Thursday, November 6, 2014

RESIPI SAGU GULA MELAKA BEST

Bila dah hujan-hujan ni otak asyik nak fikir pasal makan ja. Sebenarnya memang dah lama tak makan malam sebab selalunya makan malam saya dengan En. Husband ESP jek. Kalau pun rasa nak makan just buat yang simple je macam karipap goreng (frozen ye) ataupun makan roti sahaja.

Hari ni sambil-sambil tengok gambar dalam handphone terjumpa pula gambar sagu gula melaka yang saya buat bulan lepas. Sagu gula melaka ni favourite my husband tau. So, teringat balik yang lebihan sagu masih ada so, bolehlah buat hujung minggu ni.

Resipi sagu gula melaka ni simple jek. Masa mula-mula En. Husband request macam susah jek nak buatnya. Tapi demi suami tercinta saya google jugak resipi yang bersesuaian dengan barang-barang yang ada di rumah. Sayangnya saya lupa pula sumber resipi tu.

Apa-apa pun saya kongsikan resipi sagu gula melaka yang telah saya ubahsuai sedikit mengikut citarasa saya & En. Husband.. :)


Resipi Sagu Gula Melaka

Bahan-bahannya:

Bahan-bahan Sagu Gula Melaka

1 cawan sagu
3 cawan air 
(tambah ikut keperluan sekiranya sagu belum kembang & jernih)
2 sudu besar gula (saya tak letak pun)
2 helai daun pandan

Cara-caranya:
  • Rendam sagu lebih kurang 1/2 jam. Kemudian toskan.
  • Didihkan air bersama daun pandan. Kemudian masukkan biji sagu ke dalam air mendidih tadi.
  • Kacau menggunakan api yang kecil & kerap supaya sagu tadi tidak berkerak di bahagian bawah.
  • Jika air kering dan sagu masih belum kembang, tambahkan air ikut keperluan sehingga sagu kelihatan jernih & mengembang.
  • Bila sagu hampir jernih @ kembang masukkan gula.
  • Tutup api & sejukkan. Kemudian lalukan sagu tersebut di bawah air yang perlahan agar kanjinya hilang & sagu nampak lebih cantik.
  • Jika nak sagu berwarna-warni asingkan beberapa bekas dan warnakan ikut kegemaran masing-masing. Kemudian, sejukkan.
Sirap Gula:

1 ketul gula kabung / nipah / gerek
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
Cara-caranya:
  • Satukan kesemua bahan di atas ke dalam periuk. 
  • Masak sehingga gula larut & pekat.
  • Kemudian tutup api & sejukkan. 

Sagu Gula Melaka
Biar Rupa Tak Cantik Tapi Rasanya Sedap

Kalau anda nak sagu tu nampak cantik boleh masukkan dalam bekas-bekas berbentuk kesukaan anda. Hidangkan sejuk-sejuk sewaktu keluar dari peti ais memang terrrbaik.. Tapi jangan lupa pulak untuk curahkan sirap gula tadi bersama susu cair. Memang lemak berkrim okeh..

~SELAMAT MENCUBA~

2 comments:

Unknown said...

macam sedap je.. tak pernah makan

Rahsia Kecantikan Semulajadi

MamaMia said...

try la sis.sedap!! Sejuk je tekak rasa..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...