik misi mencari teh ais. Haaa..sape suruh En.Suami taknak bangun awal pagi tadi & taknak ke pekan Sungkai untuk bersarapan. Maklumlah di rumah mertua ni memang sejuk pagi2, memang malas nak bergerak keluar ke mana-mana tambahn pula setelah keletihan bekerja semalamnya. So, ni kira macam qada balik la sebab pagi tadi tak dapat ke Sungkai. Memang pe'el saya kalau balik rumah mertua mesti akan ke Sungkai.

Sampai rumah semua keletihan. So..apa lagi mencari bantal & tilamlah jawabnya. Memang satu hari yang meletihkan tapi best sebab sekali-sekala sahaja dapat balik kampung selagi En. Suami masih bekerja di waktu normal. Tapi..dengar kata minggu hadapan En.Suami dah kena masuk shif semula. Waaaa..tak sukanya!! Tapi apakan daya, tanggungjawab terhadap kerja mesti dilaksanakan dengan sebaiknya kan.

Diharapkan anda juga dapat memanfaatkan hari minggu anda denga  sebaiknya. Sehingga bertemu lagi di lain entry. Sebelum mengakhiri entry kali ni jom kita jamu mata dulu dengan gambar2 pilihan hari ini.






Friday, December 19, 2014

TESTIMONI HOT VITA-C SR SHAKLEE!!!

Assalamualaikum semua..Sempena dengan bulan demam Vita-C SR, Vita-E & juga Collagen Powder dari Shaklee ni, hari ni saya nak kongsikan beberapa testimoni yang nyata berpuas hati dengan hasil yang mereka peroleh daripada penggunaan Vita-C SR Shaklee ini secara berterusan.

Untuk dapatkan hasil yang diinginkan tak kiralah apa produk sekalipun perlu diamalkan secara berterusan & konsisten kerana setiap individu mempunyai tempoh penerimaan yang berbeza-beza terhadap produk2 baru yang masuk ke dalam badan kita. Sedangkan kita juga sebagai manusia perlukan 'tempoh perkenalan/suai kenal" dengan seseorang individu baru ataupun apabila berada di tempat baru inikan pyla sistem badan kita yang kompleks ini. Ada sesetengah customer yang hanya baru 1 minggu mengambil Vita-C ini telahpun memperoleh hasil yang dikehendakinya manakala ada antara customer yang memperoleh hasil positif terhadap penggunaan Vita-C ini setelah pengambilan botol kedua. Apa yang penting anda jangan berputus asa dahulu sebelum anda mendapat hasilnya terutama sekali apabila anda telah serasi dengan suplemen tersebut.

JOM KITA TENGOK APA KATA MEREKA TENTANG VITA-C SR SHAKLEE INI.



Alhamdulillah, selain untuk kecantikan Vita-C Shaklee juga bertindak sebagai "immune booster" yang dapat memberi kelegaan demam. Walaupun mengambil masa untuk pulih tetapi dengan izin Allah demam customer ni dah reda & secara tidak langsung dapat mengelakkan badan kita dimasukkan 'dadah' lagi. Sihat secara semulajadi lebih membahagiakan. Saya juga amalkan pengambilan Vita -C Shaklee yang dipatahkan 2 apabila mengalami demam atau selsema.


Kulit berasa segar setelah bermasker Vita -C Shaklee!! Saya juga setuju dengan feedback cutomer ni sebab saya sendiri juga alaminya. Jangan tak tahu ye Vita -C ni selain daripada boleh di telan ianya juga boleh dijadikan masker. Cantik luar cantik juga di dalam.



Customer ni berpuas hati dengan pengambilan Vita-C ni kerana kulit tanga  dah tak berdarah lagi dek kesan kimia pada sabun pencuci baju or pinggan yang menyebabkan berlaku iritasi pada kulitnya. Vita-C juga boleh memberi kelembapan pada kulit.



Jeragat juga semakin berkurangan setelah mengamalkan Vita-C Shaklee ni. Bonus untuk customer ni bila mana masalah Eye bag pun selesai..Alhamdulillah...

Apa tunggu lagi?? Sementara bulan promosi ni lah anda perlu grab peluang yang ada untuk mencuba.

