Saturday, November 29, 2014

MALAM MINGGU DI SOGO, KL

Pengalaman pertama meng 'update' blog di dalam kereta sebab telah terjebak dalam jammed yg amat 'awesome'. Malam minggu kali ni saya habiskan masa di KL bersama-sama dengan mak-mak sedara & sepupu-sepapat yang sangat sporting.

Sekali-sekala 'lepaking' bersama mereka memang best! Kebetulan mereka datang ke KL untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang saudara kami di Telok Gong, Klang. Punya la happy berjumpa saudara-mara lain dari kampung yang turut hadir ke majlis tersebut sampai lupa nak ambil walau sekeping gambar untuk kenang-kenangan.
Setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan tersebut, saya & famili kecil saya ni terus berkonvoi bersama famili Makcik kesayangan saya ke rumah Makngah saya di Sungai Besi. 

Berehat sebentar di rumah Makngah untuk solat & segarkan badan. Kemudian terus kami decide untuk ke KL untuk ke Jalan Tar sebenarnya. Agak sedih sebab tak dapat nak bawak Makcik sekeluarga ke Jalan Tar disebabkan hujan yang boleh tahan lebatnya. Akhirnya kami membuat keputusan untuk ke SOGO sahaja. Senang & lebih mudah bergerak. Hujan pun tak kena kan.

Apa yang berlaku sepanjang kami di dalam SOGO biarlah gambar sahaja yang menceritakannya. Semoga menjadi kenangan buat kami & juga boleh dibaca oleh ayah & emak saya kelak kerana mereka tidak dapat sertai kami pada kali ini berikutan memyertai Hari Keluarga anjuran pejabat ayah saya ke Johor & juga Singapura. Jom cuci-cuci mata..

Polo untuk semua peringkat usia, lelaki & perempuan ada SALES UP TO 70%
Hannah bergaya dengan handbag Sembonia nye, then suruh mama ambil gambar dia..
Hannah sendiri yang request untuk ambil gambar sambil menunggu babahnya membayar hasil 'borongan'
Nak bayar pun kena beratur panjang..So sangat tak berbaloi kalau hanya setakat membeli 1 helai baju.
Handbag pun ada offer ye tapi tak sempat tengok sangat pun sebab saya kena handle Hannah. Orang terlalu ramai di situ..
Hannah mood baik nak berpegang tangan dengan kakak Nurul.

Maaf ye..kualiti gambar agak kurang memuaskan sebab menggunakan phone sahaja & mengambil gambar sambil berjalan. So, seiapa yang tak tahu nak ke mana lagi untuk weekend ini & ada bajet lebih bolehlah berkunjung ke SOGO ye.

Sales POLO adalah sehingga esok 30 November 2014. Cepat-cepat serbu SOGO!!!

Friday, November 28, 2014

10 TIPS UNTUK DAPATKAN TIDUR YANG LENA




Assalamualaikum & selamat petang semua. Petang ni hujan turun membasahi Kelana Jaya. Rasa sejuk sampai ke tulang ditambah lagi dengan kesejukan aircond. Kalau di rumah ni memang sedap berselimut di atas katil tapi apakan daya bagi individu berkerjaya perlu melangsaikan tugasan hari ini sebelum memikirkan tilam & bantal. Menghitung masa nak tunggu waktu bekerja tamat. Namun begitu, anda perlu tahu yang tidur itu tak semestinya lena. Akibatnya badan akan terasa berat & keletihan. Pada petang yang dingin ini saya nak berkongsi 10 tips untuk mendapatkan tidur yang lena.

