Friday, October 31, 2014

MY FAVOURITE EVER QASIDAH

Haaa..sape tau qasidah tu apa?? Angkat tangan cepat.. Rasanya sape orang utara mesti tau apa itu qasidah kan??
Ok la.qasidah ni sejenis kuih yg dimakan pada waktu petang selalunya. Senang je sebenarnya nak buat qasidah ni. Daku asek tertangguh-tangguh nak buatnya sebab kemalasan yang teramat untuk mengacau qasidah tu sampai pekat & berkilat.
Tapi buat sendiri sebenarnya lagi best & puas sebab kita boleh adjust sendiri nak lembik ke keras..nak manis ke tak..nak letak bawang goreng ke tak.. Haaa..mesti korang tertanya-tanya kan kuih apa tu? Meh saya sharekan resepinya dulu. Nanti korang boleh cuba kan..
Resipi Qasidah :
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula (kalau tak suka manis boleh kurangkan gula)
Secubit garam.
Hiasan:
Beberapa ulas bawang merah dipotong halus & digoreng sehingga garing
Cara-cara:
●Satukan semua bahan di atas dalam periuk @ kuali. Ikut pada keselesaan masing-masing
●Masak di atas api yang perlahan
●Kacau hingga pekat & berkilat
●Dah masak masukkan dalam bekas & sejukkan
●Jangan lupa taburkan bawang goreng di atasnya untuk menaikkan rasa.
Senang kan?? Selamat mencuba ye korang..

10 SEBAB ANAK ANDA PERLUKAN MEALSHAKES

Mealshakes Shaklee sangat istimewa kerana ianya sesuai diambil oleh semua peringkat umur terutama untuk kanak-kanak yang sembelit, asma, ekzema, kurang berat badan dan lain-lain serta bagus untuk warga tua yang susah untuk menelan vitamin & sudah tiada gigi.

Walau bagaimanapun, saya senaraikan 10 sebab mengapa anak-anak perlukan mealshakes ini.

1. KARBOHIDRAT - Mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah

*Mealshakes takkan menggemukkan kerana mengandungi GI yang rendah.
*Dapat mengekalkan tenaga sepanjang hari.
*Tenaga dilepaskan sedikit demi sedikit untuk mengelakkan tenaga yang berlebihan.
*Sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah.

2. PROTEIN - Dibekalkan dengan 9 asid amino yang lengkap

*Asid amino penting untuk mengelakkan keguguran rambut & pembentukan sel baru dalam badan.
*Asid amino perlu kerana ianya tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Hanya boleh didapati dari makanan sahaja.
*Perkembangan kanak-kanak adalah sangat cepat, sebab itu Mealshakes penting untuk pertumbuhan kanak-kanak & untuk membaikpulih tisu-tisu badan yang rosak.

3. VITAMIN A, C, E - Bertindak sebagai antioksidan

*Tujuan utama adalah untuk mengelakkan atau menentang radikal bebas.
*Untuk meningkatkan antibodi supaya tidak mudah terkena penyakit.

4. FIBER -Membantu penghadaman

*Corak pemakanan kanak-kanak kini membuatkan mereka mudah terkena sembelit.
*Jika telah mengambil Mealshakes tetapi masih sembelit membawa maksud anak-anak kekurangan fiber. Oleh itu, dos boleh ditambahkan.
*Selamat untuk kanak-kanak dan boleh mempelbagaikan resipi.

5. VITAMIN B - Untuk fokus & sistem saraf

*Sangat penting untuk pembelajaran kanak-kanak kerana ketika ini mereka mudah untuk menerima pembelajaran.

6. SODIUM & MAGNESIUM - Memberi keseimbangan cecair badan

*Daripada membiarkan anak-anak minum minuman tenaga seperti 100 Plus yang bergas lebih baik anda memberikan Mealshakes yang lebih berkhasiat.
* Ianya juga adalah untuk mengelakkan anak-anak ternyahhidrat dengan aktiviti harian mereka yang pelbagai.
*Dapat mengurangkan rasa letih & lesu.

7. VITAMIN C

*Sangat diperlukan untuk memelihara kesihatan gigi, gusi, kulit & menentang infeksi kuman.
*Makanan untuk sel darah putih adalah Vitamin C. Sel darah putih ini ibarat bala tentera yang menentang kuman.
*Ianya perlu untuk mengelakkan jangkitan terutama bagi anak-anak yang berada di taska.

8. VITAMIN A

*Diperlukan untuk kesihatan mata.
*Bagus untuk kanak-kanak yang tidak sukakan sayuran seperti carrot & buah-buahan.

9. KALSIUM & VITAMIN D

*Juga boleh membantu masalah sembelit.
*Memelihara kesihatan & perkembangan tulang.
*Sangat penting untuk mengelakkan ketinggian terbantut.
*Kalsium mestilah mempunyai pakej Vitamin D sebab ianya berfungsi untuk penyerapan kalsium yang lebih baik.

10. ION & B12

*Diperlukan untuk sel darah merah
*Sel darah merah perlu untuk mengangkut oksigen ke otak.
*Jika kekurangan iron anak-anak akan kelihatan pucat & lesu.