BELI 6 BOTOL PERCUMA 1 BOTOL
BELI 2 BOTOL DAPAT 5% OFF

BELI 1 BOTOL DENGAN HARGA RM92.50


Thursday, December 18, 2014

BETIK DAPAT BESARKAN PAYUDARA?


Jeng..jeng..jeng.. Benarkah buah betik dapat membesarkan saiz payudara? OMG..my favorite fruit ni!! But mostly saya akan cari betik ni bila saya sembelit. 

Actually jawapan kepada persoalan di atas adalah MITOS semata-mata ye. So, anda tak perlu risau untuk mengambil betik dalam pemakanan seharian anda. 

FAKTA MENGENAI BETIK

Sebenarnya betik ni kaya dengan Vitamin A, C & kalium. Jumlah kalorinya juga sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat dalam sebiji buah betik membantu mengurangkan risiko penyakit kanser, penyakit jantung & juga strok.

10 KHASIAT BETIK

  1. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. 
  2. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
  3. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
  4. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi. 
  5. Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
  6. Betik mempunyai sifat-sifat anti-radang dan sifat-sifat kejang.
  7. Sentiasa memakan betik membantu melegakan loya dan rasa loya.
  8. Betik juga sangat baik untuk rambut dan membantu mengawal kelemumur. Syampu betik adalah baik untuk rambut dan boleh diperolehi di kedai-kedai kesihatan yang banyak.
  9. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan. 
  10. Betik jus membantu mengurangkan jangkitan-jangkitan usus besar bayaran dari jangkitan, nanah dan mukus. Penggunaan yang kerap akan membantu dalam memperbaiki masalah.
So, betik ni selain untuk kecantikan ia juga mempunyai kebaikan dalam mengatasi masalah-masalah penyakit kronik seperti yang disebutkan tadi. Selain daripada buah betik itu sendiri, daun/pucuk betik & juga biji betik mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Teruskan mengamalkan pengambilan betik untuk menyokong kesihatan anda.



Wednesday, December 17, 2014

TIPS SIHATKAN RAMBUT TERUTAMA BAGI WANITA YANG BERTUDUNG

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Oleh kerana itulah kita perlu menjaga kebersihan & kesihatan rambut terutama bagi wanita yang bertudung. Hal ini adalah kerana wanita bertudung samada yang berkerjaya ataupun tidak akan menutup kepala hampir seharian yang menyebabkan kulit kepala sentiasa lembap akibat peluh. Pelbagai masalah akan timbul jika tidak ditangani dengan segera. so, harini saya nak kongsi sikit tips untuk sihatkan rambut setelah seharian bertudung.


Foto Kredit : Google



Foto Kredit : Google

TIPS RAMBUT SIHAT


  • Cuci rambut setiap hari dengan syampu dan urut kulit kepala menggunakan hujung jari dengan lembut.
  • Usahakan mencuci rambut pada waktu petang agar terhindar dari sinar matahari secara langsung.
  • Jika perlu bertudung segera, keringkan rambut sebelum memakai tudung.
  • Elakkan menyikat rambut ketika rambut basah. Ini bagi mencegah kerosakan rambut.
  • Ketika di rumah, biarkan rambut terlerai tanpa diikat. Ini bagi memberi kulit kepala bernafas.
  • Sikat rambut sebelum tidur dan elakkan tidur di atas rambut.
  • Amalkan suplemen untuk membantu rambut agar kekal sihat, cantik & bersinar.


SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK KESIHATAN & KECANTIKAN RAMBUT


VITA-LEA

Vita-Lea Shaklee

Merupakan satu-satunya multivitamin daripada Shaklee. Ianya dapat membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan untuk rambut kekal cantik & sihat.

Gabungan pelbagai vitamin di dalam Vita-Lea seperti Zink, Copper, Biotin, Vitamin A, Vitamin E serta pelbagai gabungan Vitamin B seperti B1, B3 dan lain-lain dapat memningkatkan kesihatan & kecantikan rambut daripada terjadinya uban di usia muda, keguguran rambut, rambut bercabang 7 berbuah serta lain-lain masalah lagi.

