Friday, December 20, 2013

TANDA-TANDA STRESS

Assalamualaikum para pembaca sekalian...

Pernahkah anda mengalami stress @ tekanan? Mustahil jikalau anda tidak pernah merasa stress, betul kan? Sama ada secara sedar ataupun tidak sedar masing2 dari kita pastinya pernah alami stress @ tekanan. Cuma yang membezakan adalah cara kita menangani stress. Ok, jom kita tengok apakah itu stress.

Stress

MAKSUD STRESS

Tekanan / tegasan / desakan / ketegangan / perihal menitikberatkan / menekan yang mana keadaan ini boleh memberi kesan positif atau negatif kepada kita. Stress boleh berpunca daripada masalah kewangan, menunggu lama, konflik rumahtangga, kena buli, rasa rendah diri, beban kerja, penyakit fizikal, kesesakan lalulintas, persekitaran yang tidak selesa, tragedi dan lain. 

TANDA-TANDA STRESS

Jom kita audit diri sendiri adakah kita mempunyai tanda2 stress yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1) Perubahan Fizikal
  • Sakit
  • Terlalu kurus / gemuk
  • Hilang keceriaan diri
  • Lesu / letih
  • Terlalu / tidak langsung berhias
  • Agresif
  • Suka mengelamun
  • Sering lupa
  • Mengasingkan diri
2) Perubahan Sikap
  • Mudah marah
  • Mudah bosan
  • Tidak mampu menguruskan diri / kerja
  • Suka mengalihkan kemarahan
  • Sentiasa berpandangan negatif
  • Hilang pertimbanga / separa sedar
3) Perubahan Emosi
  • Terlalu cemburu
  • Penyedih dan sensitif
  • Terlalu gembira / riang
  • Ego dan mementingkan diri sendiri
  • Kemurungan
  • Kerisauan / kebimbangan
Jangan biarkan stress menghantui diri kita kerana boleh "membunuh" masa depan kita yang masih jauh lagi perjalanannya. Next entry kita akan kupas lebih lanjut mengenai stress agar kita dapat sama-sama mengatasinya dengan cara yang positif. In Shaa Allah.

Jika anda berminat dengan produk Shaklee, hubungi saya dan pastinya saya akan hadiahkan anda dengan harga yang pastinya menarik & berbaloi.

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies



KEISTIMEWAAN VITAMIN C SR SHAKLEE

Assalamualaikum semua..

Pejam celik..pejam celik tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Adakah semua azam anda untuk tahun 2013 sudah tercapai??? Alhamdulillah sekiranya anda berjaya mencapai segala cita2 yang diimpikan. Tetapi bagi yang masih belum tercapai cita2 tu jangan berputus asa. Pasti ada hikmah disebalik segala kejadian. Perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya.

Bagaimana pula dengan penjagaan kesihatan anda? Bagi saya penjagaan kesihatan adalah penting & perlu dimasukkan juga sebagai azam setiap tahun agar kita sentiasa berusaha memberikan yang terbaik pada tubuh badan kita. Betul tak? Sekarang ni sakit dah tak mengira masa, usia & jantina. Amalan pengambilan vitamin tambahan amat diperlukan dengan keadaan gaya hidup kita yang sentiasa sibuk & terdedah dengan pelbagai pencemaran. Salah satu vitamin yang diperlukan oleh badan untuk membantu kita untuk kekal sihat & bertenaga adalah Vitamin C. Kita boleh dapatinya daripada pelbagai jenama pengeluar tetapi tahukan anda Vitamin C Shaklee mempunyai keistimewaan lebih daripada Vitamin C yang lain?

KEISTIMEWAAN VITAMIN C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE
  • Setiap tablet mengandungi 7 1/2 biji buah oren termasuk kulitnya iaitu bersamaan dengan 500mg
  • 1 1/2 Vitamin C buah oren tersebut dibebaskan ke dalam tubuh kita setiap jam
  • Kajian membuktikan 2 tablet Vitamin C Sustained Release Shaklee mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam
  • Setiap tablet mengandungi 120mg bioflaonoid yang dikenali sebagai Vitamin C Complex
  • Tiada pembaziran berlaku kerana ianya dilepaskan secara berperingkat (sustained release) mengikut keperluan tubuh.

