Thursday, October 23, 2014

10 BAHAYA GULA YANG PERLU DIKETAHUI (Part 1)

Assalamualaikum..Selamat petang semua..

Selamat bekerja bagi yang bekerja macam saya & selamat mengurus rumahtangga bagi surirumahtangga sepenuh masa.

Harini sambil2 surfing internet terjumpa penulisan berkaitan gula ni yg menarik perhatian saya untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. Hmmm..setelah baca artikel berkenaan terasa menggerunkan je kesan pengambilan gula berlebihan pada tubuh kita..

Ooppsss..jangan salah faham. Bukan tak bagi or tak boleh ambil gula tetapi jangan berlebihan sebab akibatnya seperti yang akan saya ceritakan ini.

Sebelum tu semua pun kenal gula kan??Kalau yang tak tahu tu haa..dah peringkat parah tu.

Secara definisinya gula ni dikenali juga sebagai sukrosa, iaitu bentuk gula paling biasa tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk2 lain termasuklah gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa, madu & sirap mapel.


BAHAYA GULA JIKA DIAMBIL BERLEBIHAN

1. Gula Merosakkan Jantung

● Meskipun sudah lama diketahui gula sebagai salah satu faktor penyebab penyakit jantung, kajian dalam Journal of American Heart Association tahun 2013 telah menemui bukti kuat tentang mekanisme bagaimana gula merosakkan jantung. Ianya terjadi apabila molekul pada gula yang disebut glukosa 6-fosfat menyebabkan perubahan pada otot jantung.

2. Gula Membentuk Lemak Perut

● Satu kajian mendapati pengambilan fruktosa (salah satu jenis gula)yang berlebihan akan menyebabkan bertambahnya lemak perut yang seterusnya akan meningkatkan risiko penyakit jantung & diabetis. Perlu diingat bahawa obesiti & diabetis boleh terjadi pada kanak-kanak juga selain daripada warga tua & orang dewasa.

3. Gula Pembunuh Dalam Diam

● Menurut satu kajian pada tahun 2008, pengambilan fruktosa berlebihan akan menyebabkan peningkatan risiko terjadinya rintangan Leptin. Leptin adalah hormon yang memberitahu otak jika perut sudah kenyang. OLeh sebab itu jika tubuh mengalami rintangan Leptin, otak tidak akan merasa berpuas hati meskipun tubuh sudahpun kekenyangan. Akibatnya kita akan terus mengambil makanan & akan menyebabkan terjadinya obesiti untuk jangka masa panjang. Hal ini seringkali terjadi tanpa disedari oleh diri.

4. Gula Memberi Makan Sel Kanser

● Setiap daripada kita mempunyai risiko untuk kanser kerana terdapatnya sel kanser dalam badan kita. Walau bagaimanapun tubuh kita mempunyai mekanisme tersendiri untuk mengawal & mematikan sel kanser tersebut. Akan tetapi pengambilan gula yang berlebihan akan mengakibatkan kerosakan pada mekanisme tersebut.

5. "Ketagihan" Gula

● Ketagihan gula ininlebih bersifat genetik kerana melibatkan perubahan pada hormon Ghrelin yg mana ia merupakan hormon yang memberi isyarat pada otak saat kelaparan. Perubahan pada hormon ini akan mengakibatkan tubuh berasa lapar & ingin makan secara terus-menerus.

Haaaa..dah tau kan serba sedikit akibat daripada pengambilan gula berlebihan. Gerun kan??? Next entry saya akan sambung lagi cerita gula ini..

Selamat membaca & semoga bermanfaat.

posted from Bloggeroid

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...