TIPS UNTUK MENDAPATKAN TIDUR YANG LENA

  1. Tidur yang berjadual - Jika anda sudah terbiasa tidur pada jam 10 malam, pastikan anda tidur pada waktu yang sama pada malam-malam berikutnya supaya tubuh anda terbiasa dengan waktu tersebut & membuatkannya sentiasa bersedia untuk tidur pada waktu itu. 
  2. Jangan melakukan senaman pada waktu malam kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih cepat & anda tidak akan boleh tidur.
  3. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur. Seeloknya anda hendaklah berhenti makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur. Hal ini dapat memberi keselesaan pada perut anda.
  4. Jauhi alkohol, nikotin & kafein sekurang-kurangnya 5 hingga ke 6 jam sebelum tidur. Tapi kalau badan jenis yang tak 'lut' pada minuman yang berkafein seperti nescafe & kopi contohnya memang mudah untuk tidur juga.
  5. Bagi individu yang bekerja di waktu pejabat, biasakan tidur pada waktu malam sahaja. 
  6. Pastikan bilik tidur anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Jika boleh, biarkan tingkap bilik anda terbuka sedikit untuk membolehkan udara masuk.
  7. Sebelum tidur, mandi menggunakan air suam, baca buku atau mendengar muzik kegemaran yang bernada lembut.
  8. Cuba sapukan krim pelembap pada bahu, leher & kaki untuk meredakan tekanan pada siang harinya.
  9. Jangan sesekali mengharapkan pada ubat-ubatan atau dadah untuk melegakan insomnia. Pengambilan teh atau susu suam bersama madu adalah lebih baik.
  10. Ketika tidur, sebaiknya letakkan kaki pada bantal yang lembut. Ini dapat melegakan keletihan & mendapatkan tidur yang lena.
Tidur yang lena juga boleh menjadikan kita lebih aktif & positif setelah bangun dari tidur. Untuk dapatkan tidur yang lena tak semestinya perlukan kuantiti 8 jam yang mencukupi. Apa yang lebih penting adalah kualiti tidur tersebut. Agak sukar untuk kita dapatkan tempoh masa 8 jam untuk tidur sebenarnya. 

Selain dari itu, tidur yang lena & berkualiti boleh membuatkan wajah kita lebih awet muda. So, apa lagi..jom sama-sama kita amalkan tidur yang berkualiti.

Thursday, November 27, 2014

5 TEMPAT MAKAN BEST DI ALOR SETAR YANG WAJIB ANDA CUBA!


Kepada peminat-peminat makanan & suka mencuba masakan dari pelbagai negeri "mai sini kami nak habaq". Haa..faham tak dengan ayat di atas tu? Senang je ye. Jangan confuse pula dengan perkataan kami tu sebab orang utara bahasakan diri "saya" tu sebagai "kami".

Memandangkan saya memang berasal daripada Alor Setar, Kedah banyak tempat makan yang best sebenarnya. Kadang-kadang kedai tu macam gerai biasa je tapi masakan ramai, meja penuh & membuatkan orang akan berulang-ulang untuk berkunjung. Saya akan senaraikan 5 tempat makan best di sekitar kawasan Alor Setar yang WAJIB anda cuba bila berkunjung ke sini dan yang pastinya saya pun akan berulang ke tempat makan ini setiap kali pulang ke Kedah.

1.  PAK YA LAKSA TELOK KECHAI

Laksa ni best sebabnya kuah dia lain daripada yang lain yang tak pernah saya jumpa di mana-mana. Menggunakan laksa beras & bahan-bahan lain seperti timun, bawang dan cili padi bagi sesiapa yang sukakan pedas. Tapi...yang paling best laksa ni disertakan sekali bersama "sambal nyok" & hirisan pucuk putat yang dihiris halus. Terbayang-bayang dah ni kesedapannya. Kedainya memang terletak di Jalan Teluk Kechai, Alor Setar. Laluannya menghala ke Jeti Kuala Kedah ke Langkawi. Senang nak cari sebab tepi jalan je.

Gambar Ihsan dari Google

Gambar Ihsan dari Google

2.  NASI ROYALE

Nasi Royal ni macam nasi kandar. Nasi dia berwarna kuning gitu. Kat Alor Setar ni ada banyak cawangan tapi yang paling saya suka makan adalah di Pantai Johor, berdekatan dengan Istana Anak Bukit. Bermacam-macam jenis lauk yang disajikan antaranya daging masak hitam, ayam goreng, ayam masak merah/madu, udamg goreng, ketam goreng dan lain-lain. Yang membuatkan nasi royal menjadi igauan ramai sebab mix & match kuahnya. Nasi Royal ni sangat terkenal sampaikan terpaksa beratur panjang. Tapi jangan risau jika anda ke cawangan ini servisnya adalah tip top & ad juga kedai-kedai lain yang menyediakan makanan tempatan lain.


