So, Jumaat minggu lepas we all sefamily berkonvoi bersama adik saya pulang ke kampung di Kedah sekali dengan parents saya. Kebetulan parents saya ke Singapura untuk menghadiri Hari Keluarga anjuran Jabatan tempat ayah saya bekerja, jadinya dalam perjalanan pulang ke Kedah pada hari Selasa tersebut parents saya singgah di rumah saya. Dapatlah hilangkan rindu pada cucu nan sorang ni. Seronoklah Hannah tak perlu ke rumah pengasuh dia.
Tujuan balik kampung kali ni selain daripada bercuti semestinya lah untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya, iaitu anak kepada arwah maklong saya. Arwah maklong saya baru sahaja meninggal dunia pada 2 atau 3 bulan yang lalu. Jadinya sepupu saya ingin menunaikan hasrat & wasiat ibunya ini untuk berkahwin pada tahun ini juga dengan gadis pilihan arwah ibunya. Bagus sepupu saya sorang ni. "Kakak & Abang Mel doakan semoga Abang & isteri kekal bahagia hingga Jannah & semoga Abang sentiasa dirahmati Allah".
Abang panggilan keluarga buat sepupu saya. Mesti arwah Long Shah bangga dengan anak lelaki dia yang sulung ni. Kami & family yang lain bertanggungjawab untuk membantu segala persiapan perkahwinan sepupu saya itu. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang bertungkus-lumus dalam memastikan majlis berjalan lancar.
Selesai sudah majlis perkahwinan abang, so bermula la episod jalan-jalan cari makan di tempat-tempat favorite kami suami isteri. Antara tempat wajib yang kami pergi mestilah makan laksa Pak Ya di Telok Kechai, makan Roti Dol, minum air kelapa fresh, makan burger Gemilang dan macam-macm lagi. Hmmmm..panjang cerita kalau nak dicoretkan di sini. So, kita biarkan gambar sahaja yang bercerita.
OTW ke rumah pengantin perempuan |
Sampai je rumah pengantin perempuan, pengantin dah pun bersantap |
Selesai makan kenduri, singgah ke kampung emak dulu then singgah Sg Tupah pulak. |
Rasa nak terjun je lebih2 lagi tengah panas ni. |
Pengantin dengan tema pakaian pink belacan di sebelah rumah pengantin lelaki. |
Pengantin di meja santapan. |
Pengantin makan bersama-sama keluarga pengantin perempuan |
Hannah bersama adik saya & juga isterinya. |
Nak balik dah.. |
Pagi Isnin bersarapan di sini.. |
Sedappp sangat nasi kandar ni.. |
Sedap ok!!! |
Ni la dia Roti Dol.. Marvelous!!! |
Lepas pekena nasi kandar & roti dol kita nikmati Air Kelapa Pandan segar punya. |
Seriusssss sedap!!! |
Petangnya pula saya & suami ke sini. Hannah tak ikut sebab tidur. |
Selain laksa macam2 menu ada disini seperti laksam, satay daging & ayam, ais kacang dll |
Malamnya we all 1 family ke AEON Carrefour |
Hannah in action |
Exterior design food court nye memang best & lain daripada yang lain |
Troli kosong jek sebab takde apa pun yang di shopping. Cuci mata sahaja. |
No comments:
Post a Comment