Tuesday, December 16, 2014

11 AMALAN ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

Hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya peroleh dari hasil pembacaan Majalah Dara.Com. Semoga kita sama-sama dapat mempraktikkan diri dengan amalan-amalan tersebut agar memperoleh doa daripada malaikat.

AMALAN-AMALAN ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
  2. Orang yang sedang duduk menunggu solat.
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
  4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. (tidak membiarkan kekosongan dalam saf)
  5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
  6. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
  7. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melaksanakan solat.
  8. Orang yang melakukan solat Subuh & Asar secara berjemaah.
  9. Orang yang membelanjakan hartanya (infak).
  10. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
  11. Orang yang sedang makan sahur.


Demikianlah 11 amalan orang-orang yang mendapat doa malaikat.  Melihat kepada senarai amalan tersebut sebenarnya tanpa kita sedar kadang-kadang amalan tersebut telahpun kita amalkan dalam 24 jam harian kita.

Semoga amalan-amalan tersebut dapat kita praktiskan dengan bersungguh-sungguh kerana pada hari akhirat nanti para malaikat yang mendoakan kita akan memberi syafaat sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Sahih Muslim & yang lainnya. Para malaikat juga akan memberikan syafaat di dunia yang mana mereka akan memohon keampunan untuk semua orang mukmin.

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...