Saturday, October 11, 2014

10 SEBAB DIET ANDA GAGAL

Ada di antara kita yang berdiet tapi masih tak nampak hasil kan? Tak kira la dari segi bentuk badan (body shaping) ataupun penurunan berat badan walaupun kononnya dah kawal pengambilan makanan, dah buat senaman, dah kurang makan di luar. Kenapa ye agak-agaknya??? Mesti stress kan??


Stress

Ok. Taknak stress ye korang. Meh kita tengok antara sebab diet kita gagal. 

10 SEBAB DIET GAGAL

  1. Berhenti mengambil makanan kegemaran secara drastik
Ø        Menggantikan jenis makanan secara drastik akan membuatkan kita kembali kepada jenis makanan sebelumnya secara drastik juga. Menukar jenis makanan perlu dilakukan secara bernasur-ansur supaya badan kita sudah bersedia untuk menerima perubahan.
  1. Tidak mengambil langsung lemak
Ø        Kita perlu ada pengetahuan tentang zat gizi yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Tidak semestinya dengan tidak mengambil langsung lemak diet kita akan berjaya. Lemak adalah antara keperluan gizi yang dipenuhi. So, jangan takut untuk mengambil nasi lemak @ burger tapi makan dengan sedkit bukan hari-hari ye.
  1. Tidak mengambil langsung karbohidrat
Ø        Ada yang berjaya mendapatkan berat badan yang diidamkan dengan cara tidak mengambil langsung karbohidrat. Tetapi perlu diingatkan kekurangan karbohidrat akan menyebabkan kita keletihan & kekurangan tenaga. Pastinya akan mengganggu aktiviti harian kita. Jadi, jangan menolak terus karbohidrat sebaliknya ubahlah jenis karbohidrat daripada nasi kepada kentang.
  1. Hadkan pengambilan makanan secara tiba-tiba
Ø       Tak perlu menghadkan makanan secara tiba-tiba ye korang. Memadai dengan makan secara teratur dengan menu seimbang. Jangan lupa untuk melakukan senaman juga. Kalau hanya sekadar menjaga pemakanan tanpa bersenam bagaimana segala toksin, peluh nak keluar dari badan.
  1. Pengamalan diet yang membosankan
Ø      Contohnya seperti kita hanya mengambil oat sahaja setiap kali waktu makan. Diet yang membosankan akan menyebabkan kita kembali kepada corak pemakanan asal. Untuk mengelakkan hal ini terjadi pelbagaikan resepi diet yang kita boleh dapatkan melalui buku masakan, majalah, internet dan juga bertukar-tukar resipi dengan rakan-rakan.
  1. Tidak mampu menahan nafsu makan 
Ø        Masalah ini semestinya datang daripada diri sendiri terutama apabila makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Kita boleh mengambil makanan yang kita suka tetapi dalam kuantiti yang sedikit jika ingin berjaya dengan diet yang kita amalkan.
  1. Berfikiran negatif
Ø        Kita sering berfikiran negatif & meletakkan matlamat yang tidak realisitk pada diet kita apabila sesudah seminggu berdiet kita telahpun mengharapkan bahawa berat badan kita telah turun berkilo-kilo. Apabila matlamat tidak kesampaian mulalah kita berhenti secara mendadak dari berdiet & merasakan anda diet anda gagal. Kita perlu tau setiap dari kita berbeza-beza. Ada sesetengah orang walaupun baru seminggu berdiet secara betul & sihat dia sudah dapat hasil yang menakjubkan begitu juga sebaliknya.
  1. Senaman yang tiada variasi
Ø        Melakukan senaman menggunakan treadmill sahaja memang berkesan untuk membakar lemak. Tetapi jika kita pelbagaikan lagi senaman mesti kita akan rasa lebih menghargai diri & kesihatan. Berdiet tanpa senaman akan menyebabkan hasil yang dingini akan lambat berhasil.
  1. Melakukan senaman ketika lapar
Ø        Melakuakan senaman ketika lapar akan menyebabkan badan akan membakar tenaga dari otot dan bukannya lemak.
  1. Melewatkan waktu makan
Ø        Kunci utama penurunan berat badan adalah dengan mengurangkan jumlah kalori bukannya dengan cara melewatkan waktu makan kerana ianya akan mengganggu keseimbangan dalam badan. Sesibuk manan pun kita hendaklah dipastikan agar setiap waktu makan dijaga dengan baik.


Piramid Makanan
Piramid Makanan Untuk Kesihatan Jangka Panjang


Jika kita dapat fahami Piramid Makanan ini, In Shaa Allah proses penurunan berat badan atau dengan perkataan mudahnya diet akan menjadi mudah, selamat & berkesan.

Nak kurus & diet yang sihat, selamat & berkesan dengan Shaklee?? 

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies





No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...