Vit C Shaklee
Penjimatan yang anda akan peroleh dengan pengambilan Vitamin C Shaklee. 1 botol boleh bertahan sehingga 6 bulan. Jimat!!!

MANFAAT VITAMIN C SHAKLEE

Pelbagai manfaat yang bakal diperoleh sekiranya anda mengamalkannya secara berterusan antaranya ialah:
  1. Dapat merangsang kolagen yang merupakan sejenis protein yang menyusun tubuh manusia Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan  otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  2. Membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.
  3. Memperbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam dikulit ruam dan lain2.
  4. Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.
  5. Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
  6. Membantu meningkatkan sistem imun.
  7. Mengurangkan simptom demam & selsema.
  8. Merangsang pengeluaran T-cells yang membantu melawan sel2 kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita.
  9. Membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigmen.
  10. Membantu memperbaiki masalah insomnia dan stress.
  11. Membantu dalam proses detoksifikasi dimana Vitamin C berupaya mencantum bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain2 toksin yang menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggan & dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Sangat sesuai kepada mereka yang merokok untuk membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang daripda mengalami kerosakan yang teruk.
Selain daripada itu, sumber Vitamin C boleh diperoleh daripada buah-buahan & sayur-sayuran seperti yang tersenarai di bawah:


Sumber Vitamin C
Ramai yang telah mencuba dan mereka sangat berpuas hati. Anda bila lagi?? hubungi saya segera untuk maklumat lanjut dan semetinya untuk harhga yang terbaik.




Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

Friday, December 13, 2013

GASTRIK ADA PENAWARNYA


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Hopefully semuanya sihat-sihat belaka. Adakah anda pernah mengalami gastrik? Siapa yang pernah alaminya mesti tau macam mana peritnya kan. Sampai kadang-kadang tu jalan pun terbongkok-bongkok sebab tak mampu nak berdiri tegak disebabkan di kawasan abdomen terasa tegang.

Gastrik

Bagaimanakah gastrik boleh berlaku?

Gastrik akan/boleh terjadi disebabkan oleh tekanan, rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan ataupun jangkitan bakteria yang akan mengakibatkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan tersebut akan menyebabkan seseorang itu mendapat gastrik atau dalam istilah perubatannya, gastritis.

Secara semula jadi, sel perut menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi untuk mencerna makanan. Asid ni sangat kuat dan jika terkena tangan sekalipun, kulit akan terkakis. Sel perut juga menghasilkan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai perlindung kepada kesan asid hidroklorik tadi.

Gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan lemah, ulser atau pembengkakan  akan berlaku. Contohnya, jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Punca Gastrik
  1. Merokok
  2. Meminum minuman beralkohol
  3. Jangkitan bakteria Helicobater Pylori
  4. Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu
  5. Gaya hidup yang tidak sihat
  6. Pengambilan ubat-ubatan berlebihan seperti aspirin dan NSAID (Non-steroidal anti-imflammatory)
  7. Anemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun dan jangkitan virus tertentu.
Simptom Gastrik
  1. Sakit perut (tidak semua sakit perut menandakan anda gastrik)
  2. Cirit-birit teruk melebihi 3 hari
  3. Rasa berangin dan kembung perut
  4. kerap sendawa dan buang angin selepas makan
  5. Hilang selera makan
  6. Loya dan muntah2
  7. Najis berdarah berwarna hitam dan muntah darah (tanda penyakit gastrik semakin serius)
Rawatan Penyakit Gastrik
  1. Makan mengikut waktu (jika berasa lapa jangan lengah-lengahkan untuk makan)
  2. Pastikan selepas makan nasi (malam @ tengahari) minum air suam bukan air manis @ ais batu.
  3. Elakkan mengambil makanan ringan, jeruk kering seperti asam boi dan juga jeruk basah serta mee segera.
  4. Elakkan minum teh, kopi, nescafe, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash dan air limau
  5. Elakkan makanan yang mengandungi yis seperti donat, pau, pizza dan lain2 jika gastrik anda di peringkat yang serius
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka dan makanan yang pedas
  8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak dan nangka, rebung dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut dan banyak angin
  9. Minum susu segar atau susu tepung penuh krim (bukan HL atau low fat atau Annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
Penyelesaian Masalah Gastrik Dengan Shaklee