Mealshakes mempunyai nutrisi lengkap yang diperlukan oleh anak-anak terutamanya bagi anak-anak yang tidak sukakan sayuran & buah-buahan.

Anda berminat untuk mencuba??

Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

Thursday, October 30, 2014

15 TIPS MURAH REZEKI

Malam ni saya nak kongsikan sedikit tentang tips-tips murah rezeki oleh Ustazah Siti Nur Bahyah. Semua dah kenal kan dengan Ustazah? Saya selalu takkan miss rancangan Semanis Kurma. Kalaupun ada hal yang tidak dapat dielakkan pada hari tersebut, saya akan pastikan untuk merekod rancangan tersebut.


Tips Murah Rezeki

  1. Membantu penuntut ilmu
  2. Membantu golongan orang miskin
  3. Hijrah mencari pendapatan ke tempat lain
  4. Ingat Allah sentiasa
  5. Memperbanyakkan doa
  6. Bersyukur atas nikmat Allah berikan
  7. Melakuakan perkara yang harus bersungguh-sungguh
  8. Melibatkan diri dalam perniagaan
  9. Bersedeqah secara istiqamah
  10. Menjalin hubungan silaturrahim
  11. Mengerjakan Haji & Umrah
  12. Taqwa kepada Allah
  13. Beribadah kepada Allah dengan sebenarnya
  14. Sentiasa beristighfar & bertaubat
  15. Tawakkal & usaha yang berterusan

Perkongsian ringkas ini diharapkan dapat memberi manfaat buat kita semua. In shaa Allah..

PEMAKANAN UNTUK PENYAKIT DARAH TINGGI

Penyakit darah tinggi sekarang ini bukan lagi hanya dihidapi oleh warga tua, orang muda juga berisiko untuk menghidap penyakit ini disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak sihat, keturunan dan lain-lain.

Antara faktor lain yang mempengaruhi adalah seperti:


1.   Garam / Natrium

*** Pengambilan garam secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.
*** Kita hendaklah mengelakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari       (bersamaan 2gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari).
*** Perlu diingat ye bahawasanya setiap makanan mengandungi garam yang berbeza-beza.

Jadual Kandungan Garam Dalam Makanan  

Menambah Perisa Dalam Makanan


*** Menggunakan rempah-ratus, herba, bawang putih & bawang merah dalam masakan
*** Menggunakan perahan jus limau untuk menggantikan garam dalam masakan
*** Mengambil makanan yang lebih segar & semulajadi.

2.   Berat Badan

Penurunan Berat Badan Untuk Kekal Sihat & Cergas

*** Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
*** Kita perlu mengawal pengambilan makanan berdasarkan kepada panduan Pemakanan untuk Penurunan Berat Badan
*** Perlulah disertai dengan senaman yang berterusan.

Usaha untuk menurunkan berat badan boleh juga dilakukan dengan pengambilan Set Kurus Shaklee dengan konsisten seperti ESP, Alfafa, Lecithin, Omega dan lain-lain bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. 

Tengok sahaja testimoni yang berjaya seperti di bawah:


Customer tak pernah bermimpi pun untuk berat badannya turun sehingga sebegitu banyak. Syukur Alhamdulillah customer tu dengan yakin memilih Set Pengurusan Berat Badan Shaklee sebagai salah satu usahanya. Anda bila lagi???


Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies


CAR BOOT SALES BUKIT BERUNTUNG, RAWANG

Tarikan Baru Di Bukit Beruntung

Haaaa..tengok tajuk pun dah tau kan..Actually sejak-sejak berhijrah ke central region ni memang teringin sangat nak pergi atau tengok sendiri tempat Car Boot Sales ni. Setahu saya la kan, Car Boot Sales ni ada di Shah Alam je kan? Ke ada lagi di tempat lain? Wallahualam..dah malas nak cari lagi sebabnya..jeng-jeng...Car Boot Sales dah ada dekat Bukit Beruntung. I'm so lucky sebab tak jauh pun dari rumah. Maklum la Car Boot Sales ni amat terkenal di negara 'orang putih' kan.

Bagi sesiapa yang tinggal area sini mesti dah tahu kan. Bagi sesiapa yang belum tahu pun takpe tempatnye di tapak pasar malam Bukit Beruntung / Bukit Sentosa. Tak jauh pun dari exit tol Bukit Beruntung.



Bila dah ada kat tempat sendiri memang rasa teruja. Bila dah sampai lagi la teruja nak tengok apa barang yang ada. Tapi yang buat saya bangga adalah majoriti peniaga Car Boot Sales ni adalah wanita. Kebanyakan mereka menjual Teddy Bear, barangan Tupperware, Avon, pelbagai jenis makanan & minuman, peralatan komunikasi, baju-bajan, kraftangan dan banyak lagi. Tapi itu masa minggu pertama saya pergi kebetulan ada perasmian tapak.


