Kesinambungan dari cerita Part 1 Alhamdulillah syukur dipanjatkan pada Allah Taala atas kelancaran majlis pada hari tersebut. I'm happy for you my sis in law. Tahun depan In shaa Allah dapat la saya biras baru.
Ok...nak cerita sikit tentang persiapan majlis pertungan adik ipar saya ni yang mana kebanyakannya adalah DIY dari adik ipar saya & seisi keluarga la secara amnya. daripada kerja-kerja menghias hantaran, pelamin dan bilik semuanya adalah DIY. Tapi lupa pulak nak kira berapa dulang hantaran yang disediakan. Ipar duai saya ni memang kreatif & masak hoookey..
|
Hantaran Untuk Pihak Lelaki. |
|
Pelamin Ala Inggeris DIY dari biras saya |
Masak-memasak pun we all bekerjasama sesama ahli keluarga & jiran-jiran. Gambar makanan pun lupa nak ambil sebab saya memang tak pegang sangat kamera. Tapi menu hari tu memang TIPTOP masakan kampung yang merupakan kegemaran saya juga seperti Gulai Nangka, Ayam Masak Merah, Daging Masak Gulai Kawah, Sambal Tempoyak, Sambal Belacan, Ulam-ulaman, Ikan Masin & Ikan Goreng & yang paling best semestinya lah Kerabu Taugeh dengan Pucuk Paku dan Kerang.
Sebelum majlis pertunangan dijalankan, pada pagi tersebut diadakan juga majlis marhabban untuk 2 cucu baru keluarga mertua saya iaitu anak kepada abang ipar saya.
|
Hannah Bersama 2 Sepupu Barunya |
Rombongan keluarga sebelah lelaki datang pada jam lebih kuran 12.30 tengahari disertai dengan cuaca yang cerah. Proses perbincangan berjalan lancar yang kadang-kala terselit gelak tawa gurauan daripada wakil keluarga kedua-dua belah pihak. Teringat pula majlis pertunangan sendiri. Hehehe..
|
Perbincangan Antara Kedua Belah Pihak |
Setelah itu, majlis sarung cincin pula menyusul yang dilaksanakan oleh bakal ibu mertua adik ipar saya semestinya. After settle bahagian itu, pihak lelaki dijemput untuk makan & kami yang tinggal ni apa lagi kerjanya selain daripada fotografi, selfie, wefie..hahaha..Semua pantang nampak kamera. Hannah pun sama naik dengan cousin-cousin nye.
|
My Gorgeous SIL Semasa Acara Menyarung Cincin |
|
Gambar Tuan Blog Mesti La Kena Ada Kan.. Tengok Je La Aksi Nakal Hannah Depan Kamera..Hehehe |
|
With Baby Izzara Rania Rose Yang Masih Dalam "Hari" |
|
Hannah dengan Kakak Farah |
|
Sesi Mendengar Perbincangan Tetapi Ada Orang Selfie Pulak |
Alhamdulillah selepas semua majlis selesai hujan pun turun dengan selebat-lebatnya. Hujan rahmat kan. Semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin. Harungi tempoh pertunangan ini dengan kesabaran.
~SELAMAT BERTUNANG ADIK SHIDA & FAHEEM~
No comments:
Post a Comment