Wednesday, December 30, 2015

5 TANDA KEMUNGKINAN BESAR ANDA HAMIL

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan untuk hamil zuriat sendiri kan. Bagi pasangan suami isteri yang telahpun mempunyai zuriat pertama pastinya ingn menambah lagi ahli keluarga baru. Hari ini saya nak kongsikan tanda-tanda kemungkinan anda hamil.

5 TANDA KEHAMILAN

1. Mengidam

Mungkin tanda ini nampak cliche sebab sesetengah wanita juga mengalami simptom ini apabila di ambang kedatangan period ataupun selepas period. Mengidam juga boleh ditafsirkan sebagai hamil ataupun tanda badan kita kekurangan nutrien-nutrien tertentu. Tetapi jika anda bukan jenis yang suka mengidam di hari-hari biasa, maka ini mungkin petanda positif untuk anda! Tambahan pulak disertai dengan tanda-tanda lain seperti yang akan saya ceritakan nanti.



2. Warna aerola menjadi gelap

Seringkali menjadi tanda-tanda kehamilan yang pasti apabila warna disekeliling puting menjadi gelap daripada kebiasaan. Ianya membawa petanda bahawa persenyawaan telah berjaya. Namun begitu ianya juga boleh menjadi petanda akan ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan ataupun bekas kesan kehamilan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Hal ini seringkali berlaku apabila perlekatan embrio & bermulanya penghasilan hormon "human chorionic gonadotropin" atau hCG. Semakin besar janin maka semakin keraplah anda akan ke tandas kerana pundi kencing terhimpit dengan kandungan. Tetapi jangan dipandang enteng tanda ini kerana ianya juga boleh membawa petanda lain seperti anda mungkin menghidapi penyakit kencing manis.




4. Period tidak muncul

Petanda ni mungkin akan membuatkan anda dan suami tersenyum lebar jikalau anda mempunyai kitaran haid yang teratur. Jikalau period anda adalah kucar-kacir, maka kelewatan period itu adalah perkara biasa yang dipengaruhi oleh hormon dalam badan anda.




5. Ujian kehamilan adalah positif

Setelah anda dapati period anda lewat samada sehari, seminggu atau sebaik-baiknya 2 minggu maka anda bolehlah melakukan ujian kehamilan sendiri dirumah menggunakan Urine Pregnancy Test (UPT) yang boleh di dapati di farmasi-farmasi berdekatan anda. Jika hasil ujian tersebut adalah positif maka sudah pastinya anda hamil dan bersiaplah untuk ke klinik untuk mendapatkan jawapan yang pasti.




Semoga info ini bermanfaat buat anda.


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964

Wednesday, December 23, 2015

KRIM HERBAL BLEND YANG AWESOME!!

Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Orite..harini saya nak share sikit satu cerita tentang satu krim pelbagai guna yang sangat AWESOME ni yang diberi nama HERBAL BLEND SHAKLEE. Kenapa saya describe krim ni sangat awesome?

HERBAL BLEND
Inilah rupa Krim Herbal Blend yang AWESOME tu.


Salah satu sebab yang paling utama adalah boleh digunakan oleh seisi keluarga sedari baby lagi. Selain daripada itu Krim Herbal Blend ini adalah "BEBAS PARABEN"!

Apa itu PARABEN?

Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang digunakan dalam pemprosesan membuat bahan-bahan kosmetik. Ia juga boleh didapati di dalam beberapa bahan makanan yang diproses selain bahan farmaseutikal (ubat-ubatan). 

Haa..maksudnya kebanyakan produk kosmetik & juga losyen ada bahan paraben ni. Nanti next post saya share pulak bahaya-bahaya paraben ni ok. Pendek kata sebelum membeli sesuatu krim/losyen or kosmetik silalah semak kandungannya terlebih dahulu. Jangan main sambar je ye. So, back to the story, Herbal Blend ni memang selalu dicari oleh ibu-ibu yang ada anak-anak kecil yang mengalami masalah kulit seperti ekzema, ruam panas/susu, hilangkan parut chicken pox, melegakan kesan gigitan nyamuk dan lain-lain.



KANDUNGAN KRIM HERBAL BLEND

Krim Herbal Blend yang awesome ni diperbuat daripada bahan semulajadi yang terdiri daripada:


# Sage
# Horse chestnut
# Rosemary
# Yarrow


ANDA BOLEH APLIKASIKAN KRIM HERBAL BLEND INI BILA...