Minggu lepas saya hanya berkesempatan lalu di kawasan tersebut. Wahhhh!!! Peniaga semakin bertambah. Siap ada yang jual tudung & baju muslimah. So, minggu ni wajib berkunjung lagi ke tapak Car Boot Sales tu.

Korang jangan lepaskan peluang untuk datang ye!!! Mesti best & teruja dengan suasananya. Harga pun murah-murah. Mampu milik semuanya.. =p





Jom datang beramai-ramai ke tapak Car Boot Sales di Bukit Beruntung / Bukit Sentosa hujung minggu ni ye..

TESTIMONI SET KECANTIKAN SHAKLEE

Alhamdulillah..Syukur pada Allah..Happy yang amat bila dapat positif feedback daripada customer.

Kebiasaanya untuk customer yang inginkan kulit yang sihat, bebas cela, gebu & glowing sentiasa, saya akan cadangkan pengambilan Vitamin C & Vita-E Complex.

Lihat sahaja kepuasan hati customer yang telah menggunakan set ini.

Testimoni Set Kecantikan Shaklee
Testimoni Berjaya

Best kan bila parut jerawat dah hilang. Kulit muka jadi bersih tanpa parut dan tak perlu lagi solekan yang tebal untuk menutup jerawat tersebut.

Anda nak cuba???


Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies
 

Wednesday, October 29, 2014

ADAB-ADAB BERDOA

Seperti yang telah saya janjikan semalam di entry ini harini saya nak share pula tentang adab-adab berdoa. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua kerana selagi kita hidup di muka bumi Allah ini, selagi itu kita akan melalui proses pembelajaran samada secara sedar ataupun tidak.



ADAB-ADAB BERDOA YANG DISUNAHKAN:

  1. Berdoalah dengan nada suara yang lembut
  2. Berdoa dengan penuh yakin
  3. Memohon doa sebanyak 3 kali
  4. Berselawat kepada Nabi S.A.W
  5. Menhadap kiblat
  6. Mengangkat kedua-dua belah tangan sambil berdoa
  7. Berwudhu' sebelum berdoa
  8. Berdoa sambil menangis
  9. Berdoa dengan merendah diri
  10. Berdoa pada beberapa waktu & keadaan yang mustajab 
Sumber

CAROTOMAX SHAKLEE

Harini rasa tergerak hati untuk berkongsi cerita mengenai CAROTOMAX SHAKLEE ni. Carotomax lebih dikenali untuk mengatasi masalah berkaitan mata seperti rabun dan lain-lain. Sebenarnya banyak keistimewaan atau faedah yang boleh diperoleh daripadanya.

Keistimewaan Carotomax Shaklee

  • Memelihara kesihatan yang baik
  • Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan & pertumbuhan tisu
  • Membantu dalam memelihara kesihatan kulit & tulang
  • Mengekalkan kesihatan retina mata (menyelesaikan masalah rabun)
  • Membentuk membran mukus (selaput lendir) yang sihat
  • Membantu membentuk sel darah merah & sel darah putih yang sihat
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan untuk kesihatan yang optimum
  • Mengekalkan kesihatan mata, jantung & kulit
  • Menjadikan kulit lebih cantik & awet muda
  • Melegakan sakit sendi, otot, ligamen, tendon & arthritis

Untuk pengetahuan anda juga Carotomax Shaklee terdiri daripada 6 Karotenoid Terbaik seperti alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena & zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.

Carotomax Shaklee Sesuai Untuk Siapa?

  • Semestinya individu yang mempunyai masalah rabun
  • Individu yang ingin kekalkan kesihatan mata
  • Individu yang ingin kesihatan badan yang menyeluruh
  • Pesakit Arthritis
  • Atlet
  • Sesiapa sahaja kecuali ibu hamil
Untuk sebarang pertanyaan & penerangan lanjut bolehlah hubungi saya. Pastinya anda akan mendapat konsultasi percuma & sepanjang hayat selagi anda pengguna Shaklee.


Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies
 

18 WAKTU DOA MUSTAJAB


Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat akan masuk ke dalam neraka Jahannam dalam keadaaan yang hina.”

(Surah al-Mukmin: 60)




Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah seperti berikut:
 
  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari
  2. Setiap kali selepas solat fardu
  3. Di antara azan Zohor & Asar
  4. Ketika sebelum @ sejurus selepas bangun tidur
  5. Semasa solat iaitu sebelum memberi salam
  6. Ketika hendak masuk & keluar masjid
  7. Waktu takbir solat Hari Raya
  8. Waktu antara 2 khutbah Jumaat & Hari Raya
  9. Menziarahi Makam Rasulullah S.A.W (Madinah)
  10. Waktu melakukan urusan penting
  11. Waktu membaca doa qunut semasa solat Subuh
  12. Waktu ditimpa kesulitan, kecewa & hati tidak tenteram
  13. Waktu mengadakan majlis @ upacara
  14. Waktu bertemu kembali dengan sanak-saudara
  15. Waktu hujan turun
  16. Waktu selesai khatam 30 juzuk Al-Quran
  17. Waktu sujud dalam solat
  18. Ketika anda sedang berpuasa
Doa merupakan satu ibadat. Setiap umat Islam disarankan supaya sentiasa berdoa kepada Allah SWT bukan sahaja ketika dalam kesusahan & kesedihan, sebaliknya ketika kita sedang bersuka & bergembira juga bagi meminta segala yang dihajati & mengadu segala apa yang tersirat di dalam hati sanubari. Ada beberapa adab & peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan & barakah dari Allah Taala & supaya doa itu dimakbulkan. Saya akan share di next entry ye kawan-kawan.