Pelbagai lauk disediakan di Kedai Nasi Royale

Siap sedia untuk masuk mulut

3.  GULAI PANAS ORI KAK YANG

Gulai ikan temenung (kembung) yang sangat marbeles!!! Tiap kali balik Kedah memang saya & family takkan lepaskan peluang untuk bersarapan di sini. Sarapan pun dah makan gulai ikan ok. Jangan main-main. Lokasinya terletak di Pasar Nelayan, Seberang Kota yang juga di Kuala Kedah. Memang sedap apabila di makan bersama ulam-ulaman & sambal belacan. Kat kedai tu boleh juga request untuk masakan lain misalnya anda membeli udang fresh & ingin makan di situ, then boleh minta Kak Yang masakkan  udang tersebut seperti udang goreng ke, udang masak masam-manis ke tapi akan dikenakan cas berasingan la. Menikmati gulai ikan temenung dengan suasana riuh-rendah di pasar memang best. Anda mesti cuba!!!

Nampak biasa tapi boleh buat bertambah nasi tau
Ni la kedainya Gulai Panas Ori Kak Yang

4.  BURGER GEMILANG

Menyediakan pelbagai jenis western food. Terletak di tepi jalan juga iaitu di Medan Kota, Alor Setar. Senang nak di cari. Sebut je Gemilang semua orang tahu. Burger Gemilang ni juga ada banyak cawangannya tapi saya selalu makan dekat Medan Kota, Jalan Pegawai sahaja. Walaupun namanya Burger Gemilang tapi saya sangat sukakan Chicken Chop nya. Memang sedap & harga berpatutan.
Gambar Ihsan Google: Kedai Gemilang Burger

Gambar Ihsan Google: Burger Daging Special

Gambar Ihsan Google: My Favourite Chicken Chop di Gemilang Burger

5.  MEE SHAREEF & KOTEOW KERANG ZAN

Kedai ni memang kedai favourite saya dari zaman sekolah rendah lagi. Terletak di Jalan Kampung Seberang Perak, Alor Setar. Anda boleh melalui Burger Gemilang untuk sampai ke sini. Saya & emak saya memang sukakan Koteow Kerang Zan ni sebab kerangnya fresh & banyak. Ayah & adik saya pula sukakan Mee Shareef ni. Jadi bila makan di sana memang akan ada 2 pinggan Mee Goreng / Mee Rebus Shareef dengan 2 pinggan Koteow Kerang Zan.
Kedai Koteow Kerang Zan masa ni baru nak buka. Hanya berdepan dengan Kedai Mee Shareef je.
Kedai Mee Shareef
Mee Goreng Yummylicious..

Banyak lagi sebenarnya tempat makan yang menarik di Kedah, terutamanya di Alor Setar ni. Nanti saya blogkan lagi ye agar dapat memberi inspirasi kepada semua food lover samada dari Kedah sendiri ataupun luar daripada Kedah.

Jangan lupa try na!!!

CARA MENINGKATKAN PENGELUARAN SUSU IBU

Saya percaya setiap ibu yang telah bersalin pasti mempunyai impian untuk menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh sehingga mencapai usia sekurang-kurangnya 2 tahun setengah. Ibu-ibu akan mula berasa rungsing & stress bila pengeluaran susu semakin berkurangan di akhir-akhir tempoh berpantang kerana takut hasrat untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada bayi terbantut tambahan pula apabila masa semakin suntuk sebelum memulakan tugasan semula di pejabat setelah bercuti panjang. Jangan stress-stress ye sebab harini saya akan share cara meningkatkan pengeluaran susu ibu melalui pemakanan & petua orang-orang tua.

Saat paling indah ketika menyusukan bayi


Para ibu sepatutnya tidak boleh membiarkan stress menguasai diri kerana stress merupakan salah satu punca pengeluaran susu akan berkurangan. Walaupun saya tidak berpeluang memberikan Hannah susu ibu secara eksklusif suatu masa dulu akibat daripada kekurangan ilmu, saya faham apa yang dirasai apabila susu mulai berkurang. Walaupun anak saya telah diberikan susu formula tetapi saya sangat mengehadkan penggunaan susu formula terutamanya apabila Hannah bersama-sama dengan saya. Apabila saya mula masuk kerja sekalipun saya tetap bekalkan Hannah dengan susu EBM yang saya pam di pejabat & juga dirumah untuk bekalan hari-hari Hannah dirumah pengasuh. Setiap hari saya membekalkan Hannah dengan sekurang-kurangnya 3 botol penuh susu EBM bersaiz 8 oz ke rumah pengasuh. 