Jangan biarkan "sakit perut" yang anda lalui dengan terlalu lama kerana ia boleh memberi kesan yang serius terhadap kesihatan anda. Jika "sakit perut" yang anda alami hanyalah simptom2 kepada penyakit gastrik, jangan ragu, jangan lengah untuk mencuba SET GASTRIK Shaklee untuk meredakan kesakitan yang di alami. Antara suplemen yang dicadangkan dalam SET GASTRIK adalah seperti berikut:
  • ESP
  • Peppermint Ginger Plus
  • Ostematrix



Masing2 mempunyai manfaat dan kelebihan tersendiri dalam menyelesaikan masalah gastrik ini. Cuba dahulu baru tahu. In Shaa Allah, anda pasti berpuas hati.Dapatkannya dengan harga yang berbaloi-baloi.

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies




Thursday, December 12, 2013

PANDUAN PENYUSUAN IBU

Assalamualaikum & Salam Petang..

Percayalah wahai para ibu dan bapa bahawasanya susu ibu adalah yang terbaik di antara yang tebaik. Ianya dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk dinikmati oleh bayi baru lahir yang mengandungi pelbagai zat untuk membantu bayi berkembang dengan sihat dan sempurna. Oleh itu, bakal ibu perlu bersedia mental dan fizikal untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak yang bakal dilahirkan ini. Usah dipersia nikmat yang Allah berikan ini. 



Panduan Penyusuan Ibu

Benar, menjadi seorang ibu terkadang membuatkan anda lelah dan terganggu emosi. Usahakan untuk tenang dan berfikir positif agar terhindar dari baby blues dan hari-hari yang dilalui lebih tenang.
 
Keadaan yang positif di sekitar anda membantu melancarkan penghasilan susu ibu. Selain itu, situasi yang membahagiakan selama menyusui membuatkan anda dan bayi menjalin ikatan yang kuat. Berikut panduan yang boleh dilakukan bagi membantu anda menyusukan bayi :
 

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam. Jika bayi tidur, kejutkannya. Anda harus percaya bahawa semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kenali posisi menyusu yang sesuai untuk anda dan bayi. Anda boleh memilih sama ada posisi mendukung, mendukung bersilang, mendakap dan berbaring serta memastikan bayi melekap dengan betul.
  • Atur posisi menyusu yang paling selesa untuk anda. Anda boleh meletakkan bantal di belakang punggung mahupun di paha.
  • Hiburkan diri anda dengan menonton televisyen atau melakukan aktiviti ringan yang anda gemari seperti membaca novel. Pilih sesuatu yang boleh membantu anda lebih tenang. Jika anda lebih senang melihat bayi anda ketika menyusukannya, lakukan sahaja.
  • Anda juga perlu mengambil pemakanan yang sihat agar memperoleh nutrisi. Makanan buah-buahan, salad, makanan rendah lemak, sedikit karbohidrat dan perbanyakan meminum air suam.
  • Usahakan mendapat istirahat yang cukup agar tubuh anda tidak kepenatan. Ketika bayi anda tertidur, anda juga berhak tidur sejenak.

Sediakan ini....
 
Apabila bayi berusia empat minggu, ibu perlu membawa bayi menemui doktor untuk melakukan pemeriksaan.
 