In Shaa Allah...



Monday, October 27, 2014

COD SHAKLEE DI KAWASAN BERDEKATAN ANDA

Anda pengguna tegar Shaklee???

Anda ingin mencuba produk Shaklee???

Dan pastinya anda inginkan penjimatan dari segi kos pengeposan kan?

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Jangan risau tentang kos penghantaran kerana saya menawarkan perkhidmatan CASH ON DELIVERY (COD) di sekitar kawasan TAMAN KASTURI, BUKIT BERUNTUNG, BUKIT SENTOSA, RAWANG, SERENDAH, RASA, BATANG KALI & sekitarnya.


COD

Apa yang anda perlu buat hanyalah hubungi saya seperti di bawah:


HARI MINGGU BERSAMA SI PUTERI MANJA

Alkisah throwback cerita minggu lepas yang mana hanya tinggal saya bersama anak sahaja di rumah. En. Husband ke Port Dickson untuk training selama 3 hari 2 malam since hari Jumaat sampai la ke Ahad.

Plan asalnya nak balik kampung En. Husband di Trolak yang jauhnya hanya 45 minit sahaja daripada rumah saya. Tapi plan bertukar bila mana baju Hannah untuk dipakai pada majlis pertunangan adik ipar saya iaitu Mak Cik Mia pada 1 November 2014 ni. Aiyooo..saya hanya ada minggu ni sahaja untuk settlekan baju & kelengkapan Hannah yang lain.

So, kami 2 beranak ke Aeon Anggun sahaja untuk shopping. Lagipun Hannah memang dah dapat green light dari babahnye untuk shopping (senyum lebar). Keluar pun dah jam 11.oo pagi. Sampai jek Aeon terus cari tempat nak makan dulu. Hannah terus memilih untuk ke Orchid Bistro untuk Brunch. Kemahin anak dara sorang ni punya taste.



After settled makan we all terus ke kedai demi kedai demi untuk mencari dress untuk Hannah. Kalau nak tahu Hannah ni boleh tahan cerewet bab-bab pemilihan pakaian. Boleh bikin mama dia jadi resaksa dalam tu bila baju tu tak suka..baju ni tak suka. Sampai ke F.O.S hampir 5 helai juga dress yang dicuba. Sambil-sambil Hannah berangan jadi princess akhirnya dapat juga pujuk Hannah untuk dia pilih salah satu dress yang telah dicuba. Jangan Hannah taknak pakai time majlis nanti sudah. Ni antara baju yang Hannah dah cuba. Saya suka tapi Hannah pula tak suka.


Dah siap shopping untuk Hannah ape lagi masa untuk Hannah pula teman mama shopping. Setia Hannah ikut mamanya ni tapi Hannah beruntung sebab mama masuk 1 kedai dah dapat baju idaman. So, sebab Hannah baik je budi pekerti teman mama dia, saya belanja dia main permainan yang kena masukkan duit dalam mesin tu. Hahaha.. bagi Hannah main sampai bosan.


Lepas dah letih main Hannah mintak nak makan aiskrim pula. So, moh ler kita ke Baskin Robin untuk basahkan tekak. Dah lama sebenarnya janji dengan Hannah nak belanjan dia BR ni. So, tertunai sudah segala janji.



Dalam jam 3.00 petang kami pun bergerak balik sebab adik saya yang dalam perjalanan pulang dari kampung nak singgah ke rumah untuk berjumpa ank sedara dia yang sorang ni.

Hmmm.. baju mana yang menjadi pilihan Hannah & mamanya akan di reveal pada minggu hadapan ye. 

In shaa Allah...

Sunday, October 26, 2014

PENGEDAR SAH SHAKLEE DI BUKIT BERUNTUNG

Anda masih tercari-cari PENGEDAR SAH SHAKLEE @ SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID) berdekatan anda? Sangat penting ye untuk anda dapatkan rangkaian produk Shaklee dari pengedar yang sah sahaja untuk jaminan keselamatan & konsultasi yang berpanjangan secara PERCUMA.


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk Shaklee di sekitar kawasan BUKIT BERUNTUNG, BUKIT SENTOSA, BATANG KALI, SERENDAH, RASA & RAWANG bolehlah hubungi saya pada bila-bila masa. 


Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung
Saya Pengedar Sah Shaklee di Bukit Beruntung & sekitarnya

Sesiapa yang membeli produk Shaklee & mendaftar sebagai ahli melalui saya tidak kira di mana anda berada (tidak terhad setakat kawasan yang dinyatakan sahaja), In Shaa Allah saya akan guide anda dari A - Z. Jangan risau, saya tidak keseorangan dalam bisnes ini & saya juga tak akan biarkan anda keseorang terkontang-kanting tanpa bimbingan & tunjuk ajar tidak kira samaada anda seorang pembeli ataupun 'anak' di bawah saya di dalam bisnes ini. 

