Monday, November 10, 2014

15 TIP ELAK RAMBUT KUSUT

Bagaimanakah Caranya?

Kanak-kanak & orang dewasa pastinya pernah alami situasi seperti dalam gambar kan..

1. Ajari anak anda supaya menyikat rambut terutama sekali selepas bangun tidur.

2. Menggunakan syampu khas untuk kanak-kanak yang mengandungi bahan anti kusut.

3. Amaun penggunaan syampu perlu dipastikan sepertimana yang disarankan iaitu antara 1 hingga 2 sudu kecil setiap kali digunakan.

4. Pastikan syampu dicampur terlebih dahulu dengan air kerana jika syampu terlalu pekat akan menyebabkan rambut kering & mudah kusut.

5. Semasa mencuci rambut perlu elakkan dari mengumpulkan rambut menjadi satu tompokan bulat sebaliknya cucilah rambut pada kedudukan asal.

6. Keringkan rambut menggunakan tuala yang menyerap air. Elakkan menggosok rambut terlalu kuat ketika mengeringkannya.

7. Mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut adalah alternatif.

8. Bagi rambut kerinting, disarankan untuk menggunakan sikat yang sesuai iaitu yang bergigi jarang.

9. Jika rambut si manja panjang, jalinkan rambutnya sebelum tidur.

10. Sapuan sedikit minyak bayi pada rambut mampu mengelakkan kekusutan
Diharapkan tips yang diberikan ini mendapat manfaat untuk semua.

Sedikit sebanyak info yang dikongsikan ini diharapkan dapat memberi manfaat buat semua. Sebagai ibu bapa kita perlu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini agar anak-anak kitak tidak mengalami fobia untuk menyikat rambut.


No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...