Percayalah wahai para ibu dan bapa bahawasanya susu ibu adalah yang terbaik di antara yang tebaik. Ianya dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk dinikmati oleh bayi baru lahir yang mengandungi pelbagai zat untuk membantu bayi berkembang dengan sihat dan sempurna. Oleh itu, bakal ibu perlu bersedia mental dan fizikal untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak yang bakal dilahirkan ini. Usah dipersia nikmat yang Allah berikan ini.
Panduan Penyusuan Ibu
Benar, menjadi seorang ibu terkadang membuatkan anda lelah dan terganggu emosi. Usahakan untuk tenang dan berfikir positif agar terhindar dari baby blues dan hari-hari yang dilalui lebih tenang.
Keadaan yang positif di sekitar anda membantu melancarkan penghasilan susu ibu. Selain itu, situasi yang membahagiakan selama menyusui membuatkan anda dan bayi menjalin ikatan yang kuat. Berikut panduan yang boleh dilakukan bagi membantu anda menyusukan bayi :
- Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam. Jika bayi tidur, kejutkannya. Anda harus percaya bahawa semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan.
- Kenali posisi menyusu yang sesuai untuk anda dan bayi. Anda boleh memilih sama ada posisi mendukung, mendukung bersilang, mendakap dan berbaring serta memastikan bayi melekap dengan betul.
- Atur posisi menyusu yang paling selesa untuk anda. Anda boleh meletakkan bantal di belakang punggung mahupun di paha.
- Hiburkan diri anda dengan menonton televisyen atau melakukan aktiviti ringan yang anda gemari seperti membaca novel. Pilih sesuatu yang boleh membantu anda lebih tenang. Jika anda lebih senang melihat bayi anda ketika menyusukannya, lakukan sahaja.
- Anda juga perlu mengambil pemakanan yang sihat agar memperoleh nutrisi. Makanan buah-buahan, salad, makanan rendah lemak, sedikit karbohidrat dan perbanyakan meminum air suam.
- Usahakan mendapat istirahat yang cukup agar tubuh anda tidak kepenatan. Ketika bayi anda tertidur, anda juga berhak tidur sejenak.
Sediakan ini....
Apabila bayi berusia empat minggu, ibu perlu membawa bayi menemui doktor untuk melakukan pemeriksaan.
Buku rekod kesihatan anak
Setiap kali membawa si kecil bertemu doktor, bawa buku rekod kesihatan untuk memudahkan doktor memantau kesihatan dan perkembangan tubuhnya.
Catat pertanyaan
Jika anda ada soalan yang ingin diajukan kepada doktor berkenaan kesihatan si kecil, catat agar anda tidak terlupa. Sediakan buku khusus dan letakkannya bersama-sama buku rekod kesihatan bayi anda.
Rancang masa
Anda harus menyediakan bayi anda dalam keadaan selesa ketika bertemu doktor. Oleh itu, susui bayi sebelum itu dan tidurkannya terlebih dahulu. Apabila bertemu doktor, anda akan berasa lebih selesa kerana si kecil tidak meragam.
Sumber : http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/anak-sihat-susu-ibu-penyelamat-1.222131
Antara produk Shaklee yang dicadangkan untuk memperbanyakkan susu ibu adalah seperti di bawah:
- Energy Soy Protein
- B-Complex
- Ostematrix
- Vitamin C
- Vita-Lea
- Alfafa Complex
Hubungi segera:
FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies
No comments:
Post a Comment