Kami mempunyai kumpulan besar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, dari SID sehinggalah level yang paling tinggi di dalam Shaklee iaitu Master Coordinator yang sentiasa berhubung dari semasa ke semasa melalui Whatsapp, Telegram, WeChat dan lain-lain medium yang bersesuaian, berkongsi pelbagai cerita & maklumat untuk rujukan bersama.
 

Anda boleh hubungi saya melalui medium komunikasi seperti dibawah:

 


Saturday, October 25, 2014

JENIS-JENIS VITAMIN

Sebelum kita mengambil sebarang vitamin kita mesti mengambil tahu tentang jenis-jenis vitamin agar cara & dos pengambilannya adalah betul serta dapat merasai keberkesanannya pada tubuh kita. Untuk pengetahuan anda vutamin terbahagi kepada 2 kategori.



Vitamin Larut Lemak

Vitamin larut lemak terdiri daripada vitamin-vitamin A, D, E dan K. Ia adalah vitamin yang berminyak. Vitamin jenis ini disimpan di dalam lemak badan & tersimpan lama di dalam badan

Perlu diingat ye vitamin jenis ini tidak boleh di ambil secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan toksin di dalam badan.


Vitamin Larut Air

Vitamin jenis ini terdiri daripada vitamin-vitamin B & vitamin C. Ianya tidak dapat di simpan di dalam badan. Oleh itu pengambilan vitamin jenis ini perlu dalam setiap hidangan.

Vitamin larut air yang diambil berlebihan akan dikeluarkan bersama-sama bahn kumuh lain.

Untuk lebih jelas berkaitan dengan berkaitan penerangan di atas boleh rujuk jadual seperti dibawah:

Vitamin Larut Air & Vitamin Larut Lemak

Untuk pengetahuan semua, Shaklee menyediakan kedua-dua jenis vitamin tersebut dan semestinya para pelanggan akan diberi penerangan tentang cara & dos pengambilan untuk vitamin-vitamin yang diperlukan oleh anda mengikut kesesuaian & keperluan anda.

Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

SALAM MAAL HIJRAH - 1436H

Assalamualaikum & selamat pagi...

SALAM MAAL HIJRAH buat semua. Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah kita masih dipanjangkan umur & diberi kesempatan untuk memasuki tahun baru hijrah yang bermula selepas maghrib 24 Oktober 2014. Allahu..cepat betul masa berlalu.

Salam Maal Hijrah

Semoga dengan kesempatan yang Allah SWT berikan kepada kita ini dapat digunakan sebaiknya. Semoga diri ini sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan. Saya pasti untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih positif perlulah dilakukan dengan ikhlas, istiqamah & tentunya banyak pengorbanan yang perlu dilaksanakan. In Shaa Allah, kita serahkan seluruh kebergantungan kepada Allah yang Maha Esa.

Setiap kali Maal Hijrah mesti saya akan terkenang kembali kenangan saya bersama dengan kumpulan pancaragam sekolah semasa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai. Bila tiba Hari Sambutan Maal Hijrah di peringkat sekolah, kami akan menjadi perhatian apabila memainkan lagu Maal Hijrah sambil murid-murid & cikgu-cikgu menyanyikan lagu tersebut.

Itulah kenangan yang paling tidak dapat saya lupakan kerana pada mulanya saya tidak yakin saya boleh mengendalikan peralatan muzik yang dinamakan "Melodian" dengan baik.

Sempena dengan Hari Maal Hijrah ini, saya dengan rendah hati ingin memohon seribu kemaafan sekiranya terdapat kekhilafan sepanjang menulis di blog ini. Sesungguhnya segala ketidaksempurnaan itu adalah daripada saya & yang baik datangnya daripada Allah Taala. Semoga Ukhwah persahabatan kita samada melalui blog ini atau diluar blog sentiasa dirahmati & diredhai Allah Taala.


Friday, October 24, 2014

KHASIAT SEBIJI EPAL

Epal rangup memang my favourite seisi keluarga. Mudah di cari & mudah di makan kan. Tapi tahukah anda khasiat disebalik sebiji epal?

Khasiat Sebiji Epal

 

Khasiat Epal
  1. Sebagai buah-buahan pencuci mulut, epal bukan sahaja enak dimakan tetapi dijadikan snek kesihatan bagi mengurangkan risiko sakit jantung, kanser dan kolesterol darah.
  2. Kandungan serat epal mampu memberi kekenyangan kepada perut.
  3. Pigmen merah yang terdapat pada buah epal adalah antioksida semula jadi.
  4. Para saintis juga mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung.
  5. Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.
  6. Epal tidak mengandungi lemak.
  7. Epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA).
     