ENERGY SOY PROTEIN (ESP)


ESP

Seperti yang ramai dah tahu, ESP memang kaya dengan protein yang amat diperlukan badan untuk pembentukan pelbagai otot & tisu termasuklah rambut. Mengapa rambut dikaitkan dengan protein? Ini kerana rambut terbina daripada asid amino dan mengandungi 91% protein. Kulit, rambut, organ, otot dan kelenjar terbina daripada protein, di mana protein merupakan sebahagian daripada sel dalam tubuh manusia. Oleh itu, sel yang baik terbina daripada jumlah protein yang mencukupi dan diserap dengan baik. Ia membantu tumbesaran, memelihara dan memulihkan sel yang rosak. Maka tidak hairanlah jika masalah rambut gugur berkait rapat dengan kekurangan protein. 

ZINC COMPLEX 
 

Zinc Complex Shaklee

Zinc Complex Shaklee dapat mengatasi masalah rambut gugur & beruban.

Masalah rambut perlu ditangani sedari anda mengetahuinya kerana jika ianya dibiarkan masalah ini akan menjadi lebih serius & secara tidak langsung akan merosakkan penampilan harian anda samada anda bertudung atau tidak. 

 
Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali
 

Tuesday, December 16, 2014

11 AMALAN ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

Hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya peroleh dari hasil pembacaan Majalah Dara.Com. Semoga kita sama-sama dapat mempraktikkan diri dengan amalan-amalan tersebut agar memperoleh doa daripada malaikat.

AMALAN-AMALAN ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
  2. Orang yang sedang duduk menunggu solat.
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
  4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. (tidak membiarkan kekosongan dalam saf)
  5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
  6. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
  7. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melaksanakan solat.
  8. Orang yang melakukan solat Subuh & Asar secara berjemaah.
  9. Orang yang membelanjakan hartanya (infak).
  10. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
  11. Orang yang sedang makan sahur.


Demikianlah 11 amalan orang-orang yang mendapat doa malaikat.  Melihat kepada senarai amalan tersebut sebenarnya tanpa kita sedar kadang-kadang amalan tersebut telahpun kita amalkan dalam 24 jam harian kita.

Semoga amalan-amalan tersebut dapat kita praktiskan dengan bersungguh-sungguh kerana pada hari akhirat nanti para malaikat yang mendoakan kita akan memberi syafaat sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Sahih Muslim & yang lainnya. Para malaikat juga akan memberikan syafaat di dunia yang mana mereka akan memohon keampunan untuk semua orang mukmin.

Sunday, December 14, 2014

SENTAP BILA DITEGUR TANGAN ANDA KASAR, MENGELUPAS & KERING?

Adakah anda sentap apabila ada yang perasan & bertanya akan keadaan tangan anda yang kasar, mengelupas & kering? Tambahan pula soalan sentap ini ditanya oleh suami anda sendiri!



Sebagai seorang wanita, kita telah dianugerahkan Allah S.W.T dengan kulit halus mulus & semestinya kita perlu menjaga anugerah tersebut terutama buat suami. Jangan tak tahu ye masalah seperti ini yang dipandang remeh oleh sesetengah wanita boleh membawa pergaduhan antara suami isteri. Tambah menusuk kalbu bila kita dapat ayat-ayat seperti ini:


"Kenapa tangan U tak sama macam dulu ye??? Dulu lembut jek!!!"

Haaa..sentap tak? Walaupun pertanyaan tu macam lembut bahasanya tetapi mendalam maksudnya ye. Semua wanita sebenarnya tak sama tahap kesensitifan kulit. Contohnya ada sesetengan wanita yang kulitnya sensitif dengan sabun mandian, pencuci pinggan mangkuk, tahap klorin pada air dan lain-lain. 

Hal ini adalah kerana sesetengah jenama bahan pencucian mengandungi bahan kimia seperti surfaktan yang berasaskan petroleum & bahan cucian seperti Diethanolamine serta Sodium Dedecylbenzensulfonate yang mengakibatkan berlaku kerengsaan pada kulit & mata kita yang menyebabkan kulit tangan anda mudah terhakis, gatal-gatal, kering & mengelupas. Ianya akan menimbulkan ketidakselesaan pada diri kita sendiri & juga orang lain yang tersentuh atau menyentuh tangan kita.

