Monday, December 8, 2014

6 CIRI KERJA SEBAGAI IBADAH

Islam mengajar umatNya agar sentiasa berusaha mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dengan bertunjangkan iman & akhlak. Bagi mereka yang menyedari hakikat ini pasti akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti & produktiviti pada setiap masa tanpa mengenal erti jemu. Kita perlu sedar bahawa bekerja itu bukan sekadar tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat & negara tetapi yang lebih utama ia merupakan amanah Allah Taala.



ANTARA 6 CIRI KERJA SEBAGAI IBADAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Bidang kerjaya yang diharuskan. Bekerja di tempat yang haram seperti tempat maksiat atau judi & arak tidak dianggap ibadat.
  2. Niat mencari rezeki yang halal kerana Allah atau mencari keredhaan Allah.
  3. Buat kerja bersungguh-sungguh hingga boleh mengeluarkan hasil kerja yang cemerlang.
  4. Doa meminta yang baik-baik.
  5. Tawakal kepada Allahiaitu selepas berusaha kita berserah kepada Allah untuk memberi kejayaan atas apa yang kita telah usahakan.
  6. Redha iaitu menerima apa sahaj keputusan dengan kesyukuran walaupun ia tidak menjadi seperti apa yang diharapkan. Hendaklah bersabar & berusaha lagi kerana segala keputusan adalah ditentukan oleh Allah walaupun kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.




No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...