Friday, December 12, 2014

REWARD UNTUK SUAMI & ANAK

Sempena dengan hari Keputeraan Sultan Selangor semalam so seluruh warga Selangor dapatlah bercuti 1 hari. Maka seronoklah Hannah tak perlu ke rumah babysitter sebab mama & babahnye ada di rumah 24 jam dengan dia. Disebabkan our little family cukup lengkap harini saya rewardlah suami & anak dengan masakan air tangan saya yang lately dah kurang ke dapur ni. Masak kegemaran suami & anak kasi dorang makan kenyang-kenyang.

Sebelum masak of course pagi tu suami kena reward saya dulu dengan sarapan diluar.hahaha..nak juga di reward kan. Biasa la tu sebabnya bukan selalu suami ada di rumah ketika cuti samada hari minggu atau hari cuti umum macam ni atas tuntutan kerja. Kalau dah weekend tu suami dapat cuti semestinya lah we all tak melekat kat rumah. Ada saja tempat we all terjah supaya Hannah pun dapat tengok dunia luar kan.
So, pagi tu saya cuma request untuk sarapan di warung roti canai favourite saya dekat pasar tu je. Lepas sarapan boleh terus ke pasar untuk membeli bahan-bahan masakan untuk lunch yang diperlukan hari ni kan.

Apa yang nak dimasak ek? takdelah menu master chef sangat pun. Biasa-biasa sahaja janji ada yang pedas untuk suami & tak pedas untuk Hannah. Disebabkan dah ada stok petai yang saya beli di kampung suami last Tuesday so mesti korang boleh agak apa yang saya nak masak kan...dah tentulah sambal udang petai, masak kicap sotong dengan kentang, sayur bayam tumis air, ulaman & juga sambal belacan pelam. Sambal belacan pelam ni memang marveles air tangan suami sebab dia memang terror bab-bab sambal belacan or air asam ni. Yang lain-lain mestilah air tangan isteri kan.

Sila jamu mata. Ibu-ibu mengandung sila jangan ngences ya..hehe..


Masakan sepenuh kasih sayang.. =)
Tak sempat pun nak ngences kan sebab 1 gambar jek yang menjadi. Lain-lain gambar dah hilang dalam fon ni tak tahu la angkara siapa. Hahaha.. Erm untuk dinner we all dah tak makan berat-berat dah.

Walaupun masakan simple macam ni tapi rasa cukup happy sebab dapat happy ka  orang-orang yg amat diaayangi ni. Tambahan pula bila suami & anak makan bertambah lagi membuatkan hati ni rasa puas sebab dapat masakkan untuk mereka. Macam ni la perasaan mak-mak bila sekali-sekala sahaja dapat sinsing lengan baju mengasah skill masakan di dapur kan.

Ok lah..tak sabar nak tunggu weekend sebab banyak resepi baru nak di cuba ni. Tetiba perasaan nak memasak ni membuak-buak pulak. Harap-harapnya menjadi lah ye. Nanti saya up kan satu persatu resepi yang saya dah cuba & semestinya berjaya.

1 comment:

Unknown said...

hik2..baru la dpt tgk blog ko su..tetibe lak gatai nak cr..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...