Oleh itu, Shaklee telahpun memformulasikan SET PEMBERSIHAN KEDIAMAN yang sesuai digunakan seisi keluarga & pelbagai peringkat umur. Ianya dihasilkan melalui 4 ciri yang diperlukan manusia terutama untuk menreka yang mempunyai kulit sensitif terhadap produk-produk pembersihan kediaman jenama lain yang terdapat dalam pasaran. 

4 CIRI YANG DITITIKBERATKAN DALAM SET PEMBERSIHAN KEDIAMAN SHAKLEE


1.  Selamat
  • Tiada toksik
  • Tiada wasap toksik
  • Tidak mengandungi bahan kimia
  • Bebas bauan
  • Lembut pada tangan anda
  • Ph seimbang
  • Bukan klorin
  • Hipoalergenik

2.  Berkuasa
  • Menanggalkan minyak & kotoran degil
  • Ultra pekat
  • Gunakan hanya separuh sukatan
  • Buih yang lama
  • Sesuai dalam semua suhu

3.  Mesra Alam
  • Menggunakan sumber bahan semulajadi
  • Surfaktan Biodegradasi
  • Pembungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tiada peluntur klorin
  • Tiada pembersihan sebatian organik mudah meruap
  • Tiada kandungan fosfat
  • Tiada kandungan Nitrat
  • Tiada kandungan Borat
  • Tiada ujian haiwan

4.  Bijak
  • Dapat menjimatkan wang anda
  • Diformulasikan dengan tahap kepekatan yang boleh bertahan lama 

Best kan bila adanya produk mesra alam begini? Saya akan share satu persatu produk yang terdapat dalam SET PEMBERSIHAN KEDIAMAN ini. Untuk hari ni saya akan share berkaitan produk DISH WASH CONCENTRATE.

Inilah dia Hand Dish Wash dari Shaklee

CIRI-CIRI DISH WASH CONCENTRATE YANG BERBEZA DARIPADA JENAMA-JENAMA LAIN

  • Handal dalam menanggalkan minyak pada pinggan mangkuk dengan cucian tangan.
  • Penghasilan adalah semulajadi iaitu berasaskan tumbuh-tumbuhan.
  • Tahan lama kerana kepekatannya.
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau.
  • Hanya dengan beberapa titisan dapat mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki.

Tiada masalah untuk mencuci timbunan pinggan kotor lagi
Sifatnya semulajadi membolehkan puting susu boleh dicuci dengan bersih & selamat pada bayi anda

Jom dapatkan segera produk hebat ini terutama untuk mereka yang menghadapi masalah seperti yang disebutkan tadi. Berubah ke produk yang lebih selamat & mesra alam.


Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali

KEJUTAN AKHIR TAHUN SHAKLEE YANG SANGAT MENGUJAKAN!!


Promo Shaklee Disember 2014


Akhir-akhir ni Shaklee banyak buat kejutan yang tak disangka-sangka. Kebanyakan kejutan pula khas untuk wanita yang mementingkan penjagaan kulit wajah & juga kecantikan dalaman secara umumnya. Selepas kejutan promo berkembar Vita -C SR dengan Vita-E Complex..ada lagi 1 kembar ketiga a.k.a kejutan ketiga dari Shaklee.

APAKAH KEJUTAN TERSEBUT???


Nak bagitau ke x? Korang nak tau ke tak?? Ok la..saya bagitau ye. Shaklee telahpun mengumumkan promo untuk SHAKLEE COLLAGEN POWDER.

Haaa..suka tak? Suka tak? Mesti senyum sampai ke telinga kan?
Keistimewaan Shaklee Collagen Powder ni telahpun saya ceritakan pada entry sebelum ini yang sangat istimewa.

Cepat dapatkan sekarang sementara stok masih ada!! Dengan pembelian 3 kotak Shaklee Collagen Powder ini anda akan dapat PERCUMA 1 kotak lagi..Wowww!!!Its great right. Bolehlah buat stok.

Dengan pembelian Shaklee Collagen Powder di bawah promosi bulan Disember 2014 ini juga anda boleh dapat KEAHLIAN PERCUMA.

DI MANA ANDA BOLEH DAPATKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER INI???

 




Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali

 


Saturday, December 13, 2014

DISEMBER 2014: MUSIM BALIK KAMPUNG & KENDURI-KENDARA

Selain bulan Disember pun we all balik kampung. Tak kira bulan sebenarnya, asal ada cuti & ada ongkos lebih memang sampai la we all ke kampung halaman masing-masing. Tapi bulan Disember setiap tahun memang sinonim dengan "musim balik kampung" & "musim kenduri-kendara" kan.

