Wednesday, December 16, 2015

PENAWAR KEPADA DEMAM DENGGI

Harini hati ni terdetik untuk berkongsi cerita tentang penawar demam denggi disebabkan harini asyik keluarkan Guarantee Letter untuk staf yang perlu dirujuk ke pakar kerana disyaki demam denggi.

Saya akan share dua petua/penawar iaitu satu secara tradisional dan satu lagi menggunakan produk Shaklee semestinya. Tapi harus diingat ye semua bahawa penawar ini adalah usaha kita sahaja sebagai seorang manusia, selebihnya kuasa kesembuhan daripada Allah Taala semestinya.


# PENAWAR DEMAM DENGGI SECARA TRADISIONAL




Saya rasa semua dah sedia maklum dengan petua ni iaitu menggunakan JUS DAUN BETIK.
Jus daun betik ni dikatakan mujarab dalam mengubati demam denggi. Ianya dapat membuatkan platlet darah pesakit naik dengan cepat.

Caranya hanyalah dengan menumbuk hingga lumat atau blender pun boleh daun betik yang matang dan kemudian ambil jusnya. Pesakit perlulah minum 1 sudu kecil jus daun betik tersebut dan banyakkan minum air masak. In shaa Allah pesakit akan kembali pulih dalam masa terdekat. Walaupun rasanya "sangat hebat" telan sahajalah kan dengan niat untuk rawatan.


# PENAWAR DEMAM DENGGI DENGAN SHAKLEE

Haaa..ni petua moden la ye dengan menggunakan PERFORMANCE DRINK (PD) dan NUTRIFERON. PD ni umpama macam 100 Plus tapi semestinya tidak bergas & less sugar yang dapat membantu masalah dehidrasi daripada berlaku. PD juga dapat mengekalkan paras gula dalam darah. Sesiapa yang pernah alami demam denggi pastinya tahu akan "seksanya" macam mana kan. Pesakit akan merasa sangat2 tak larat, lemah, sakit2 badan & sendi, sakit kepala yang teramat dan boleh menyebabkan pengsan.




Nutriferon pula dapat membantu meningkatkan tahap imunisasi badan kerana apabila terkena demam denggi secara tidak langsung sistem imunisasi kita akan menurun dan boleh memberi bahaya pada tubuh badan kita.




Walau bagaimanapun kedua-dua produk Shaklee yang saya nyatakan tadi bukan hanya digalakkan pada mereka yang telah disahkan demam denggi malah jika sekiranya kita mengalami demam, selsema, batuk dan lain-lain sekalipun adalah sesuai untuk mengamalkan Nutriferon dan PD ini.

In shaa Allah, semoga usaha kita untuk sembuh & bebas daripada demam denggi dipermudahkan oleh Allah Taala.


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...