Friday, November 28, 2014

10 TIPS UNTUK DAPATKAN TIDUR YANG LENA




Assalamualaikum & selamat petang semua. Petang ni hujan turun membasahi Kelana Jaya. Rasa sejuk sampai ke tulang ditambah lagi dengan kesejukan aircond. Kalau di rumah ni memang sedap berselimut di atas katil tapi apakan daya bagi individu berkerjaya perlu melangsaikan tugasan hari ini sebelum memikirkan tilam & bantal. Menghitung masa nak tunggu waktu bekerja tamat. Namun begitu, anda perlu tahu yang tidur itu tak semestinya lena. Akibatnya badan akan terasa berat & keletihan. Pada petang yang dingin ini saya nak berkongsi 10 tips untuk mendapatkan tidur yang lena.

TIPS UNTUK MENDAPATKAN TIDUR YANG LENA

  1. Tidur yang berjadual - Jika anda sudah terbiasa tidur pada jam 10 malam, pastikan anda tidur pada waktu yang sama pada malam-malam berikutnya supaya tubuh anda terbiasa dengan waktu tersebut & membuatkannya sentiasa bersedia untuk tidur pada waktu itu. 
  2. Jangan melakukan senaman pada waktu malam kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih cepat & anda tidak akan boleh tidur.
  3. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur. Seeloknya anda hendaklah berhenti makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur. Hal ini dapat memberi keselesaan pada perut anda.
  4. Jauhi alkohol, nikotin & kafein sekurang-kurangnya 5 hingga ke 6 jam sebelum tidur. Tapi kalau badan jenis yang tak 'lut' pada minuman yang berkafein seperti nescafe & kopi contohnya memang mudah untuk tidur juga.
  5. Bagi individu yang bekerja di waktu pejabat, biasakan tidur pada waktu malam sahaja. 
  6. Pastikan bilik tidur anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Jika boleh, biarkan tingkap bilik anda terbuka sedikit untuk membolehkan udara masuk.
  7. Sebelum tidur, mandi menggunakan air suam, baca buku atau mendengar muzik kegemaran yang bernada lembut.
  8. Cuba sapukan krim pelembap pada bahu, leher & kaki untuk meredakan tekanan pada siang harinya.
  9. Jangan sesekali mengharapkan pada ubat-ubatan atau dadah untuk melegakan insomnia. Pengambilan teh atau susu suam bersama madu adalah lebih baik.
  10. Ketika tidur, sebaiknya letakkan kaki pada bantal yang lembut. Ini dapat melegakan keletihan & mendapatkan tidur yang lena.
Tidur yang lena juga boleh menjadikan kita lebih aktif & positif setelah bangun dari tidur. Untuk dapatkan tidur yang lena tak semestinya perlukan kuantiti 8 jam yang mencukupi. Apa yang lebih penting adalah kualiti tidur tersebut. Agak sukar untuk kita dapatkan tempoh masa 8 jam untuk tidur sebenarnya. 

Selain dari itu, tidur yang lena & berkualiti boleh membuatkan wajah kita lebih awet muda. So, apa lagi..jom sama-sama kita amalkan tidur yang berkualiti.

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...