Bagi ibu-ibu muda yang baru pertama kali mengandung & merasai detik-detik melahirkan akan mudah berasa panik & takut. Jangan risau kerana malam ni saya nak share sedikit tentang panduan mengatasi rasa sakit ketika kontraksi. Diharapkan info ini dapat membantu para bakal ibu..
CARA ATASI KESAKITAN KONTRAKSI
1. Banyakkan membaca ayat suci Al-Quran atau berselawat ke atas Nabi SAW bagi yang beragama Islam. Antara doa yang baik dibaca ialah doa Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan paus.
2. Bertenang & cuba bersandar pada sesuatu seperti kerusi berkusyen atau bantal yang tebal.
3. Apabila kontraksi menyerang, tarik nafad sedalam-dalamnya. Kemudian, hembus nafas keluar perlahan-lahan. Ulangi langkah sama sehingga rasa sakit hilang.
4. Minta suami urut perlahan-lahan di bahagian belakang ketika kesakitan berlaku. Elakkan urutan di bahagian pinggang kerana ia akan menambahkan lagi kesakitan.
5. Kesakitan akibat kontraksi boleh dikurangkan dengan mengiring ke sebelah kiri. Cara ini tidak akan mengganggu pengaliran darah ke jantung.
6. Amalkan teknik pernafasan LAMAZE yang dapat melegakan ketegangan otot pelvis. Ia merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang boleh dipelajari di dalam kelas antenatal.
Bermula dari usia kandungan anda 37 minggu, ada segelintir wanita hamil akan mula mengalami kesakitan kontraksi. Saya juga mengalami kontraksi pada usia kandungan 38 minggu.Walau bagaimanapun saya dapat melahirkan Hannah dengan usia kandungan 40 minggu.
Apa yang penting anda & suami perlu bersedia dari segi mental & fizikal sedari awal kehamilan lagi untuk mengelakkan situasi panik berlaku. Cuba mendaftar & mempelajari teknik-teknik tertentu dalam kelas antenatal. Hasilnya nanti anda mesti merasa teruja menanti kelahiran bayi anda nanti.
1 comment:
boleh tau kontraksi ni maksudnya apa ya ? :D
:: anmashealthcare.blogspot.com ::
Post a Comment