    Jangan pandang epal sebelah mata ye. Banyak khasiatnya dalam hanya sebiji buah epal dan saya pasti bukan semua di antara kita yang mengetahui khasiatnya. Kita selalu menjadikan epal sebagai snek dalam diet harian kita. Bagi yang tidak meminati buah epal, saya rasa anda harus cuba!!!
     

KESAN KEKURANGAN VITAMIN

Apakah Kesan Kekurangan Vitamin & Mineral


Ramai antara kita yang masih memandang remeh akan kepentingan vitamin & mineral yang diperlukan badan. Mereka tidak sanggup mengeluarkan sedikit bajet pun untuk penjagaan kesihatan kerana berasa bahawa badan mereka sudah cukup segala vitamin & mineral yang diperoleh daripada buah-buahan & sayur-sayuran. Hal tersebut tidak dapat disangkal sebenarnya tetapi persoalannya adakah pengambilan vitamin & mineral mencukupi dalam diet harian anda???

Oleh yang demikian, anda perlu tahu kesan kekurangan vitamin & mineral yang boleh dilihat dari pelbagai sudut bergantung kepada jenis vitamin tersebut. Antara tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti berikut:
  • Kekurangan Vitamin A : Mata akan terasa kering & perit
  • Kekurangan Vitamin B : Bibir pecah, kemurungan, badan penat, mudah berasa tertekan, Kulit berminyak & jerawat
  • Kekurangan Vitamin C : Luka lambat sembuh, kulit kering & kusam
  • Kekurangan Vitamin D : Sakit otot & sendi
  • Kekurangan Vitamin E : Kulit Berminyak, berjerawat, kurang ghairah seksual & penuaan sebelum masanya
  • KekuranganVitamin K : Pendarahan pada gusi, buasir
  • Kekurangan Kalsium   : Kekejangan otot, sakit kepala, tulang rapuh, kebas-kebas & tekanan perasaan
  • Kekurangan Zink         : Luka lambat sembuh, rambut gugur, kuku rapuh, ekzema
  • Kekurangan Zat Besi   : Anemia, sering kepenatan, kuku rapuh & sembelit
  • Kekurangan Iodin        : Beguk
  • Kekurangan Selenium : Sukar mendapat anak & imuniti yang lemah
Untuk menghindari masalah kekurangan vitamin & mineral serta untuk menghindari gejala-gejala di atas, pengambilan vitamin & mineral tambahan amatlah digalakkan. Selain daripada mengatasi masalah di atas, sistem imunisasi badan juga akan menjadi lebih kuat & dapat menghindar diri kita daripada terkena penyakit.

Produk Shaklee
Antara Produk Shaklee

Produk Shaklee ada menyediakan vitamin & mineral seperti tersenarai di atas untuk menjadi tambahan kepada kekurangan pengambilan makanan harian.

Macam mana nak dapatkannya??? Senang sahaja caranya.

Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies


Thursday, October 23, 2014

LECITHIN SHAKLEE

Tahukah Anda Tentang Lecithin Shaklee???

Lecithin Shaklee adalah berbeza daripada yang lain kerana ianya diekstrak daripada kacang soya organik bukan GMO. Setiap kapsulnya mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin & 48 mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus & lemak tak tepu.



Manfaat Utama Lecithin:

  • Bertugas untuk menyerap vitamin larut lemak - dapat membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E & K yang larut lemak.
  • Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati & hati berlemak. Selain itu Lecithin dapat membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak & kolestrol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi & metabolisme lemak, kolestrol & trigliserid dalam tubuh.
  • Pelangsingan - Menghalang obesiti dengan cara mengambilnya dalam kuantiti yang banyak untuk mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Mencantikkan otot & kulit - Membentuk membran sel, melembabkan & menghaluskan kulit, mencantikkan kulit, mengaktifkan metabolisme & melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi - Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit ( dermatis, demam alergi)
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan & meringankan stress - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer & meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk tumbesaran janin yang sihat.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis & menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat & urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembutkan usus & meleraikan toksin dalam usus.
Lecithin & Alfafa digabungkan untuk mendapat hasil terbaik untuk pengurusan berat badan & pelangsingan. Nak cuba???

Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies


10 BAHAYA GULA YANG PERLU DIKETAHUI (Part 1)

Assalamualaikum..Selamat petang semua..

Selamat bekerja bagi yang bekerja macam saya & selamat mengurus rumahtangga bagi surirumahtangga sepenuh masa.

Harini sambil2 surfing internet terjumpa penulisan berkaitan gula ni yg menarik perhatian saya untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. Hmmm..setelah baca artikel berkenaan terasa menggerunkan je kesan pengambilan gula berlebihan pada tubuh kita..

Ooppsss..jangan salah faham. Bukan tak bagi or tak boleh ambil gula tetapi jangan berlebihan sebab akibatnya seperti yang akan saya ceritakan ini.

Sebelum tu semua pun kenal gula kan??Kalau yang tak tahu tu haa..dah peringkat parah tu.

Secara definisinya gula ni dikenali juga sebagai sukrosa, iaitu bentuk gula paling biasa tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk2 lain termasuklah gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa, madu & sirap mapel.