So, Jumaat minggu lepas we all sefamily berkonvoi bersama adik saya pulang ke kampung di Kedah sekali dengan parents saya. Kebetulan parents saya ke Singapura untuk menghadiri Hari Keluarga anjuran Jabatan tempat ayah saya bekerja, jadinya dalam perjalanan pulang ke Kedah pada hari Selasa tersebut parents saya singgah di rumah saya. Dapatlah hilangkan rindu pada cucu nan sorang ni. Seronoklah Hannah tak perlu ke rumah pengasuh dia.

Tujuan balik kampung kali ni selain daripada bercuti semestinya lah untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya, iaitu anak kepada arwah maklong saya. Arwah maklong saya baru sahaja meninggal dunia pada 2 atau 3 bulan yang lalu. Jadinya sepupu saya ingin menunaikan hasrat & wasiat ibunya ini untuk berkahwin pada tahun ini juga dengan gadis pilihan arwah ibunya. Bagus sepupu saya sorang ni. "Kakak & Abang Mel doakan semoga Abang & isteri kekal bahagia hingga Jannah & semoga Abang sentiasa dirahmati Allah". 

Abang panggilan keluarga buat sepupu saya. Mesti arwah Long Shah bangga dengan anak lelaki dia yang sulung ni. Kami & family yang lain bertanggungjawab untuk membantu segala persiapan perkahwinan sepupu saya itu. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang bertungkus-lumus dalam memastikan majlis berjalan lancar.

Selesai sudah majlis perkahwinan abang, so bermula la episod jalan-jalan cari makan di tempat-tempat favorite kami suami isteri. Antara tempat wajib yang kami pergi mestilah makan laksa Pak Ya di Telok Kechai, makan Roti Dol, minum air kelapa fresh, makan burger Gemilang dan macam-macm lagi. Hmmmm..panjang cerita kalau nak dicoretkan di sini. So, kita biarkan gambar sahaja yang bercerita.

OTW ke rumah pengantin perempuan



Sampai je rumah pengantin perempuan, pengantin dah pun bersantap
Selesai makan kenduri, singgah ke kampung emak dulu then singgah Sg Tupah pulak.
Rasa nak terjun je lebih2 lagi tengah panas ni.
Pengantin dengan tema pakaian pink belacan di sebelah rumah pengantin lelaki.

Pengantin di meja santapan.

Pengantin makan bersama-sama keluarga pengantin perempuan

Hannah bersama adik saya & juga isterinya.

Nak balik dah..
Pagi Isnin bersarapan di sini..

Sedappp sangat nasi kandar ni..

Sedap ok!!!

Ni la dia Roti Dol.. Marvelous!!!
Lepas pekena nasi kandar & roti dol kita nikmati Air Kelapa Pandan segar punya.

Seriusssss sedap!!!
Petangnya pula saya & suami ke sini. Hannah tak ikut sebab tidur.

Selain laksa macam2 menu ada disini seperti laksam, satay daging & ayam, ais kacang dll
Malamnya we all 1 family ke AEON Carrefour

Hannah in action

Exterior design food court nye memang best & lain daripada yang lain

Troli kosong jek sebab takde apa pun yang di shopping. Cuci mata sahaja.

Friday, December 12, 2014

REWARD UNTUK SUAMI & ANAK

Sempena dengan hari Keputeraan Sultan Selangor semalam so seluruh warga Selangor dapatlah bercuti 1 hari. Maka seronoklah Hannah tak perlu ke rumah babysitter sebab mama & babahnye ada di rumah 24 jam dengan dia. Disebabkan our little family cukup lengkap harini saya rewardlah suami & anak dengan masakan air tangan saya yang lately dah kurang ke dapur ni. Masak kegemaran suami & anak kasi dorang makan kenyang-kenyang.

