5 TANDA KEHAMILAN
1. Mengidam
Mungkin tanda ini nampak cliche sebab sesetengah wanita juga mengalami simptom ini apabila di ambang kedatangan period ataupun selepas period. Mengidam juga boleh ditafsirkan sebagai hamil ataupun tanda badan kita kekurangan nutrien-nutrien tertentu. Tetapi jika anda bukan jenis yang suka mengidam di hari-hari biasa, maka ini mungkin petanda positif untuk anda! Tambahan pulak disertai dengan tanda-tanda lain seperti yang akan saya ceritakan nanti.
2. Warna aerola menjadi gelap
Seringkali menjadi tanda-tanda kehamilan yang pasti apabila warna disekeliling puting menjadi gelap daripada kebiasaan. Ianya membawa petanda bahawa persenyawaan telah berjaya. Namun begitu ianya juga boleh menjadi petanda akan ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan ataupun bekas kesan kehamilan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Hal ini seringkali berlaku apabila perlekatan embrio & bermulanya penghasilan hormon "human chorionic gonadotropin" atau hCG. Semakin besar janin maka semakin keraplah anda akan ke tandas kerana pundi kencing terhimpit dengan kandungan. Tetapi jangan dipandang enteng tanda ini kerana ianya juga boleh membawa petanda lain seperti anda mungkin menghidapi penyakit kencing manis.
4. Period tidak muncul
Petanda ni mungkin akan membuatkan anda dan suami tersenyum lebar jikalau anda mempunyai kitaran haid yang teratur. Jikalau period anda adalah kucar-kacir, maka kelewatan period itu adalah perkara biasa yang dipengaruhi oleh hormon dalam badan anda.
5. Ujian kehamilan adalah positif
Setelah anda dapati period anda lewat samada sehari, seminggu atau sebaik-baiknya 2 minggu maka anda bolehlah melakukan ujian kehamilan sendiri dirumah menggunakan Urine Pregnancy Test (UPT) yang boleh di dapati di farmasi-farmasi berdekatan anda. Jika hasil ujian tersebut adalah positif maka sudah pastinya anda hamil dan bersiaplah untuk ke klinik untuk mendapatkan jawapan yang pasti.
Semoga info ini bermanfaat buat anda.
Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA:
No comments:
Post a Comment