Buku rekod kesihatan anak
Setiap kali membawa si kecil bertemu doktor, bawa buku rekod kesihatan untuk memudahkan doktor memantau kesihatan dan perkembangan tubuhnya.

Catat pertanyaan
Jika anda ada soalan yang ingin diajukan kepada doktor berkenaan kesihatan si kecil, catat agar anda tidak terlupa. Sediakan buku khusus dan letakkannya bersama-sama buku rekod kesihatan bayi anda.

Rancang masa
Anda harus menyediakan bayi anda dalam keadaan selesa ketika bertemu doktor. Oleh itu, susui bayi sebelum itu dan tidurkannya terlebih dahulu. Apabila bertemu doktor, anda akan berasa lebih selesa kerana si kecil tidak meragam.

Sumber :  http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/anak-sihat-susu-ibu-penyelamat-1.222131

Antara produk Shaklee yang dicadangkan untuk memperbanyakkan susu ibu adalah seperti di bawah:

Milk Booster
  •  Energy Soy Protein
  • B-Complex
  • Ostematrix
  • Vitamin C
  • Vita-Lea
  • Alfafa Complex

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies


Tuesday, December 10, 2013

SURIRUMAH EFEKTIF

Assalamualaikum & Selamat Petang..

Esok (11.12.2013) saya akan menjadi surirumah untuk 1 hari. 1 hari je??? Ye..sebab saya masih bekerja dan esok Selangor cuti bersempena dengan "birthday" Sultan Selangor. Bagi mana2 ibu bekerjaya seperti saya mesti pernah terfikirkan bila la boleh jadi surirumah sepenuh masa ni kan. boleh tengok anak-anak membesar depan mata. Boleh urus makan, minum, pakaian sang suami dengan lebih efektif. Pernah terfikir tak???


Saya sedang menuju ke arah itu (Surirumah sepenuh masa). Bukan tak sayang dengan kerjaya sekarang tapi untuk saya, saya lebih pentingkan keluarga. so, apa yang saya buat??? Saya memilih Shaklee untuk menjana pendapat sampingan dan In Shaa Allah satu hari nanti sebagai pendapatan bulan tetap walaupun sebagai surirumah. Biarlah kita jadi surirumah yang efektif yang bebas dari segala hutang-piutang dan secara tidak langsung dapat membantu kewangan rumahtangga dan juga pihak2 yang memerlukan.


Kenapa saya pilih Shaklee??? 
  1. Tidak perlu mengeluarkan modal yang jumlahnye ribuan ringgit , hanya daftar ahli sahaja sebanyak  RM75.00 (termasuk kos penghantaran memberkit)
  2. Tidak perlu risau tentang strategi pemasaran, info berkenaan produk dan lain2 kerana ianya akan diberikan samada secara online ataupun offline. (pentingnya memilih kumpulan yang betul)
  3. Tidak perlu head hunting kerana Shaklee adalah satu FENOMENA yang mana orang yang akan mencari anda. Tidak perlu tagging sesiapa untuk jual produk.
  4. Tidak perlu simpan stok semata-mata mahu naik pangkat.
  5. Produk Shaklee telah terkenal di seluruh dunia dan yang penting HALAL.
  6. Tidak perlu keluar mencari pelanggan, mesyuarat dan sebagainya sehingga larut malam.
  7. Tidak perlu keluar ke pejabat pos untuk pengeposan produk kerana semuanya Shaklee yang uruskan. Kita hanya perlu berurusan secara maya di shaklee2u.com.my sahaja.
  8. Bonus bulanan akan masuk di pertengahan bulan di mana semua sedia maklum pada masa itu kebanyakkannya poket sudah kering. Sebaliknya yang berlaku pada semua SID yang layak untuk menerima bonus masing-masing dengan hati yang gembira.
  9. Kita adalah bos kepada bisnes kita. Kalau rajin berusaha In Shaa Allah bonus yang masuk adalah setimpal dengan usaha anda. Berbaloi-baloi ok!!
  10. Dapat mengejar tawaran yang disediakan oleh Shaklee seperti Bonus Jualan, Bonus Kepimpinan, Pakej Pelancongan Percuma dalam atau luar negara, Car Fund dan juga Pakej Umrah Percuma.
  11. Group coaching & mentoring yang sentiasa ada 24 jam.
Banyak lagi kelebihan jika kita berada di dalam Shaklee. Jika ingin berjaya, perlu terus melangkah dan jangan mudah berputus asa. Usaha semampu mungkin. Cabar diri sendiri!!!

