Mesti digunakan dengan sebaiknya. So..minggu ni kami sekeluarga berhujung minggu di Felda Trolak Utara, Sungkai iaitu rumah mertua saya. Kebetulan banyak pulak undangan majlis perkahwinan daripada sedara-mara & juga kawan2 sekampung suami.
Plan asalnya memang nak bawak mak mertua saya ke majlis perkahwinan anak saudaranye di Kuala Kurau, Perak. Last minute plan tak menjadi disebabkan kesihatan mak mertua saya yang tak mengizinkan. Jadinya memang rezeki kami la untuk menghadiri majlis perkahwinan pemain hoki negara iaitu Mohamad Sukri bin Abdul Mutalib yang juga merupakan kenalan suami ketika aktif bermain hoki suatu masa dahulu merangkap member sekampung.
Alhamdulillah..sampai sahaja kami di tempat diadakan majlis tersebut pengantin pun sampai. Jadi dapatlah Hannah melihat & berjumpa dengan pengantin. Sekarang memang perangai Hannah kalau ke majlis perkahwinan mesti kena nampak or jumpa pengantin dulu baru dia puas hati. Kalau tak keberangkalian taknak balik tu sangatlah tinggi. Sebab tula kalau nak ke mana-mana majlis perkahwinan mesti kena plan ke sana dekat2 dengan waktu ketibaan pengantin supaya tak perlu menunggu lama & Hannah pun tak mengamuk sebab tak dapat tengok pengantin.
Sambil tu lepas ke kenduri ambil peluanglah untuk ke bandat Sungkai untik misi mencari teh ais. Haaa..sape suruh En.Suami taknak bangun awal pagi tadi & taknak ke pekan Sungkai untuk bersarapan. Maklumlah di rumah mertua ni memang sejuk pagi2, memang malas nak bergerak keluar ke mana-mana tambahn pula setelah keletihan bekerja semalamnya. So, ni kira macam qada balik la sebab pagi tadi tak dapat ke Sungkai. Memang pe'el saya kalau balik rumah mertua mesti akan ke Sungkai.
Sampai rumah semua keletihan. So..apa lagi mencari bantal & tilamlah jawabnya. Memang satu hari yang meletihkan tapi best sebab sekali-sekala sahaja dapat balik kampung selagi En. Suami masih bekerja di waktu normal. Tapi..dengar kata minggu hadapan En.Suami dah kena masuk shif semula. Waaaa..tak sukanya!! Tapi apakan daya, tanggungjawab terhadap kerja mesti dilaksanakan dengan sebaiknya kan.
Diharapkan anda juga dapat memanfaatkan hari minggu anda denga sebaiknya. Sehingga bertemu lagi di lain entry. Sebelum mengakhiri entry kali ni jom kita jamu mata dulu dengan gambar2 pilihan hari ini.
No comments:
Post a Comment