Kali kedua saya ke sini bersama Hannah menemani suami bermain bola sepak. Malam ni game antara Perodua Manufacturing dgn Perodua Global.
Permainan dimulakan dalam hujan renyai2.. Si isteri yang ada pula masing2 menjaga anak-anak yang berkejaran di atas balapan. Hannah seronok la dia sebab ada geng nak bermain bola & berlari.
Kesudahannya adalah seri iaitu Perodua Manufacturing 2 dan Perodua Global juga 2 gol. Masing2 dah kepenatan & kelaparan, moh le kita mencari makan. Tempat makan pilihan semeatinya di Taman Bolton sebab nak makan kerabu kaki ayam special..
Ok lah..tuan tanah nak menjamu selera dulu. Selamat menjamu mata dengan gambar2 di bawah.
No comments:
Post a Comment