Alhamdulillah rezeki Hannah dimurahkan kerana dapat menikmati susu ibu sehingga 2 tahun setengah seperti mana yang saya idam-idamkan selama saya mengandungkan Hannah. Saya juga pernah melalui fasa di mana pengeluaran susu merudum. Salah satu faktor yang saya dapat kenal pasti adalah kerana stress di tempat kerja & mengalami dehidrasi. Selain daripada saya mengambil suplemen penyusuan Shaklee saya juga mengamalkan beberapa petua seperti yang disenaraikan di bawah.

  • Susu
 Banyakkan minum susu sekurang-kurangnya 3 hingga 4 gelas sehari. Pengalaman saya ketika berpantang, saya mengamalkan susu Anmum Lacta ketika sarapan, minum petang & juga sebelum tidur & kadang-kala awal pagi selepas menyusukan Hannah.




  • Nasi panas, halia muda & air asam
Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus yang dicampurkan dengan air asam. Saya juga amalkan petua ini ketika berpantang. Tapi dalam seminggu 2 kali sahaja ibu mertua saya sediakan. Pelbagaikan cara pemakanan untuk berpantang kerana di dalam tempoh berpantang inilah kita boleh reshape semula bentuk badan, mengembalikan tenaga & membuat stok susu ibu dengan banyak sebelum masuk kerja.



  • Longan kering

Rebus segenggam longan kering yang telh dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Kemudian bolehlah diminum. Boleh juga diletakkan bersama gula batu. Saya senderi sukakan minuman ini sehinggalah kini saya masih amalkan walaupun bukan untuk tujuan penyusuan.


Jika anda belum lagi berusaha menggunakan cara & petua di atas, eloklah kiranya anda cuba kerana lain orang lain hasil & penerimaanya terhadap tubuh badan masing-masing. Apa yang paling penting jangan mudah berputus asa & tingkatkan usaha selagi terdaya kerana susu ibu adalah sangat berkhasiat & memberi kebaikan kepada anak-anak anda.
Selebihnya adalah kita serahkan kepada Allah Taala.

Sumber rujukan: Majalah Pa&Ma

Wednesday, November 26, 2014

CARA SAYA ATASI PEDIH ULU HATI TANPA BANTUAN UBAT

Kepada sesiapa yang telah mengikuti penulisan saya ini dari mula mesti anda sudah tahu bahawa saya mempunyai masalah gastrik yang agak teruk sehinggakan kadang-kala kerana tidak tahan dengan sakit saya terpaksa minta doktor untuk berikan ubat gastrik secara suntikan. Hal ini adalah kerana kadang-kala gastrik saya menyerang tanpa simptom atau signal terlebih dahulu membuatkan perut berasa sebu & tegang serta pedih ulu hati sehinggakan tidak mampu untuk berjalan tegak. Hanya melalui suntikan sahaja yang boleh memberi kesan penyembuhan yang cepat iaitu dalam masa 1/2 jam atau 1 jam. Tetapi selepas tepoh 6 jam suntikan pertama saya perlu mengambil ubat gastrik macam biasa sehinggala perut sebu & tanda-tanda gastrik yang lain hilang. Walau bagaimanapun saya mempunyai cara untuk selesaikan masalah ini. Anda nak tahu bagaimana cara saya atasi pedih ulu hati tanpa bantuan ubat??


Alhamdulillah setelah mengenali Shaklee, terdapat beberapa produk Shaklee yang telah saya cuba. Antaranya adalah sepeti Ostematrix, B-Complex, GLA, ESP, Mealshakes, Omega Guard, Lecithin, Alfafa, Zinc Complex & Vitamin C SR. Saya lebih suka untuk bereksperimen terlebih dahulu pada diri sendiri agar mudah untuk saya menerangkan kepada pelanggan nanti. Tidaklah saya terkapai-kapai apabila disoal bermacam-macam soalan daripada pelanggan.

Untuk masalah gastrik yang daya hadapi, disamping SET GASTRIK yang dicadangkan oleh kebanyakan SID seperti dalam entry penawar gastrik ini, saya lebih serasi mengamalkan Alfafa Shaklee bersama dengan Garlic Shaklee. Untuk pengetahuan anda harini merupakan hari pertama saya mencuba Garlic Shaklee & alhamdulillah ianya berkesan pada saya dalam menangani masalah gastrik ini.

