Kenal Tak Daun Inai Ni Macam Mana?
Ihsan Google: Ni la pokok/daun Inai |
Selain daripada itu, inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi tau. Inai atau nama saintifiknya "Lawsonia Inermis" merupakan sejenis pokok yang mengandungi nilai ubatan yang tinggi pada daunnya.
Hal ini adalah kerana daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid & asid henotanik. Asid henotanik ini akan menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ianya adalah disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit & keratin pada kuku & rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik & linoleik.
Selain itu, pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tingggi terutama pada daunnya. Telah berkurun lamanya inai ini digunakan untuk tujuan perubatan.
Antara Kegunaan Inai
- Berfungsi sebagai agen penyejuk
- Digunakan untuk menyembuhkan luka & kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian tumbuk daun hingga hancur. Selepas itu sapukan pada tempat yang sakit.
- Digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar & inai kering yang dicincang.
- Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula mampu menyembuhkan luka-luka semasa berkhatan, bisul, penyakit-penyakit kulit & sengal-sengal tulang.
- Merawat kebotakan dengan cara merebus minyak sawi bersama daun inai kemudian sapukan ramuan tersebut di kepala.
- Air daun inai pula baik sebagai bahan astrigen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik seterusnya dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan.
- Mampu merawat haid yang berlebihan & keputihan.
- Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.
- Kulit pokok inai dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis (penyakit kuning) yang selalu dihidapi oleh bayi-bayi yang baru lahir & hati membengkak.
- Kulit pokok inai juga mampu merawat cirit-birit.
- Bunga inai pula boleh melegakan sakit kepala akibat cuaca panas dengan cara meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepala.
Sumber
No comments:
Post a Comment