Tarikan Baru Di Bukit Beruntung
Haaaa..tengok tajuk pun dah tau kan..Actually sejak-sejak berhijrah ke central region ni memang teringin sangat nak pergi atau tengok sendiri tempat Car Boot Sales ni. Setahu saya la kan, Car Boot Sales ni ada di Shah Alam je kan? Ke ada lagi di tempat lain? Wallahualam..dah malas nak cari lagi sebabnya..jeng-jeng...Car Boot Sales dah ada dekat Bukit Beruntung. I'm so lucky sebab tak jauh pun dari rumah. Maklum la Car Boot Sales ni amat terkenal di negara 'orang putih' kan.Bagi sesiapa yang tinggal area sini mesti dah tahu kan. Bagi sesiapa yang belum tahu pun takpe tempatnye di tapak pasar malam Bukit Beruntung / Bukit Sentosa. Tak jauh pun dari exit tol Bukit Beruntung.
Bila dah ada kat tempat sendiri memang rasa teruja. Bila dah sampai lagi la teruja nak tengok apa barang yang ada. Tapi yang buat saya bangga adalah majoriti peniaga Car Boot Sales ni adalah wanita. Kebanyakan mereka menjual Teddy Bear, barangan Tupperware, Avon, pelbagai jenis makanan & minuman, peralatan komunikasi, baju-bajan, kraftangan dan banyak lagi. Tapi itu masa minggu pertama saya pergi kebetulan ada perasmian tapak.
Minggu lepas saya hanya berkesempatan lalu di kawasan tersebut. Wahhhh!!! Peniaga semakin bertambah. Siap ada yang jual tudung & baju muslimah. So, minggu ni wajib berkunjung lagi ke tapak Car Boot Sales tu.
Korang jangan lepaskan peluang untuk datang ye!!! Mesti best & teruja dengan suasananya. Harga pun murah-murah. Mampu milik semuanya.. =p
Jom datang beramai-ramai ke tapak Car Boot Sales di Bukit Beruntung / Bukit Sentosa hujung minggu ni ye..
1 comment:
Nk tanya nak join car boot sale bukit beruntung mcm mn?
Post a Comment