Sebelum masak of course pagi tu suami kena reward saya dulu dengan sarapan diluar.hahaha..nak juga di reward kan. Biasa la tu sebabnya bukan selalu suami ada di rumah ketika cuti samada hari minggu atau hari cuti umum macam ni atas tuntutan kerja. Kalau dah weekend tu suami dapat cuti semestinya lah we all tak melekat kat rumah. Ada saja tempat we all terjah supaya Hannah pun dapat tengok dunia luar kan.
So, pagi tu saya cuma request untuk sarapan di warung roti canai favourite saya dekat pasar tu je. Lepas sarapan boleh terus ke pasar untuk membeli bahan-bahan masakan untuk lunch yang diperlukan hari ni kan.

Apa yang nak dimasak ek? takdelah menu master chef sangat pun. Biasa-biasa sahaja janji ada yang pedas untuk suami & tak pedas untuk Hannah. Disebabkan dah ada stok petai yang saya beli di kampung suami last Tuesday so mesti korang boleh agak apa yang saya nak masak kan...dah tentulah sambal udang petai, masak kicap sotong dengan kentang, sayur bayam tumis air, ulaman & juga sambal belacan pelam. Sambal belacan pelam ni memang marveles air tangan suami sebab dia memang terror bab-bab sambal belacan or air asam ni. Yang lain-lain mestilah air tangan isteri kan.

Sila jamu mata. Ibu-ibu mengandung sila jangan ngences ya..hehe..


Masakan sepenuh kasih sayang.. =)
Tak sempat pun nak ngences kan sebab 1 gambar jek yang menjadi. Lain-lain gambar dah hilang dalam fon ni tak tahu la angkara siapa. Hahaha.. Erm untuk dinner we all dah tak makan berat-berat dah.

Walaupun masakan simple macam ni tapi rasa cukup happy sebab dapat happy ka  orang-orang yg amat diaayangi ni. Tambahan pula bila suami & anak makan bertambah lagi membuatkan hati ni rasa puas sebab dapat masakkan untuk mereka. Macam ni la perasaan mak-mak bila sekali-sekala sahaja dapat sinsing lengan baju mengasah skill masakan di dapur kan.

Ok lah..tak sabar nak tunggu weekend sebab banyak resepi baru nak di cuba ni. Tetiba perasaan nak memasak ni membuak-buak pulak. Harap-harapnya menjadi lah ye. Nanti saya up kan satu persatu resepi yang saya dah cuba & semestinya berjaya.

Thursday, December 11, 2014

SAMA TAPI TAK SERUPA..APAKAH ITU???

Haaa..boleh agak tak benda apa yang saya nak kongsikan harini berdasarkan tajuk tu? Semestinya berkaitan dengan Shaklee juga. Suplemen ini adalah sama jenis tapi tak serupa.Jeng..jeng..jeng...




VITA-C SR VS. CHEWABLE VITA-C PLUS

Kedua-dua Vitamin C di atas adalah sama keluaran iaitu daripada Shaklee sendiri. Tetapi rumusannya adalah berbeza untuk membolehkan semua golongan menikmati kebaikan Vitamin C ini iaitu daripada kanak-kanak sehinggalah kepada orang dewasa. Masing-masing memerlukan Vitamin C dalam pengamalan makanan untuk kesihatan, tumbesaran & juga imunisasi.

Chewable Vita-C Plus


Chewable Vita-C Plus

  •  Lebih sesuai untuk kanak-kanak.
  • 1 tablet Chewable Vita-C Plus bersamaan dengan 100 mg atau 1 1/2 biji buah oren.
  • Sangat ideal untuk-kanak-kanak kerana mempunyai rasa buah oren yang sebenar.
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang sukar menelan pil kerana mereka hanya perlu menghisap tablet Vitamin C tersebut.
  • Ditambah dengan Bioflavanoids bagi meningkatkan fungsi Vitamin C & mencegah pengoksidaan di dalam badan.
  • Saliva (air liur) dapat membantu dalam pemecahan Vitamin C, menjadikan ianya bersedia & mudah diserap oleh usus kecil.
  • Kajian telah menunjukkan bahawa dengan mengunyah / menghisap Vitamin C dalam kuantiti kecil beberapa kali dalam sehari dapat memberikan kesan penyerapan yang optimum.
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan.
  • Tabletnya lebih kecil daripada Vita-C SR & amat mudah diambil oleh kanak-kanak.

