Wednesday, March 25, 2015

HAPPY BIRTHDAY ANAK SYURGA MAMA..

Assalamualaikum semua..

Lama sudah tak menaip di sini..Eh2..ni first entry di tahun 2015. Sungguh lama menyepi kan? Bukan apa..masalah biasa ja..apa lagi kalau bukan masalah internet provider. Sebab saya baru je berpindah ke rumah sendiri, so connection wifi jadi lost cemana entah. Padahal pindahnya kat kawasan yang sama. Selang 2 buah rumah je dari rumah sewa. Klako jek. Lama jugak P1 nak overcome my problem. Bila dah ok tuan rumah pulak busy kerja kan. Maklum la tahun baru 2015 awal2 tahun dah banyak resolusi yang perlu di settle kan.

Ok2..back to the real story..Entry pertama di tahun 2015 ni special dedicated buat my only one daughter (for now) , my sweetheart, my everything, NURHANNAH DAMIA BINTI MOHAMAD JAMIL.


HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY PRINCESS!
Semoga sentiasa dibawah rahmat & lindungan Allah Taala..
Semoga menjadi anak yang solehah, kakak yang baik untuk adik2 kelak..
Semoga membesar dengan sihat & sempurna..
Semoga menjadi hamba Allah yang taat & berjaya di dunia & akhirat..

Mama & Babah love u so much sayang..

24.03.2011 - 24.03.2015 genap sudah usia anak mama & babah 4 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Dah big girl dah anak mama sorang ni. Hannah memang sorang anak yang bijak, walaupun kadang kala membuatkan mama jadi rasaksa kat rumah..hahaha..tapi Hannah selalu pandai pujuk mama. Bila Hannah rasa bersalah memang susah betul dia nak mintak maaf tapi dia akan kiss2 mama..hug2 mama..mungkin itu cara Hannah luahkan permintaan maaf dia. Namapun budak2 kan, so dorang memang akan sentiasa belajar benda yang baru & apply dalam kehidupan seharian mereka. Sebab tu kita yang dah dewasa ni kena tunjuk teladan yang baik kan.. Apa2 pun Hannah memang sporting!! Hannah lah kawan baik mama (BFF) yang paling setia..kawan gaduh mama jugak..kawan shopping mama (babah jangan jeles k!)..Sebab tu mama akan sunyi bila Hannah kadang2 takde kat rumah ikut mak2 sedara balik bercuti di kampung or ikut maktok & tokwan balik Kedah.

Semoga 1 hari nanti bila Hannah baca blog mama yg mama memang akan wariskan pada anak-anak mama ni tahu how much i love u & miss u ok. Walaupun blog ni banyak bercerita pasal Shaklee tetap akan mama selitkan perkembangan anak2 mama sebab Hannah & bakal adik2 pun akan menikmati kelebihan & kebaikan Shaklee ni sebab Shaklee akan DIWARISI oleh anak2 mama juga.

Hannah sendiri pun sejak umur 1 tahun dah merasai Shaklee melalui susu badan mama sebab mama dah amalkan ALFAFA & ESP untuk memperbanyakkan susu & memberikan khasiat terbaik melalui penyusuan badan. Walaupun Hannah tidak menyusu badan sepenuhnya tetapi mama tetap pastikan setiap malam or bila2 masa Hannah bersama mama..mama akan direct breastfeed Hannah. Alhamdulillah sampai 2 tahun setengan Hannah dapat nikmati susu mama.

Starting 2 tahun Hannah dah start minum MEALSHAKES & OMEGA GUARD mengikut jadual. Alhamdulillah memang nampak banyak sangat perkembangan positif dari semua segi yang akan mama ceritakan di entry2 yang lain In shaa Allah. Latest Hannah juga amalkan VITALEA for KIDS.

Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuknya. So, Shaklee pilihan mama untuk bekalkan nutrien yang terbaik bagi menyokong tumbesaran anak2 mama di samping mengamalkan makanan2 sunnah yang lain seperti madu & kismis. In shaa Allah..

So, sempena birthday Hannah semalam mama & babah sempat celebrate kecil-kecilan di KFC. Hannah punya request untuk birthday cake Frozen akan mama tunaikan. Jangan risau tau sayang..Semoga-gambar2 di bawah akan jadi kenangan indah buat Hannah. Eh.. tak lupa juga tokwan & maktok juga sempat buat pre-birthday celebration Hannah dekat Aroma Ikan Bakar, Jeram. Terima kasih maktok & tokwan..

Tempat dah tersedia..

Layan birthday girl main pasir dulu..

Special posing dari birthday girl..

Birthday girl dengan babah (Birthday boy to be.hahaha)..

Best sangat lettew boleh main pasir..

Habis hati dapat main pasir pantai..

Posing nakal dari Hannah..

Hannah posing dengan tokey yang belanja dinner malam tu a.k.a tokwan Hannah..

Menu simple2 jek..

Hannah dgn tokwan, Angah Izati & Angah Judin..

Haaa..ni malam tadi birthday girl request nk makan KFC jek..

Hannah dengan Mama..

Happy Birthday Hannah sayang..

Hannah & babah..

Birthday girl a.k.a anak daddy's girl..

Last but not least..HAPPY BIRTHDAY PRINCESS MAMA & BABAH!! Mmmuaah..mmuuuahhh.. mmuaaahh..




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...