Sunday, November 16, 2014

MENYEGARKAN BADAN DENGAN URUTAN

Harini hari menyegarkan badan sebab En. Suami dah bagi green light untuk pergi berurut. Sebenarnya dah lama plan & merisik bagai dengan akak Salina ni. Tapi banyak kali juga cancel disebabkan banyak urusan yang tidak dapat dielakkan.

Tapi harini tertunai juga hajat nak memanjakan diri. Tak dapat gi spa dapat g berurut pun sedap sebenarnya.. Rasa ringan badan & segar jek. Di samping mengamalkan suplemen Shaklee, urutan juga penting untuk memastikan fungsi badan berjalan dengan lancar. Terutama bagi kaum wanita yang bekerja 8 ke 10 jam sehari, dalam perjalanan pulang dari pejabat pula terpaksa mengadap jammed, sesampai di rumah pula kita perlu menjalankan tanggungjawab rumahtangga membuatkan badan menjadi terlalu letih sebenarnya sebab kita telahpun menggunakan tenaga semaksimum yang mungkin dalam sehari.

Jadi, tak salah kiranya kita membelai badan kita sekali-sekala dengan urutan, lulur mahupun bertungku. Dari hari Jumaat lagi saya telahpun buat appointment dengan Kak Salina yang tinggal di Taman Anggerik, Bukit Sentosa ini untuk pakej urutan & juga bertungku. Sedap sangat rasa bila dapat berurut satu badan & juga bertungku. 2 jam masa di ambil untuk selesaikan 2 sesi tersebut. Nasib la Hannah pandai membawa diri & berkawan dengan anak bongsu Kak Salina. Dapatlah saya menikmati urutan & bertungku dengan aman walaupun kadang kala Hannah datang juga menjengah.

Dengan berurut dapat me'rileks'kan minda & badan

Di sini saya senaraikan kebaikan mengurut yang sememangnya baik untuk kesihatan dalaman & juga luaran.

KEBAIKAN MENGURUT

  • Dapat membantu untuk menghuraikan @ melepaskan simpulan-simpulan urat
  • Dapat membantu mengendurkan ketegangan urat saraf & otot- otot badan
  • Dapat membantu melancarkan perjalanan darah
  • Dapat membantu memberi ketenangan kepada tubuh badan
  • Dapat membantu untuk mengelakkan daripada penyakit tertentu.
Jika anda ada masa terluang cuba-cubalah untuk pergi berurut. Sudah pasti anda akan merasa ketenangan & keselesaan untuk menjalani hari-harian anda.

 

Jika anda yang tinggal di sekitar Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rawang, Rasa, Serendah, Sungai Buaya & sekitarnya yang ingin mendapatkan perkhidmatan urutan, sauna, rawatan muka dan yang berkaitan daripada Kak Salina bolehlah hubungi beliau di 012-2773051.


No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...