Pada tengahari tadi saya hanya mengambil 3 biji Alfafa Shaklee bersama-sama dengan 1 biji Garlic Shaklee. Alhamdulillah ianya berhasil dalam melegakan pedih ulu hati tanpa ubat gastrik yang sememangnya tiada dalam simpanan saya ketika itu. 


BAGAIMANA GARLIC SHAKLEE & ALFAFA SHAKLEE BOLEH MEMBERI KELEGAAN TERHADAP GASTRIK?

  • Salah satu daripada fungsi Garlic Shaklee ini adalah dengan mempertingkatkan sistem penghadaman dengan formula uniknya mampu menyelesaikan masalah kembung perut, gastrik & ketidakhadaman. Ia juga bertindak dalam menstabilkan glukos dalam badan kita.

Garlic Shaklee
 
  • Alfafa Shaklee pula berfungsi untuk memperbaiki sistem penghadaman & membuang angin di dalam badan membuatkan anda akan berasa lega & selesa. Alafafa juga dikenali sebagai agen detoksidikasi yang bagus & boleh diamalkan oleh pesakit gastrik & juga banyak angin di dalam badan.
 
Alfafa Shaklee

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut terhadap eksperimen saya bersama Shaklee ataupun hasil yang saya peroleh daripada 2 produk yang dinyatakan di atas anda bolehlah hubungi saya segera.


Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

Tuesday, November 25, 2014

RESIPI SPAGHETTI CARBONARA SENANG & CEPAT

Hari ni saya nak berkongsi 1 resipi Spaghetti Carbonara yang senang & cepat untuk di masak. Sangat sesuai untuk wanita bekerjaya yang berkejar masa untuk kerja-kerja rumahtangga setelah menjejak kaki masuk ke rumah. Perkara yang paling susah untuk difikirkan semestinya adalah menu apa nak dimasak untuk makan malam. Jika suami atau anak-anak adalah golongan yang tidak makan malam memang selamatlah kan.

Bagi saya pula En. Husband jenis yang tak kisah untuk makan malam. Jikalau saya masak dia akan makan & kalau saya tak masak dia akan bungkuskan makanan. Tapi lately memang dah tersangat boring untuk makan di luar atau makanan berbungkus sebabnya di pejabat pun dah makan makanan kedai kan. So, balik rumah sedaya-upaya saya akan cuba sediakan makan malam walaupun sekadar roti bakar kecuali kalau balik dari kerja pun dah lewat, kadang-kadang kami makan juga di kedai mengenangkan Hannah yang sorang tu takut dia lapar.

Resipi yang nak saya kongsikan ni sangat simple. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ada dalam peti ais sahaja. Untuk pengetahuan semua saya pun baru first time cuba resipi ni memandangkan ada lagi 1 tin sos carbonara Prego yang belum di guna. Sumber resipi saya google je dari merata blog resipi yang ada & lastly saya mix & match kan dengan barang-barang masakan yang saya ada. Yang pastinya olahan yang saya buat terhadap resipi tu mendapat pujian En. Husband. Siapa lagi nak puji isteri selain dari suami kan..kan..kan.. Check it out the ingredients jom!


RESIPI SPAGHETTI CARBONARA SENANG & CEPAT

Bahan-bahan:

Minyak / mentega untuk menumis (kuantiti ikut keperluan)
Spaghetti (Ikut suka jenis mana & brand apa)
 
Saya menggunakan Spaghetti San Remo

Bawang putih yang dicincang
Bawang Holland (dipotong dadu)

Saya hanya menggunakan sebiji bawang Holland yang besar & seulas bawang putih

Sosej
Saya menggunakan 6 ketul sosej

Daging cincang
Meatball
 
Saya menggunakan daging cincang keluaran AZMY & Meat Ball keluaran RAMLY

Sos carbonara Prego



Fresh Milk / Susu Penuh Krim



Cara penyediannya:
  1. Panaskan kuali. Masukkan minyak atau mentega. Setelah minyak panas / mentega cair masukkan bawang putih & bawang Holland tadi. Tumis hingga kekuningan & naik bau.
  2. Kemudian masukkan daging cincang. Boleh masukkan sedikit air untuk memastikan daging cincang tersebut masak dengan betul.
  3. Setelah itu masukkan meatball yang telah siap direbus untuk menjimatkan masa memasak. Kacau sebati dan kemudiannya bolehlah masukkan sos carbonara Prego.
  4. Kacau sebati & masak sehingga menggelegak. Masukkan susu sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda. Jika anda suka sos carbonara yang pekat masukkan sedikit sahaja susu, manakala jika anda sukakan sos yang agak cair bolehlah masukkan 1 kotak susu seperti dalam gambar yang saya sediakan di atas.
  5. Kacau sebati. Masukkan pahan perasa mengikut selera anda.
  6. Tutup api & siap!! Bolehlah dihidangkan bersama spaghetti yang direbus tadi.

