Saya mula sukakan & amalkan kurma ni sejak dari awal kehamilan. Masa muda remaja dulu buah-buahan memang saya tolak ke tepi, memang tak minat & tak suka kecuali buah mangga (orang Kedah panggil pelam) & Epal. Kurma jarang-jarang saya makan walaupun sunat untuk makan kurma dahulu untuk berbuka puasa.
Setelah disahkan hamil memang saya mengalami alahan yang mana badan berasa sangat lemah & tak bermaya. Rasa seperti nak baring je atas katil. Kena pula menjalani ibadah puasa dalam trimester pertama. So, melihat keadaan saya begitu, mak saya cadangkan saya untuk amalkan kurma untuk tenaga & mengelakkan sembelit. Alhamdulillah sejak mengamalkan kurma tenaga saya sentiasa ada & lebih cergas sampaikan kawan-kawan di pejabat menyatakan saya cergas tak serupa macam orang mengandung & yang paling best saya tak pernah hadapi masalah sembelit ketika mengandung. Saya sangat sukakan kurma Mariami. Everytime balik Kedah saya mesti akan ke Pekan Rabu untuk membeli stok buah kurma Mariami yang ditimbang. Penangan mengandung la katakan sampai taknak kurma yang siap dalam kotak tapi nak yang ditimbang.
Kurma Mariami |
KHASIAT KURMA YANG PERLU ANDA TAHU
Kurma juga dikenali sebagai Phoenix Dactyliferal & merupakan sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A & C serta niasin. Ia juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat & kegunaan yang banyak kerana telah terbukti di dalam Al-Quran yang mana terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
"Firman Allah: Maksud: Dan gegarlah ke arahmu batang pohin tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah & minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan."
- Dari segi saintifik, kurma amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik.
- Jus kurma pula berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Walau bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh pengidap diabetes.
- Jus kurma juga berkesan dalam mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong & sekaligus menghilangkan batuk.
- Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk & bertindak sebagai penawar racun.
- Berdasarkan kepada pendapat pakar perubatan, buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi & kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.
Khasiat buah kurma memang telah terbukti di dalam Al-Quran. Terpulang kepada kita untuk mengamalkannya atau tidak makanan sunnah ini. Selama saya menahan sakit bersalin selama 15 jam hanya kurma & air zam-zam sahaja yang menjadi peneman setia saya & yang saya mampu telan ketika itu. Alhamdulillah, berkat daripada mengamalkan kurma dari awal kehamilan sehingga ke saat bersalin dengan izin Allah, saya berjaya melahirkan Hannah secara normal dengan berat 3.7kg.
Di samping mengambil suplemen Shaklee, makanan sunnah tidak dilupa.
No comments:
Post a Comment