Bila bercerita pasal bertungku ni teringat pula masa berpantang dulu. Lebih-lebih lagi bila proses bertungku tu dilakukan oleh ibu sendiri. Sedapnya rasa badan bila selesai proses bertungku. Rasa segar & ringan badan ni. Proses bertungku ni kalau dapat dilakukan selalu sangat baik utuk pengaliran darah keseluruh badan & akan menjadi bertambah best bila mana tungku tersebut di balaut dengan kain batik & diletakkan bersama daun-daun herba atau ubatan yang wangi seperti daun serai wangi, daun pandan dan lain-lain.
Untuk pengetahuan semua proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
KELEBIHAN BERTUNGKU
* Membantu menghilangkan pening dan migrain
* Melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
* Membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar
* Mengeluarkan angin dan darah toksid serta melancarkan peredaran darah tersumbat
* Membantu meringankan tubuh dan menajamkan penglihatan
* Membantu memecahkan lemak, kolestrol, megeluarkan peluh dan melegakan demam
* Membantu melegakan ketegangan urut leher, stress, belikat, pinggang dan urut sendi di kaki
Untuk merasai kelebihan bertungku seperti di atas, rajin-rajinkan diri untuk bertungku tidak hanya ketika waktu berpantang sahaja tetapi pada setiap masa yang dirsakan perlu.
~SELAMAT MENCUBA~
No comments:
Post a Comment