Setelah "berkurun" lama tidak bersiaran di blog ini, harini saya muncul semula untuk berkongsikan petua bagi mengatasi masalah bengkak susu.
Siapa pernah alami masalah ini? Saya rasa rata-rata dari kaum ibu yang telahpun melalui fasa bersalin pasti pernah merasai masalah bengkak susu ni kan? Saya juga tidak terkecuali dari merasai pengalaman bengkak susu ini tetapi tidaklah serius sehingga boleh menyebabkan demam, sakit sehingga mencucuk-cucuk, takut untuk bergerak dan lain-lain.
Simptom yang saya alami cumalah merasa payudara (Miss B) sedikit bengkak & sengal-sengal yang membuatkan saya tidak senang duduk. Masalah ini saya alami pada hari kedua berpantang di mana susu mulai keluar tetapi baby asyik nak tidur. Bila saya mengadu Miss B mulai sakit & susu seolah-olah tidak mahu keluar mulalah saya dapat pelbagai petua tradisional & juga moden. Saya kongsikan antara petua yang sempat saya amalkan semasa mengalami masalah bengkak susu ini.
# PETUA 1 - MENYIKAT MISS B DARI ATAS TURUN KE PUTING SUSU
Petua ni adalah petua tradisional yang diajar kepada saya oleh mak saya & juga mak mertua saya. Benar atau tidak, percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing. Pada saya, selagi petua tersebut tidak memudaratkan apa salahnya mencuba kan? Petua ni memang menjadi pada saya. Selepas mengamalkan petua ni aliran susu keluar mencurah-curah seolah-olah tiada sekatan. Alhamdulillah.
# PETUA 2 - PAM & SUSUKAN BABY DENGAN TERATUR
Bila kita susukan baby mengikut masa, bukan setakat masalah bengkak susu dapat diatasi malahan masalah kurang susu juga dapat diatasi kerana adanya konsep 'demand & supply' . Apabila kita sebagai ibu & baby dah terbiasa dengan masa penyusuan, lebih mudah untuk kita elakkan masalah bengkak susu. Jangan jadikan alasan bengkak susu terjadi bila baby taknak hisap susu kerana baby juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri setelah keluar dari alam rahim. Oleh itu, ibu-ibu haruslah bijak mengatasi masalah ini dengan mengepam & membuat stok EBM terutama buat ibu-ibu yang bekerja.
# PETUA 3 - BALUT PAYUDARA DENGAN KOBIS
Pernah dengar tak petua ni? Saya pernah juga mencuba petua ni. Best! sebab bila mengalami bengkak susu maka Miss B akan merasa panas & berbahang. Bila Miss B dibaluti kobis, memang terasa sejuk & kurang sakitnya. Kobis juga akan kelihatan layu dan setelah diamalkan beberapa kali In Shaa Allah susu akan mulai keluar dan bolehlah menyusukan baby sekerap mungkin agar masalah tidak berulang.
# PETUA 4 - URUTAN
Urutan juga membantu menyelesaikan masalah bengkak susu. Urutan ini selalunya dibuat selepas mandi untuk merasa lebih selesa. Urutan perlulah secara perlahan agar tidak mengundang kesakitan yang lebih parah pada payudara anda.
# PETUA 5 - AMALKAN LECITHIN SHAKLEE
Petua kelima ini adalah petua moden yang juga dapat membantu mengatasi masalah bengkak susu dengan membantu pengaliran susu berjalan lancar. Disamping dapat mengatasi masalah bengkak susu ini si ibu juga boleh kurus & meningkatkan daya ingatan serta membantu mengatasi stress.
Sempena PROMO DISEMBER 2015 iaitu dengan setiap pembelian 6 botol LECITHIN anda akan mendapat 1 botol PERCUMA. Eloklah untuk buat stok kerana bengkak susu bukan hanya menyerang anda ketika di dalam pantang sahaja, sebaliknya selama mana tempoh penyusuan berlangsung, kadang-kala masalah bengkak susu akan menyerang sekiranya anda mengabaikan konsep penyusuan berjadual.
Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA:
1 comment:
Memang sakit sangat kalau alami bengkak susu ni. Nasib baik sekarang ada Lecithin bantu atasinya.
Post a Comment