BAHAYA GULA JIKA DIAMBIL BERLEBIHAN

1. Gula Merosakkan Jantung

● Meskipun sudah lama diketahui gula sebagai salah satu faktor penyebab penyakit jantung, kajian dalam Journal of American Heart Association tahun 2013 telah menemui bukti kuat tentang mekanisme bagaimana gula merosakkan jantung. Ianya terjadi apabila molekul pada gula yang disebut glukosa 6-fosfat menyebabkan perubahan pada otot jantung.

2. Gula Membentuk Lemak Perut

● Satu kajian mendapati pengambilan fruktosa (salah satu jenis gula)yang berlebihan akan menyebabkan bertambahnya lemak perut yang seterusnya akan meningkatkan risiko penyakit jantung & diabetis. Perlu diingat bahawa obesiti & diabetis boleh terjadi pada kanak-kanak juga selain daripada warga tua & orang dewasa.

3. Gula Pembunuh Dalam Diam

● Menurut satu kajian pada tahun 2008, pengambilan fruktosa berlebihan akan menyebabkan peningkatan risiko terjadinya rintangan Leptin. Leptin adalah hormon yang memberitahu otak jika perut sudah kenyang. OLeh sebab itu jika tubuh mengalami rintangan Leptin, otak tidak akan merasa berpuas hati meskipun tubuh sudahpun kekenyangan. Akibatnya kita akan terus mengambil makanan & akan menyebabkan terjadinya obesiti untuk jangka masa panjang. Hal ini seringkali terjadi tanpa disedari oleh diri.

4. Gula Memberi Makan Sel Kanser

● Setiap daripada kita mempunyai risiko untuk kanser kerana terdapatnya sel kanser dalam badan kita. Walau bagaimanapun tubuh kita mempunyai mekanisme tersendiri untuk mengawal & mematikan sel kanser tersebut. Akan tetapi pengambilan gula yang berlebihan akan mengakibatkan kerosakan pada mekanisme tersebut.

5. "Ketagihan" Gula

● Ketagihan gula ininlebih bersifat genetik kerana melibatkan perubahan pada hormon Ghrelin yg mana ia merupakan hormon yang memberi isyarat pada otak saat kelaparan. Perubahan pada hormon ini akan mengakibatkan tubuh berasa lapar & ingin makan secara terus-menerus.

Haaaa..dah tau kan serba sedikit akibat daripada pengambilan gula berlebihan. Gerun kan??? Next entry saya akan sambung lagi cerita gula ini..

Selamat membaca & semoga bermanfaat.

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 22, 2014

PENGALAMAN SAYA BERSAMA ESP SHAKLEE

KANDUNGAN ESP SHAKLEE
ESP SHAKLEE yang saya amalkan


Asyik-asyik ESP kan yang saya kongsikan. Jangan bosan ye korang sebabnya ESP & Alfafa adalah cinta pandang pertama saya yang buatkan saya terus terpikat untuk menjadikan produk Shaklee sebagai suplemen harian saya & keluarga. Tak cari yang lain dah. Heeee...

Di entry sebelum ni saya ada ceritakan tentang manfaat yang saya dapat dari ESP iaitu penyelesaian kepada masalah gastrik yang saya alami sejak dari tingkatan 5 lagi. Alhamdulillah syukur Allah pertemukan saya dengan Shaklee.


Manfaat ESP ShakleeSepanjang 2 tahun saya amalkan ESP Shaklee bersama-sama suplemen lain, banyak kebaikan yang saya peroleh, antaranya seperti:

  • Kesan "sunburn" dan pengelupasan yang saya alami akibat daripada pemakaian set kecantikan yang salah telah hilang & saya tak perlukan lagi make up yang agak tebal untuk menutup cela tersebut. Sebenarnya masalah ni saya alami sejak dari zaman study saya di matrikulasi dulu. Lama kan kesan tu nak hilang. Selepas mengamalkan ESP 1 hari 3 kali Alhamdulillah kesan tersebut telah hilang.
  • Saya peroleh tenaga yang luar biasa bila mana walaupun setelah menghadapi kesibukan di tempat kerja & mengharungi kesesakan serta perjalanan jauh untuk pulang ke rumah, saya masih mampu memasak, mengemas rumah, melayani karenah suami & anak setelah sampai ke rumah yang mana sebelum ni saya rasa amat letih & mudah marah.
  • "Period Pain" saya juga semakin berkurangan.
  • Tumit kaki saya tidak lagi kering 
  • Kulit saya juga semakin sihat, tidak kering & mengelupas & bersisik akibat kekurangan air.
  • Saya juga dapat menjimatkan wang untuk membeli masker kerana selain daripada boleh diminum, ESP juga boleh dibuat masker.
  • Saya dapat kekalkan berat badan idaman.
  • Saya jarang diserang demam & selsema.
  • Saya dapat berkongsi kebaikan ESP Shaklee ini dengan ibu bapa saya, sahabat baik saya & juga "kawan-kawan baru" yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan ESP Shaklee ini.

