Tuesday, November 4, 2014

KELUARGA HOKI

Apa kena-mengena hoki dengan saya? Sesiapa yang kenal saya mesti tahu yang saya tak minat sukan. So, macam mana saya boleh tersangkut dengan hoki?

Panjang ceritanya, tapi dipendekkan cerita, family sebelah En. Husband saya ni baik yang lelaki atau perempuan semuanya ada sejarah sukan masing-masing terutamanya hoki termasuk En. Husband saya juga pemain hoki untuk sekolahnya. Sayangnya minat & skill nya tu tak dapat diteruskan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi akibat kekangan kewangan.

So, dalam ramai-ramai adik-beradik En. Husband, abangnya iaitu Roslan Jamaluddin (RJ) & adik bongsunya iaitu Izad Hakimi Jamaluddin (IH) adalah antara pemain hoki pasukan Malaysia di mana RJ bermain di posisi penjaga gol dan IH sebagai defender. Hahaha.. ni kalau salah fakta ni mesti kena tembak nanti (maafkan saya yang tak berapa pandai dalam sukan ni).

Sejak dari zaman bercinta lagi saya dah didedahkan dengan hoki. So, secara tak langsung minat tu timbul tapi sekadar untuk jadi penonton sahaja la. So, until now saya masih mengikut En. Husband jika ada games yang melibatkan RJ dan juga IH.

Seperti Ahad lepas, sampai lagi kami ke Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan pertama antara TNB dengan THT yang mana IH ada bermain untuk pasukan TNB. Selepas maghrib kami setia di stadium untuk menyaksikan RJ beraksi bersama pasukan KLHC yang berentap dengan Maybank.

Actually, saya tak pandai nak komen pasal perlawanan tapi yang pasti suara hilang sekejap selepas games sebab banyak sangat menjerit. Sebagai tanda sokongan la katakan. Jom kita cuci mata dengan suasana di sana.

Jersi Merah Mewakili Pasukan TNB

Jersi Putih Mewakili Pasukan THT



Gelagat Hannah Dengan Kak Farah Di Stadium

Keadaan Sebelum Perlawanan KLHC vs Maybank


No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...