Tadaaa!!Dah siap Spaghetti Carbonara saya.


Selamat menjamu selera

Tips mudah: Sementara menunggu sos carbonara siap bolehlah anda rebuskan spaghetti mengikut kuantiti keperluan anda berserta dengan sedikit minyak untuk mengelakkan spaghetti melekat serta sedikit garam.


~SELAMAT MENCUBA~

Sunday, November 23, 2014

KARNIVAL UPIN IPIN DI PICC PUTRAJAYA

Alkisah throwback cerita semalam yang mana saya & suami berpeluang membawa Hannah ke Karnival Upin Ipin di PICC Putrajaya semalam.

KARNIVAL UPIN IPIN

Cadangnya nak ke sana awal pagi sebab nak sampai ke sana sebelum tengahari. Tapi biasa la nama pun hari minggu kan..settle sarapan dalam jam 11 lebih barulah bertolak ke sana menggunakan pertolongan En. GPS & Waze.

Dalam perjalanan ke PICC, Putrajaya


Hannah sangat behaved sepanjang perjalanan sehingga ke sampai rumah. Alhamdulillah

Sampai di sana dah jam 12.30 tengahari & semestinya parking adalah full. Nasib agak baik bila mana ada ruang parking yang kosong walaupun agak jauh terpaksa juga parking di situ sebab tiada jaminan parking akan ada jika meneruskan perjalanan sehingga berdekatan PICC tersebut. Ini adalah disebabkan banyak event di adakan di PICC antaranya adalah Majlis Konvokesyen Kolej MAHSA. Dari tempat parking kami boleh nampak ye betapa penatnya kami akan menapak ke PICC tu & semestinya berat boleh turun barangkali dalam 2kg gitu.

Haaa...jauh kan nak berjalan masuk ke PICC

Demimu anak, saya tak kisah pun walau terpaksa berjalan di tengah panas, mendaki bukit yang tinggi, bersesak-sesak dengan lautan manusia kerana yang penting adalah untuk menggembirakan hati Hannah. Lagipun dah lama babahnye asyik bekerja pada hari minggu. Sekali-sekala bila bercuti pada hari minggu wajiblah manfaatkan dengan sebaik mungkin. Hannah baik jek duduk atas buggy, sebab tu dia tak meragam sebab tak penat & tak panas.

Muka happy nak tengok Upin Ipin

So, nasihat saya kalau anda nak ke event yang besar-besar & crowded macam ni eloklah kiranya anda membawa bersama stroller @ buggy, kipas & air masak yang mencukupi untuk mengelakkan anak anda meragam. Setelah penat mendaki bukit yang tinggi sampai ke PICC kena meredah lautan manusia pula untuk naik lif.


Inilah bukitnya..tinggi tau!!


Apabila sampai ke tempat yan dituju memang perlukan kesabaran pada tahap palin maksimum untuk melalui lautan manusia & memasuki ke dalam dewan tempat penganjuran Karnival Upin & Ipin itu. Terpaksa pasrah & redha meninggalkan buggy Hannah diluar dewan sebab memang takde ruang nak bawa masuk. Suasana dalam dewan ibarat macam lirik lagu ni.."senyum..tak perlu kata apa-apa" sebabnye memang penuh dengan orang ramai & booth-booth Upin Ipin dan lain-lain.

Masa ni jam lebih kurang 1 lebih tengah ada show Ultraman.

Saya hanya mampu membontoti En. Husband manakala Hannah didukung oleh babahnya. Alhamdulillah berkat kesabaran kami dapat juga tempat di depan pentas pertunjukkan. Seronok habis Hannah dapat tengok Upin Ipin & Kawan-kawan serta Ultraman depan matanya walaupun selama ni dia tak pernah minat dengan Ultraman. 

