Friday, October 17, 2014

KATAKAN YA PADA COKLAT

TAHUKAH ANDA BAHAWA:

Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain.
  • 1 gelas (8 auns) minuman coklat mengandungi 2-7 mg kafein.
  • 1 tin (12 auns) minuman berkarbonat mengandungi 32-65mg kafein.
  • 1 cawan (5 auns) teh mengandungi 28-44mg kafein
  • 1 cawan (5 auns) kopi mengandungi 93-153mg kafein

 

COKLAT ROSAKKAN GIGI

Kebanyakan ibu bapa diluar sana beranggapan bahawa coklat boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Anggapan tersebut perlu disangkal kerana banyak faktor lain yang menyebabkan kerosakan gigi seperti berlaku hakisan enamel pada gigi. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat yang terdapat dalam makanan menyebabkan hakisan ini.

Coklat Sedap
Kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan dengan coklat

Kajian mendapati coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tanin, kasein & asid oksalik.
Tanin adalah sejenis bahan yang bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak & asid dalam mulut. Kasein pula berfungsi untuk mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak manakala asid oksalik berperanan dalam merencatkan pengeluaran enzim bakteria & seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Haaa...tengok tu. Coklat pun ada peranan dalam penjagaan gigi sebenarnya. Walau bagaimanapun amatlah digalakkan untuk anak-anak kita menggosok gigi selepas menikmati coklat atau makanan-makanan lain.

 

KELEBIHAN COKLAT YANG PERLU ANDA TAHU

  1. Membantu meningkatkan daya hafalan dan menguatkan memori
  2. Membantu memulihkan saraf yang letih
  3. Melambatkan proses penuaan
  4. Membantu meningkatkan kemampuan mengatasi tekanan
  5. Membantu menajamkan mata & minda
  6. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular 
Jadi, lepas ni ibu bapa jangan takut untuk bagi anak makan coklat sebab coklat banyak kelebihannya. Semoga info ini bermanfaat untuk korang.

Sumber: Majalah Pa & Ma

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...