Thursday, November 13, 2014

3 CARA MENGATASI ALAHAN SEMASA HAMIL

Ragam ibu hamil adalah berbeza mengikut individu. Ada yang mengalami alahan & sebaliknya. Ada juga sesetengah ibu hamil ini terpaksa melalui alahan di sepanjang tempoh kehamilannya asalkan bayi yang dikandungnya sihat & sempurna serta mendapat zat yang mencukupi.

Alahan ibu hamil juga adalah pelbagai seperti ada ibu yang alah pada makanan, bau wangian, bunga & sebagainya. Alahan semasa hamil ini juga sering dikaitkan dengan gejala muntah, mual, pening kepala, perut berasa sebu & tidak selesa. Walau apa sahaja jenis alahan yang dialami si ibu, cara penyelesaiannya tetap ada.



CARA MENGATASI ALAHAN

 

>>> Melalui Makanan
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong walaupun anda tidak lapar. Makan sedikit-sedikit setiap dua atau tiga jam sekali.
  • Anda boleh menikmati apa sahaja makanan tetapi perlu elakkan makanan yang pedas, berlemak & bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau ketika memasak, bolehlah buka tingkap & kipas. Tetapi lebih baik jika orang lain yang memasak. :)
  • Sediakan limau nipis di rumah & tidak keterlaluan di mana sahaja anda berada kerana bau limau nipis atau halia dapat meredakan perut yang sebu atau tidak selesa. Hidu limau nipis atau halia tersebut jika anda berasa mual & nak muntah.
  • Elakkan minuman berkafein & merokok.
 
 >>> Melalui Minuman
  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh menghilangkan rasa mual & loya.

>>> Melalui Rutin Harian
  • Ibu hamil perlu rehat yang cukup kerana alahan kan menjadi lebih buruk jika anda kepenatan.
  • Tidur seketika bila perlu kerana pada kebiasaanya pada trimester pertama, ibu hamil kerap berasa letih & mengantuk.
  • Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
Biarpun kehamilan ini merupakan idaman setiap wanita, anda juga harus bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil. Lalui & nikmati saat indah ni dengan baik kerana ianya merupakan satu pengalaman yang terindah.

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...