Maskot Upin Ipin

Sebenarnya masa pertunjukkan Ultraman adalah pada jam 1 tengahari & 4 petang. Tapi disebabkan sukar untuk mendapat tempat jadi kami hanya berlegar di dalam dewan sahaja selama beberapa jam tersebut. 

Hannah dalam cubaan untuk bersalaman dengan maskot tapi tak bepeluang

Saya sangat gembira & sebak di hati sebab dapat membahagiakan Hannah. She really enjoyed!! Hannah langsung tak merengek atau merungut ketika di karnival. Nampaknya nanti boleh bawa Hannah lagi ke event seperti ini. Banyak aktiviti yang diadakan sebenarnya seperti sesi bersama Kak Ros, acara mengambil gambar bersama Maskot & games yang diadakan oleh Team Banana TV9.
 
Di akhir persembahan Ultraman sempat bergambar di atas pentas utama

Kesimpulannya..apabila anak happy, parents pun akan lebih happy sebab dapat tunaikan permintaan anak-anak. Apa yang palin penting ibu bapa perlu sentiasa memegang tangan anak & jangan biarkan mereka bergerak sendiri walaupun sudah boleh berdikari kerana keadaan yang sesak dengan orang ramai boleh membuatkan anak-anak hilang dari pandangan sekelip mata. Bagi saya ini adalah pertama kali saya membawa Hannah ke event yang sesak macam ni tapi Hannah really a good girl, behaved & sangat memberi kerjasama, then i think saya boleh membawanya ke event lain pula selepas ini. In shaa Allah..

RASA MUDA & JADI MUDA DENGAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

SHAKLEE COLLAGEN POWDER merupakan suplemen kolagen yang unggul yang mengandungi 4,000 mg KOLAGEN RSS (Sisik Ikan Merah) proprietri iaitu sejenis kolagen tulin & bermutu tinggi yang diekstrak dari Sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular iaitu sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) yang amat mudah diserap oleh tubuh & membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapidan dermis dengan berkesan.


SHAKLEE COLLAGEN POWDER

NAK TAHU TAK APA RAMUAN UTAMA SHAKLEE COLLAGEN POWDER NI???

1. Kolagen dari sisik ikan merah
2. Ekstrak biji Camellia Japonica
3. Ekstrak Pfaffia
4. Elastin dari Kolagen Ikan
5. Vitamin B & C
6. Ekstrak Kekerang
7. Lactobacillus Acidophilus

KENAPA KITA PERLUKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER???

Semakin meningkat usia semakin kurang kolagen yang dihasilkan oleh badan kita. Walau bagaimanapun umur bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen menjadi lebih cepat akibat daripada faktor luaran juga seperti matahari, radikal bebas di udara, air & nutrisi, merokok & lain-lain.

Oleh sebab itulah anda disarankan untuk mengambil Shaklee Collagen Powder yang mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi & memperlahankan kehadiran kedutan pada wajah.

MANFAAT UTAMA SHAKLEE COLLAGEN POWDER 

1.  Tampak lebih muda
  • Kolagen bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut & merangsang pertumbuhan semula.
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih kan hilang & pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  • Kulit kering akan beransur pulih & elastisiti akan bertambah baik. Kulit yang luka juga akan pulih dengan cepat & ini akan membantu mengurangkan parut.
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan seperti kulit kusam & berkedut, kulit tangan & kaki yang bersisik & kering.

2.   Rasa lebih muda
  • Kolagen juga adalah sangat penting untuk tulang seperti juga tulang yang memerlukan kalsium.  
  • Kolagen membantu menguatkan tulang & mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
  • Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan & geseran disendi-sendi.
  • Kolagen juga baik untuk mata kerana kornea memerlukannya & ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • Memastikan otak sentiasa sihat. Kolagen amat penting untuk memastikan otak sentiasa dalam keadaan baik walaupun umur anda semakin meningkat.
Wowwww..istimewa kan Collgen Powder dari Shaklee??? Anda mesti cuba sendiri untuk merasakan keberkesanannya. 


Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

Friday, November 21, 2014

PANDUAN MENGATASI RASA SAKIT KONTRAKSI

Bagi ibu-ibu muda yang baru pertama kali mengandung & merasai detik-detik melahirkan akan mudah berasa panik & takut. Jangan risau kerana malam ni saya nak share sedikit tentang panduan mengatasi rasa sakit ketika kontraksi. Diharapkan info ini dapat membantu para bakal ibu..

