Tuesday, November 11, 2014

PELAN DIET DETOX SECARA SIHAT

TREND DIET DETOX

Sedapnya tengok jus untuk diet detox ni tapi perlu kenal pasti samada anda sesuai atau tidak untuk mengamalkannya

Diet detox kini menjadi salah satu trend diet secara sihat & semulajadi. Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet cara ini mempunyai tujuan utama untuk mengempiskan perut. Untuk trend diet ini terdapat sekurang-kurangnya 8 peraturan wajib dipatuhi seperti:

  1. Minum jus lemon setiap pagi sebelum sarapan untuk membersihkan & melancarkan sistem pencernaan.
  2. Selalu bersenam selama 1 jam setiap hari. Aktiviti fizikal yang dilakukan haruslah serius & banyak menggunakan tenaga.
  3. Ambil makanan yang segar setiap hari seperti salad buah @ sayur.
  4. Selain membersihkan toksin dalam tubuh,diet detoks sepatutnya juga mampu membunag 'toksin' dari fikiran. Jadi anda perlu ambil masa sekurang-kurangnya 15 minit setiap  hari untuk meditasi, tenang & lapangkan fikiran.
  5. Berusaha untuk minum 3 Liter air setiap hari, samada air putih, jus buah, jus sayur @ teh herba.
  6. Maksimumkan diet detox dengan membersihkan tubuh secara bersungguh-sungguh, sepertu urut di bahagian-bahagian tertentu pada tubuh untuk melancarkan peredaran darah.
  7. Amalkan mengunyah  makanan 10 hingga 12 kali sebelum menelannya. Dengan makan secara perlahan-lahan perut akan cepat kenyang  & tidak menimbulkan kebiasaan makan berlebihan.
  8. Jangan lakukan diet detox jika sedang hamil, menyusukan bayi , sudah berusia lanjut, mengalami tekanan darah tinggi, berat badan terlalu rendah atau masalah khusus lain sebagaiman yang disarankan oleh doktor.

 

PERKARA YANG PERLU DIHINDARI UNTUK DIET DETOX

  • Alkohol
  • Rokok
  • Produk berasaskan susu
  • Gula
  • Madu
  • Pemanis buatan
  • Kopi
  • Gandum & segala jenis produk hasilnya
  • Buah Kering
 

NIKMATILAH...

  • Segala jenis buah-buahan
  • Segala jenis sayur-sayuran segar
  • Ikan
  • Daging merah tanpa lemak
  • Daging ayam tanpa kulit
  • Telur
  • Minyak zaitun
  • Kekacang & biji-bijian
  • Teh hijau / putih & hitam
  • Air putih 

~SELAMAT MENCUBA & MENGAMALKANNYA~

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...