Keadaan stress yang melampau |
Pengenalan mengenai stress & tanda-tanda stress perlu anda ketahui agar tekanan yang dilalui dapat diselesaikan dengan baik. Stress di tempat kerja kemungkinan besar disebabkan oleh skop kerja yang bercanggah, suasana tempat kerja yang tidak selesa, mempunyai bos yang tidak memahami & tidak bertolak-ansur, rakan-rakan yang tidak membantu dan sebagainya.
CARA MENGATASI STRESS DI TEMPAT KERJA
1. Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
- Akui kekuatan & kelemahan dalam diri anda kerana sebagai seorang manusia biasa kita adalah tidak sempurna.
- Bersikap positif semasa melaksanakan pekerjaan anda.
- Didik diri anda supaya merasa seronok terhadap kerja & lakukan yang terbaik terhadap kerja tersebut.
2. Rancang Kerja Anda
- Anda perlu mengendalikan masa dengan betul.
- Beri keutamaan pada kerja yang penting.
- Jangan bertangguh kerja
- Elakkan daripada membawa balik sebarang tugasan di rumah.
- Mengagihkan kerja dengan bijak.
3. Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
- Melihat masalah dengan rasional & merancang penyelesaian secara sistematik.
- Menyenaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya.
- Ambil tindakan secara wajar.
4. Mempunyai Sikap Yang Betul
- Bersikap positif terhadap perubahan kerja
- Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur & realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku.
5. Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
- Amalkan sikap tegas bukan garang.
- Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas & jelas.
- Hormati rakan sekerja anda.
6. Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
- Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja.
- Senaraikan individu & organisasi yang dapat membantu anda & rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah.
- Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar.
- Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.
7. Amalkan Cara Hidup Sihat
- Luangkan masa untuk beriadah.
- Dapatkan tidur yang mencukupi.
- Bersenam selalu.
- Bercuti
- Amalkan nilai-nilai murni & berpegang teguh pada ajaran agama.
No comments:
Post a Comment