CARA ATASI KESAKITAN KONTRAKSI

1. Banyakkan membaca ayat suci Al-Quran atau berselawat ke atas Nabi SAW bagi yang beragama Islam. Antara doa yang baik dibaca ialah doa Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan paus.

2. Bertenang & cuba bersandar pada sesuatu seperti kerusi berkusyen atau bantal yang tebal.

3. Apabila kontraksi menyerang, tarik nafad sedalam-dalamnya. Kemudian, hembus nafas keluar perlahan-lahan. Ulangi langkah sama sehingga rasa sakit hilang.

4. Minta suami urut perlahan-lahan di bahagian belakang ketika kesakitan berlaku. Elakkan urutan di bahagian pinggang kerana ia akan menambahkan lagi kesakitan.

5. Kesakitan akibat kontraksi boleh dikurangkan dengan mengiring ke sebelah kiri. Cara ini tidak akan mengganggu pengaliran darah ke jantung.

6. Amalkan teknik pernafasan LAMAZE yang dapat melegakan ketegangan otot pelvis. Ia merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang boleh dipelajari di dalam kelas antenatal.

Bermula dari usia kandungan anda 37 minggu, ada segelintir wanita hamil akan mula mengalami kesakitan kontraksi. Saya juga mengalami kontraksi pada usia kandungan 38 minggu.Walau bagaimanapun saya dapat melahirkan Hannah dengan usia kandungan 40 minggu.

Apa yang penting anda & suami perlu bersedia dari segi mental & fizikal sedari awal kehamilan lagi untuk mengelakkan situasi panik berlaku. Cuba mendaftar & mempelajari teknik-teknik tertentu dalam kelas antenatal. Hasilnya nanti anda mesti merasa teruja menanti kelahiran bayi anda nanti.

Thursday, November 20, 2014

ATASI STRESS DI TEMPAT KERJA SEBELUM ANDA DISERANG SAKIT JANTUNG!

Setiap dari kita yang bekerja pasti akan merasa tekanan atau stress tersendiri bergantung kepada cara kerja, persekitaran & suasana kerja itu sendiri. Tapi kalau tiada tekanan kita akan sentiasa merasa selesa yang mana mungkin akan menyebabkan mutu kerja akan berada di tahap sama walaupun setelah 5 tahun berkhidmat di tempat yang sama. Walau bagaimanapun, anda perlu atasi stress di tempat kerja ini sebelum anda diserang penyakit jantung. Haaaa...ngeri ok!!

Keadaan stress yang melampau

Pengenalan mengenai stress & tanda-tanda stress perlu anda ketahui agar tekanan yang dilalui dapat diselesaikan dengan baik. Stress di tempat kerja kemungkinan besar disebabkan oleh skop kerja yang bercanggah, suasana tempat kerja yang tidak selesa, mempunyai bos yang tidak memahami & tidak bertolak-ansur, rakan-rakan yang tidak membantu dan sebagainya.

CARA MENGATASI STRESS DI TEMPAT KERJA

 

1.  Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
  • Akui kekuatan & kelemahan dalam diri anda kerana sebagai seorang manusia biasa kita adalah tidak sempurna.
  • Bersikap positif semasa melaksanakan pekerjaan anda.
  • Didik diri anda supaya merasa seronok terhadap kerja & lakukan yang terbaik terhadap kerja tersebut.

2.  Rancang Kerja Anda
  • Anda perlu mengendalikan masa dengan betul.
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting.
  • Jangan bertangguh kerja
  • Elakkan daripada membawa balik sebarang tugasan  di rumah.
  • Mengagihkan kerja dengan bijak.

3.  Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
  • Melihat masalah dengan rasional & merancang penyelesaian secara sistematik.
  • Menyenaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya.
  • Ambil tindakan secara wajar.

4.  Mempunyai Sikap Yang Betul
  • Bersikap positif terhadap perubahan kerja
  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur & realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku.

5.  Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
  • Amalkan sikap tegas bukan garang.
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas & jelas.
  • Hormati rakan sekerja anda.

6.  Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja.
  • Senaraikan individu & organisasi yang dapat membantu anda & rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah.
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar.
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.

7.  Amalkan Cara Hidup Sihat 
  • Luangkan masa untuk beriadah.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi.
  • Bersenam selalu.
  • Bercuti
  • Amalkan nilai-nilai murni & berpegang teguh pada ajaran agama.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...