# Anak anda digigit nyamuk, sapu krim ni.
# Anda sendiri cedera atau pedih puting payudara akibat menyusukan bayi.
# Anak kena gigit semut, gatal-gatal.
# Anak kulit sensitif, lindungi kulit bayi dengan krim ni selepas setiap kali mandi.
# Bahagian punggung bayi melecet dan kena ruam lampin.
# Anak-anak sensitif dengan habuk hingga kulit jadi gatal, boleh spu krim ni.
# Anak yang ada ekzema jenis kering, sangat bagus disapu krim ini.
# Bila bibir anda kering dan pecah-pecah.
# Kulit anda terasa kering dan bersisik, sapukan krim ini selepas mandi.
Seriously Krim Herbal Blend Shaklee ini sangat awesome hinggakan dah jadi kebiasaan Hannah akan sapu krim ni setiap kali selepas mandi. Then Hannah akan cakap, "mama..kulit Hannah rasa lembut sangat!"

Saya  sendiri sukakan krim ni sebab ianya tidak melekit dan tidak merengsakan kulit. So, saya akan berasa selesa sepanjang hari tidak seperti jika saya memakai losyen.



Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964

Wednesday, December 16, 2015

PENAWAR KEPADA DEMAM DENGGI

Harini hati ni terdetik untuk berkongsi cerita tentang penawar demam denggi disebabkan harini asyik keluarkan Guarantee Letter untuk staf yang perlu dirujuk ke pakar kerana disyaki demam denggi.

Saya akan share dua petua/penawar iaitu satu secara tradisional dan satu lagi menggunakan produk Shaklee semestinya. Tapi harus diingat ye semua bahawa penawar ini adalah usaha kita sahaja sebagai seorang manusia, selebihnya kuasa kesembuhan daripada Allah Taala semestinya.


# PENAWAR DEMAM DENGGI SECARA TRADISIONAL




Saya rasa semua dah sedia maklum dengan petua ni iaitu menggunakan JUS DAUN BETIK.
Jus daun betik ni dikatakan mujarab dalam mengubati demam denggi. Ianya dapat membuatkan platlet darah pesakit naik dengan cepat.

Caranya hanyalah dengan menumbuk hingga lumat atau blender pun boleh daun betik yang matang dan kemudian ambil jusnya. Pesakit perlulah minum 1 sudu kecil jus daun betik tersebut dan banyakkan minum air masak. In shaa Allah pesakit akan kembali pulih dalam masa terdekat. Walaupun rasanya "sangat hebat" telan sahajalah kan dengan niat untuk rawatan.


# PENAWAR DEMAM DENGGI DENGAN SHAKLEE

Haaa..ni petua moden la ye dengan menggunakan PERFORMANCE DRINK (PD) dan NUTRIFERON. PD ni umpama macam 100 Plus tapi semestinya tidak bergas & less sugar yang dapat membantu masalah dehidrasi daripada berlaku. PD juga dapat mengekalkan paras gula dalam darah. Sesiapa yang pernah alami demam denggi pastinya tahu akan "seksanya" macam mana kan. Pesakit akan merasa sangat2 tak larat, lemah, sakit2 badan & sendi, sakit kepala yang teramat dan boleh menyebabkan pengsan.




Nutriferon pula dapat membantu meningkatkan tahap imunisasi badan kerana apabila terkena demam denggi secara tidak langsung sistem imunisasi kita akan menurun dan boleh memberi bahaya pada tubuh badan kita.




Walau bagaimanapun kedua-dua produk Shaklee yang saya nyatakan tadi bukan hanya digalakkan pada mereka yang telah disahkan demam denggi malah jika sekiranya kita mengalami demam, selsema, batuk dan lain-lain sekalipun adalah sesuai untuk mengamalkan Nutriferon dan PD ini.

In shaa Allah, semoga usaha kita untuk sembuh & bebas daripada demam denggi dipermudahkan oleh Allah Taala.


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964

Wednesday, December 9, 2015

KENALI LECITHIN SHAKLEE

Assalamualaikum..

Adakah korang dah betul-betul kenal akan LECITHIN Shaklee ni? Saya pasti ramai yang tahu & kenal LECITHIN ni sebagai salah satu suplemen untuk kuruskan badan kan. Ok, sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita berkenalan terlebih dahul;u dengan LECITHIN Shaklee ni.




LECITHIN Shaklee adalah:

  1. Nature's Emulsifier (Pengemulsi semuljadi) yang mampu dan boleh membantu badan untuk menyerap nutrien larut lemak seperti vitamin a, D, E dan K serta Beta Carotene.
  2. LECITHIN boleh didapati dari telur, jagung dan juga kacang soya (untuk tujuan komersil).
  3. Fat Emulsifier (metabolisme lemak)
  4. Asid linolenik (Essential Fatty Acid) amat diperlukan badan kerana badan tidak boleh menghasilkan sendiri dan perlu diambil melalui diet harian.
  5. Kolin pula merupakan komponen besar neurotransmitter.
  6. Asetikolina pula membekalkan biokimia untuk penghantaran mesej ke otak & sistem saraf.
  7. Inositol berfungsi sebagai komponen utarma membran / selaput sel dalam tisu diseluruh badan.
Betapa banyak kelebihan LECITHIN Shaklee berdasarkan info seperti di atas berbanding produk-produk lain. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang dalam membuat pemilihan yang tepat dalam memilih suplemen yang sesuai untuk diamalkan seisi keluarga.