Istimewa kan ESP Shaklee ni???Begitu banyak manfaat yang saya peroleh daripada ESP Shaklee ini. Anda bila lagi??? Sempena bulan promosi ESP pada bulan Oktober 2014 ini, sesiapa yang mendapatkannya daripada saya, saya akan guide cara pengambilan & kelebihannya dengan lebih details lagi.


Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

HARI YANG MEMBOSANKAN


Lazy Day

Hari ni hari cuti umum sempena Deepavali. Sepatutnya saya happy tapi hari ni jadi membosankan bila mana suami terpaksa bekerja di hari cuti. Sebenarnya dalam kepala dah plan nak ajak suami keluar untuk mencari gaun princess untuk Hannah sempena majlis pertunangan adik perempuan bongsu suami a.k.a makcik Hannah.

Itu perkara biasa sebenarnya cuma kadang-kadang bila plan tak menjadi akibat kekangan kerja suami rasa agak sedih. Mungkin disebabkan hormon wanita kot. Hahaha.. Mari kita salahkan hormon. Ye la..sebagai manusia biasa kita hanya mampu merancang kan..tapi plan Allah untuk kita hambaNya paling terbaik.

Ok..bila dah plan pertama tak jadi, semestinya plan kedua nak harini nak update blog..nak buat iklan sebanyak mungkin tapi apakan daya, kesabaran sekali lagi diuji bila mana line internet P1 sangat-sangat mengecewakan. Bar menunjukkan line sangat ok tapi bila guna hampeh. Padahalnya baru sahaja upgrade servis & baru bayar bil. Menangis lagi dalam hati (uwaaaaaa...)

Nak keluar ke kafe siber untuk lengkapkan tugasan hari ni hujan pula selebat-lebatnya. Sudahnya tertidur sekali dengan Hannah masa temankan dia minum susu. Ni la akibatnya tak cukup tidur semalam akibat daripada bunyi bising mercun dari jam 12 malam ke 1 pagi. Hebat juga penangan Deepavali ni ye.

Alhamdulillah..malam ni internet kembali berfungsi seperti sedia kala walaupun kadang kala boleh meroyan juga dibuatnya. So, sesi menyiapkan tugasan istimewa akan segera disiapkan malam ni.

In shaa Allah. Semoga masalah internet untuk pengguna P1 di kawasan Bukit Beruntung ini dapat diatasi dengan segera.

Itu sahaja cerita untuk harini. Berjumpa lagi esok ye korang..


~Tata~

Tuesday, October 21, 2014

MEALSHAKES : FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

Mealshakes sangat best kerana memberi manfaat kepada:

>>>Mereka yang tidak boleh menelan pil terutamanya kanak-kanak & warga tua
>>>Mereka yang ingi mengekalkan @ menambahkan berat badan
>>>Ibu-ibu yang menyusu badan untuk anak-anak kerana protein sangat penting dalam penghasilan susu    badan
>>>Tumbesaran anak-anak & ibu mengandung
>>>Mereka yang ingin kelihatan lebih muda & mementingkan kecantikan
>>>Mereka yang inginkan kulit yang cantik, halus mulus
>>>Golongan dewasa & kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit

Mealshakes Shaklee

 

FAKTA PENTING TENTANG MEALSHAKES 

 
Nutrisi Lengkap Mealshakes


Seperti yang terenarai di atas, Melashakes ini umpama Multivitamin berbentuk serbuk yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jom kita baca sedikit serba ringkas fakta tentang Mealshakes ini.

1. Nutrisi Lengkap
  • Mempunyai 24 jenis vitamin A-Z, mineral & 'Trace Mineral'. 
  • Kekurangan 'Trace Mineral" ini akan memberi kesan penyerapan vitamin-vitamin & menyebabkan enzim tidak aktif
  • Mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-Sel
  • Mealshakes kaya denga protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ-organ , darah, sel-sel imunisasi & sebagainya.
  • Badan akan menjadi lebih sihat.
3. Untuk Pembesaran
  • Dapat membantu tumbesaran kanak-kanak terutamanya kerana mengandungi asid folik, Biotin & kaya dengan kalsium & magnesium yang diperlukan untuk membina tulang serta sel-sel dalam proses membesar.
4. Anti - Oksida
  • Mengandungi vitamin A,C, E, Zink dan Selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
5. Pemulihan Kulit
  • lengkap mengandungi vitamin B-Compleks, Iron, Copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekaligus mencerahkan warna kulit.
6. Detox
  • Ia dirumus khas & diperkaya dengan serat yang membantu untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon & perut.
Fakta telahpun tersedia untuk anda. Jadi, anda tak perlu risau lagi untuk memberikan Melashakes ini kepada orang-orang yang anda sayang. Selain daripda itu, Melashakes ini mengandungi semua nutrisi penting yang diperlukan oleh anak-anak dalam proses tumbesaran mereka.  

Anda sangat beruntung sekiranya mendapatkan Mealshakes pada bulan ni sebab bulan ni adalah PROMOSI Mealshakes dengan pembelian 3 canister dapat PERCUMA 1 canister. 


Nak order??? Boleh je...
 

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...