Jom pakat2 register Shaklee. Keputusan di tangan anda. ANDA BUAT ANDA DAPAT!!!


Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

MENYELESAIKAN MASALAH BUASIR DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua..

Ramai daripada kita menganggap penyakit buasir ini adalah keturunan dan hanya terjadi pada peringkat umur yang lebih tua iaitu 50 tahun dan ke atas. Sebaliknya buasir boleh terjadi kepada remaja, wanita hamil dan sedang berpantang yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.


Jom kita kenali penyakit buasir


Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur.  Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur.  Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.  

Terdapat empat peringkat yang menggambarkan keseriusan penyakit tersebut :

Tahap Pertama

Berlaku pendarahan dan  bengkak yang menonjol keluar

Tahap Kedua

Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur)

Tahap Ketiga

Keadaan yang sama seperti tahap kedua tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setengah dan boleh ditolak masuk secara fizikal.

Tahap Keempat

Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


Faktor atau Penyebab Buasir 
  • Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit
  • Cirit-birit yang kronik
  • Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian
  • Mengandung atau bersalin

Kenali Simptom Penyakit Buasir

  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
  • Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar.
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  • Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Bagaimana Suplemen Shaklee Dapat Menyelesaikan Permasalahan Ini?

Untuk mengatasi  masalah ini, suplemen yang dicadangkan adalah seperti berikut:


1. Ostematrix
  • Memabantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar. Selain daripada itu, dapat memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagiam dubur.
2. Omega Guard
  • Baik untuk sendi & otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Oleh yang demikian, Omega Guard dapat membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
3. Zinc Complex
  • Disarankan kepada pesakit buasir tahap tinggi dimana najis keluar bersama darah dalam proses membuang air besar. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.
Pengesanan awal penyakit ini dapat mengelakkan daripada pembedahan. Suplemen Shaklee seperti yang dicadangkan ini sangat membantu pesakit buasir ini. Pilihan terletak di tangan anda. Tepuk dada tanyalah "selera" anda.

Untuk mencuba/mendapatkan Set Buasir ini, bolehlah menghubungi saya pada bila-bila masa untuk mendapatkan dengan harga yang pastinya berbaloi-baloi.

***Penghantaran percuma disekitar Bukit Beruntung & Rawang.


Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies























Monday, December 9, 2013

OMEGA GUARD UNTUK KANAK-KANAK

Assalamualaikum..

Sempena dengan promosi Omega Guard Shaklee bulan Disember ni, saya nak kongsikan sedikit info (saya budak baru belajar)  mengenai khasiat Omega Guard untuk kanak-kanak. Sebenarnya tanpa kita sedari anak-anak kita seawal dalam kandungan lagi telahpun menikmati khasiat Omega Guard ini jika sekiranya ibu tersebut mengamalkannya dalam tempoh kehamilannya.

 Khasiat ini juga dapat diteruskan lagi melalui penyusuan susu ibu. Kanak-kanak seawal usia setahun pula sudah boleh mengambil minyak ikan Omega 3 ini mengikut sukatan dan cara pengambilan yang telah ditetapkan.