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964

Wednesday, December 2, 2015

5 PETUA ATASI MASALAH BENGKAK SUSU

Assalamualaikum semua.. Selamat petang..
Setelah "berkurun" lama tidak bersiaran di blog ini, harini saya muncul semula untuk berkongsikan petua bagi mengatasi masalah bengkak susu.

Siapa pernah alami masalah ini? Saya rasa rata-rata dari kaum ibu yang telahpun melalui fasa bersalin pasti pernah merasai masalah bengkak susu ni kan? Saya juga tidak terkecuali dari merasai pengalaman bengkak susu ini tetapi tidaklah serius sehingga boleh menyebabkan demam, sakit sehingga mencucuk-cucuk, takut untuk bergerak dan lain-lain.

Simptom yang saya alami cumalah merasa payudara (Miss B) sedikit bengkak & sengal-sengal yang membuatkan saya tidak senang duduk. Masalah ini saya alami pada hari kedua berpantang di mana susu mulai keluar tetapi baby asyik nak tidur. Bila saya mengadu Miss B mulai sakit & susu seolah-olah tidak mahu keluar mulalah saya dapat pelbagai petua tradisional & juga moden. Saya kongsikan antara petua yang sempat saya amalkan semasa mengalami masalah bengkak susu ini.

# PETUA 1 - MENYIKAT MISS B DARI ATAS TURUN KE PUTING SUSU

Petua ni adalah petua tradisional yang diajar kepada saya oleh mak saya & juga mak mertua saya. Benar atau tidak, percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing. Pada saya, selagi petua tersebut tidak memudaratkan apa salahnya mencuba kan? Petua ni memang menjadi pada saya. Selepas mengamalkan petua ni aliran susu keluar mencurah-curah seolah-olah tiada sekatan. Alhamdulillah.

# PETUA 2 - PAM & SUSUKAN BABY DENGAN TERATUR

Bila kita susukan baby mengikut masa, bukan setakat masalah bengkak susu dapat diatasi malahan masalah kurang susu juga dapat diatasi kerana adanya konsep 'demand & supply' . Apabila kita sebagai ibu & baby dah terbiasa dengan masa penyusuan, lebih mudah untuk kita elakkan masalah bengkak susu. Jangan jadikan alasan bengkak susu terjadi bila baby taknak hisap susu kerana baby juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri setelah keluar dari alam rahim. Oleh itu, ibu-ibu haruslah bijak mengatasi masalah ini dengan mengepam & membuat stok EBM terutama buat ibu-ibu yang bekerja.

# PETUA 3 - BALUT PAYUDARA DENGAN KOBIS

Pernah dengar tak petua ni? Saya pernah juga mencuba petua ni. Best! sebab bila mengalami bengkak susu maka Miss B akan merasa panas & berbahang. Bila Miss B dibaluti kobis, memang terasa sejuk & kurang sakitnya. Kobis juga akan kelihatan layu dan setelah diamalkan beberapa kali In Shaa Allah susu akan mulai keluar dan bolehlah menyusukan baby sekerap mungkin agar masalah tidak berulang.

# PETUA 4 - URUTAN

Urutan juga membantu menyelesaikan masalah bengkak susu. Urutan ini selalunya dibuat selepas mandi untuk merasa lebih selesa. Urutan perlulah secara perlahan agar tidak mengundang kesakitan yang lebih parah pada payudara anda.

# PETUA 5 - AMALKAN LECITHIN SHAKLEE

Petua kelima ini adalah petua moden yang juga dapat membantu mengatasi masalah bengkak susu dengan membantu pengaliran susu berjalan lancar. Disamping dapat mengatasi masalah bengkak susu ini si ibu juga boleh kurus & meningkatkan daya ingatan serta membantu mengatasi stress.

Promo Shaklee Bulan Disember 2015


Sempena PROMO DISEMBER 2015 iaitu dengan setiap pembelian 6 botol LECITHIN anda akan mendapat 1 botol PERCUMA. Eloklah untuk buat stok kerana bengkak susu bukan hanya menyerang anda ketika di dalam pantang sahaja, sebaliknya selama mana tempoh penyusuan berlangsung, kadang-kala masalah bengkak susu akan menyerang sekiranya anda mengabaikan konsep penyusuan berjadual.


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to ILHAMKU HANNAH VITAHOUSE
Designed by UMIESUEstudio 2016