Vita-C SR 

Vita-C SR Shaklee

  • Disediakan khas untuk orang dewasa. 
  • Berbentuk tablet & setiap tablet mengandungi kepekatan 500 mg buah oren yang bersamaan dengan 7.5 biji oren termasuk kulitnya.
  • Boleh diambil oleh orang dewasa yang suka / boleh.menelan pil.
  • Ditambah dengan Bioflavanoids bagi meningkatkan fungsi Vitamin C & mencegah pengoksidaan di dalam badan.
  • Ianyan diberi nama "Sustained Release (SR)" kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan kandungan Vitamin C secara berperingkat-peringkat iaitu bersamaan dengan 1.5 biji buah oren secara berterusan.
  • Ujian klinikal menunjukkan Vitamin C SR dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam & mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam. Dengan kata lain Vita-C SR ini boleh melindungi badan selama sehari suntuk!
  • Berbeza dengan Vitamin C biasa tanpa teknologi  "Sustained Release (SR)" ianya cepat dihadam oleh usus & sebahagian Vitamin C yang berlebihan akan terbuang melalui air kencing & akan berlaku pembaziran disebabkan usus tidak dapat menyerap Vitamin C sepenuhnya.
  • Tidak perlu diambil berulang kali.

Vitamin C sangat terkenal dengan fungsinya sebab 'immune booster' & sangat diperlukan untuk penghasilan kolagen untuk mendapatkan kulit yang sihat. Dengan mendapatkan Vita-C SR untuk pengambilan harian anda & juga Chewable Vita-C Plus untuk anak-anak anda, pasti ianya satu pelaburan yang berbaloi.

Vita-C SR mengandungi 180 tablet dalam 1 botol dengan harga hanya RM92.50 & boleh tahan sehingga 6 bulan.  Tidakkah berbaloi?

Chewable Vita-C Plus pula mengandungi 90 tablet dalam 1 botol yang mana anda sendiri boleh berkongsi dengan anak-anak anda. Berbaloi lagi kan?

Bagaimana untuk mendapatkannya???


Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali

 


Wednesday, December 10, 2014

20 TIPS MENANGANI STRESS

Stress atau tekanan yqng dihadapi mungkin akan memberi kesan negatif terhadap kehidupan & juga kesihatan kita jika tidak ditangani dengan sihat. Stress boleh ada di mana-mana samada di rumah, pejabat ataupun di sekeliling kita. Bagaimana cara untuk menangani stress? Hari ni saya akan kongsikan tips untuk menagani stress.

Langkah-langkah mengatasi stress

Langkah 1 – Fahami Punca Stress
- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
menyebabkan ketegangan.
Langkah

Langkah 2 – Letakkan Keutamaan
- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan
kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak
membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia
boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.4

Langkah 4 – Menangis
- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu
masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan
tekanan minda dan jiwa.
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan
berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan
menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5 – Ketawa
- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai
berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan
denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat
diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan
dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah
- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga
lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran
darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
penyakit di dalam badan.

Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.
- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa
mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan
airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati
sehingga berpeluh
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga
boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan
ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana
mengikut kreativiti anda.

Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.
- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa danangkah 8
sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar
sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita
itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa
yang digambarkan didalam diari.

Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.
- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak
pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat
mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan
pandangan sahabat anda itu.

Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur.
- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan
tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat
pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
masalah sehingga anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda
sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan.
- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu
memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak
lagi mampu ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau
mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah.
- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis
baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan
perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan
sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan
jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah 13 – Bersantai
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit
ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di
mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri
dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan
memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Langkah 14 – Ambil Mudah.
- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang
mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan
itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak
keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor.
- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,
dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan
tindakan yang perlu diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar
mengenai diri sendiri.

Langkah 16 – Berurut.
- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat
yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang
mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan
ketegangan akibat bebanan stress.

Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur.
- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu
menghilangkan tekanan yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress – Hipnosis

Langkah 18- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki
satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi,
airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh
melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda
berasa segar dan ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan
membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya.
- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut
kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi
kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu
yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika
tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa
yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain
dapat.

Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan
anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan
dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan
fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang
dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan
yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

Diharap tips ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam menghadapi masalah stress ini. Jangan biarkan stress menguasai diri anda. Amalakan gaya hidup sihat & positif serta sentiada mengingati Allah yang Esa.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...