Antara khasiat Omega Guard untuk kanak-kanak adalah:
  • Membantu dalam perkembangan otak kanak2 yang mana kajian menunjukkan kanak2 yg mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas dan aktif.
  • Dapat merawat penyakit eczema dari dalam, biasanya ibu2 mengambil alternatif untuk menyapu ubat atau krim luaran sahaja tetapi beberapa lama kemudian penyakit tersebut akan muncul kembali. Dengan pengambilan Omega 3 ianya dapat mengelakkan masalah eczema daripada berulang kembali.
  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan.
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan utk mengurangkan serangan asma pada kanak2 dan mengurangkan penggunaan inhaler.
  • Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak2 lebih cergas dan aktif dan membantu meningkatkan fokus kanak2 semasa belajar.

Setiap ibu bapa pasti akan berusaha memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Oleh yang demikian, para ibu dan bapa boleh mencuba memberikan Omega Guard ini kepada anak-anak untuk memastikan kesihatan jangka panjang buat anak-anak.

Cepat2 dapatkan Omega Guard ini dengan HARGA ISTIMEWA. Anda boleh dapatkannya dengan harga dibawah RM100!!! Kalau nak jimat lagi boleh beli 6 PERCUMA 1 siap dapat membership free lagi. So, tunggu apa lagi??? Cepat2 hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies



ATASI MASALAH SENGGUGUT DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum & Selamat Petang,

Topik hari ni memang khas ditujukan buat wanita. Lelaki pun boleh baca buat rujukan sekiranya senggugut ini dialami oleh isteri, anak-anak remaja, adik mahupun kakak. ok, let's start!!

Apakah sebenarnya senggugut atau period pain ini? 

Senggugut sangat mengganggu perjalanan harian kita sehingga boleh mengakibatkan MC, kelewatan ke tempat kerja, kusut-masai, murung dan lain-lain

Sakit perut ketika kedatangan haid adalah satu simptom yang lazim dikemukakan kepada pakar sakit puan. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea".

Terdapat 2 jenis senggugut iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer ini berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit di pelvis seperti adanya jangkitan kuman. Kesakitan yang di alami hanyalah dirasai sekitar hari pertama dan kedua semasa kedatangan haid sahaja dan lazimnya kesakitan ini boleh dikawal dengan pengambilan ubat penahan sakit seperti 'paracetamol' atau 'ponstan'.

Senggugut sekunder pula adalah sakit yang dialami disebabkan oleh masalah penyakit pelvis lain. Antaranya ialah seperti cyst, endometriosis, fibroid, keradangan pada rongga pelvis, jangkitan kelamin mahupun tekanan dan kebimbangan. Bagi wanita yang mengalami senggugut sekunder ini, sakit yang dialami lebih lama dan lebih teruk. Sekiranya berlaku sedemikian, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan secepat mungkin agar masalah tersebut dapat diatasi segera sebelum ianya menjadi lebih serius.

Hmm..agak2 anda mengalami senggugut kategori yang mana satu? Anda perlu tahu apakah kategori senggugut anda supaya rawatan dapat diberikan dengan sebaiknya. Perkara sebegini tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh malu untuk merujuk kepada yang lebih pakar untuk mengelakkan perkara yang lebih serius belaku seperti penyakit kanser.

Walau bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan penahan sakit dan sebagainya sangat tidak bagus untuk kesihatan jangka masa panjang kerana boleh menjejaskan fungsi hati, buah pinggang dan lain-lain organ dalaman. Oleh yang demikian, Shaklee menyediakan SET SENGGUGUT untuk diamalkan dengan selamat dan sihat. Supplement yang terkandung di dalam set tersebut adalah seperti berikut.


Apakah kepentingan & kelebihan vitamin2 tersebut dalam usaha mengatasi masalah senggugut ini?

1. B-Complex
> vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 yang terkandung dalam vitamin B-Complex telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
>Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
>Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal. Ia juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
>Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

2. Ostematrix (Kalsium Magnesium)
>Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
> Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain.
>Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. GLA Complex
>Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi. 
>Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut. 
>Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

Jom dapatkan segera SET SENGGUGUT ini dengan harga yang dijamin HOT.

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to ILHAMKU HANNAH VITAHOUSE
Designed by UMIESUEstudio 2016