Wednesday, October 22, 2014

HARI YANG MEMBOSANKAN


Lazy Day

Hari ni hari cuti umum sempena Deepavali. Sepatutnya saya happy tapi hari ni jadi membosankan bila mana suami terpaksa bekerja di hari cuti. Sebenarnya dalam kepala dah plan nak ajak suami keluar untuk mencari gaun princess untuk Hannah sempena majlis pertunangan adik perempuan bongsu suami a.k.a makcik Hannah.

Itu perkara biasa sebenarnya cuma kadang-kadang bila plan tak menjadi akibat kekangan kerja suami rasa agak sedih. Mungkin disebabkan hormon wanita kot. Hahaha.. Mari kita salahkan hormon. Ye la..sebagai manusia biasa kita hanya mampu merancang kan..tapi plan Allah untuk kita hambaNya paling terbaik.

Ok..bila dah plan pertama tak jadi, semestinya plan kedua nak harini nak update blog..nak buat iklan sebanyak mungkin tapi apakan daya, kesabaran sekali lagi diuji bila mana line internet P1 sangat-sangat mengecewakan. Bar menunjukkan line sangat ok tapi bila guna hampeh. Padahalnya baru sahaja upgrade servis & baru bayar bil. Menangis lagi dalam hati (uwaaaaaa...)

Nak keluar ke kafe siber untuk lengkapkan tugasan hari ni hujan pula selebat-lebatnya. Sudahnya tertidur sekali dengan Hannah masa temankan dia minum susu. Ni la akibatnya tak cukup tidur semalam akibat daripada bunyi bising mercun dari jam 12 malam ke 1 pagi. Hebat juga penangan Deepavali ni ye.

Alhamdulillah..malam ni internet kembali berfungsi seperti sedia kala walaupun kadang kala boleh meroyan juga dibuatnya. So, sesi menyiapkan tugasan istimewa akan segera disiapkan malam ni.

In shaa Allah. Semoga masalah internet untuk pengguna P1 di kawasan Bukit Beruntung ini dapat diatasi dengan segera.

Itu sahaja cerita untuk harini. Berjumpa lagi esok ye korang..


~Tata~

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...