Tuesday, November 11, 2014

ATASI ANAK KEMBUNG PERUT

Pastinya si mama tidak selesa apabila melihat anaknya meragam & asyik menangis sahaja terutamanya di waktu tengah malam akibat daripada kembung perut. Secara rasionalnya apabila orang dewasa mengalami kembung perut sekalipun sudah semestinya kita akan bersa tidak selesa kan. Inikan pula anak kita yang masih bayi yang tidak tahu berkata-kata mesti mereka merasa sangat tidak selesa & cara meluahkannya semsetinya lah melalui tangisan.



PETUA MENGATASI MASALAH KEMBUNG PERUT BAYI

 

1.   Cari posisi yang membolehkan anak kita mengeluarkan udara dari dalam saluran pencernaan, baik dalam bentuk sendawa atau kentut. Posisi terbaik adalah posisi telungkup.



2.   Beri urutan di bahagian punggung, perut & dada

3.   Sapukan minyak atau losen yang boleh memberi kehangatan di bahagian perut, dada & punggung. Jika sekiranya anak anda mempunyai masalah alahan pada kandungan balsam, anda boleh cuba menggunakan bekas air panas (suam-suam kuku) dan tuam di bahagian perut anak anda.



4.   Jauhkan anak anda dari minuman sejuk, asikrim, minuman bersoda, makanan pedas, kekacang & juga aneka susu sapi bagi anak yang mengalami intoleransi laktosa.

5.   Bawa anak berjumpa doktor sekiranya keadaan anak masih tiada perubahan.


Buat ibu-ibu di luar sana terutama buat ibu & bapa yang baru pertama kali mempunyai bayi. usah panik. Anda boleh praktikkan petua-petu seperti di atas & sekiranya masih tidak berhasil segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.




No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...