Aktiviti hari ni memang full starting dari pagi sampai la ke malam sebabnya Mr. Husband cuti hari ni untuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak kepada babysitter Hannah. Ni pun baru sempat mengadap laptop.
Dari pagi keluar breakfast bersama family kecik saya ni ke Restoran Salam Bukit Sentosa. Seperti biasa minuman kegemaran bila ke kedai mamak semestinya lah teh tarik kurang manis bersama roti telur. Hannah pula macam biasa dengan air sirapnya dan juga telur separuh masak dikongsi bersama Mr. Husband. Heaven sangat rasa bila sekali-sekala dapat breakfast bersama-sama sebabnya Mr. Husband selalunya akan bekerja pada Sabtu & Ahad selagi projek khas bersama company nya belum selesai. Pasrah & redha ibu & anak bila setiap weekend Mr. husband takde di rumah.
Ok...selepas breakfast singgah sekejap di rumah babysitter Hannah untuk melihat persiapan kenduri perkahwinan anaknya. Time tu semuanya dah settle maklumlah bila menggunakan khidmat katerer ni memang kerja sedikit sebanyak akan menjadi mudah.
Tengahari, lepas settle berjumpa dengan kontraktor untuk pengubahsuaian "pondok kecil" kami, terus bersiap-siap ke kenduri. Cuba teka apa reaksi Hannah bila dapat jumpa pegantin???? Haaa...semestinya muka speechless dia tengok pengantin merangkap "abang" bergaduh dia buat semua orang ketawa.
So, jom jamu mata tengok aksi Hannah bersama pengantin. Gambar pun ambil guna handphone sahaja & tak banyak disebabkan hujan.
Hannah bersama pengantin, abang & kakak ipar pengantin |
Hannah bersama pengantin |
Selepas kenduri balik rumah terus masing-masing tertidur. mungkin kekenyangan & kepenatan. Wekkkk.. bukan kenduri di rumah sendiri pun penat kan.
Sekarang ni baru betul-betul melekat di rumah lepas dinner diluar. Gantung periuk betul harini.
Alhamdulillah dengan rezeki dari Allah ni.
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AYIE & IFFAH. SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA JANNAH. AMIN...
No comments:
Post a Comment